24 Disember 2011

Patut La Umat Islam Melarat : Wang Zakat Di Salah Guna

Apa kejadah punya Menteri yang menjaga hal agama. Sanggup menafiklakan apa yang Laporan Audit laporkan. Dah la 'songlap' duit zakat.

Itulah 'makian' harus di berikan kepada Menteri yang menjaga hal ehwal agama di Malaysia ni. Di katakan hampir RM 63K di gunakan bagi membiayai yuran guaman untuk kes DSAI. Banyak tu 63K...bayangkan jika di agihkan 'sewajarnya' kepada 'asnaf' sepatutnya, maka kurang la beban sikit golongan yang memerlukan tu.

Ni la masalah umat Islam di Malaysia, sepatutnya duit itu di gunakan bagi membantu golongan 'asnaf' yang Tuhan tentukan, bukannya membayar 'duit' lawyer bagi 'melawan' DSAI. Ni masalah pemimpim Islam di Malaysia. Mencipta 'asnaf' baru plak...Celaka betui la puak-puak ni.

23 Disember 2011

Terima Kasih Tuhan

Kali ini semakin 'mengganas' la perang yang di palukan oleh regim UMNO/BN. Semakin hari semakin  'menggila' di buatnya. Paling sedih pabila agama dan bangsa di mainkan.

Mungkin ini juga petanda bahawa riwayat UMNO/BN semakin hari semakin dekat untuk di kuburkan. Maka bagi memastikan 'terus bernafas' maka 'matlamat menghalalkan' cara harus di tampilkan. Maka tak hairan la semakin hari semakin 'tiupan' perkauman di mainkan.

Paling sedih lagi bila mana 'biadap' nya UMNO Pulau Pinang yang sanggup menghadiahkan 'kek' tahi kepada Lim Guan Eng. Ini sebagai petanda bahawa UMNO semakin tersepit di Pulau Pinang ini. Maka cara 'terkotor' telah di tampilkan bagi 'menaikkan' kembali 'reputasi' yang selama ini menurun. Pemerintahan PR yang di terajui oleh DAP telah menampakkan akan 'sinar' buat rakyat. Maka UMNO sedar bahawa mereka akan tenggelam, maka taktik kotor harus di mainkan, maka timbul lah 'hadiah taik' kepada kepimpinan PR di Pulau Pinang.

Tun M Kembali.

Terharu jugak aku yang Tun M kembali 'memanaskan' politik tanah ait. Sepatutnya di usia yang 'berpehunjung' eitu du habis kan bersama keluarga dan 'memuhasabah' diri kepada Tuhan.

Tun M nampaknya seakan nak melibatkan diri kembali ke dalam 'gelanggang' politik yang sekian lama beliau tinggalkan. Kali ini beliau tampil dengan 'menembak' DSAI mengenai perjanjian dengan bank dunia (IMF). Maka di tembakla sebaiknya hinggakan di suruhnya DSAIO bersumpah apa kah benar apa yang beliau 'tembak'.

Tapi bagi aku,' tembakan' yang di buatnya adalah tembakan PRU. Al maklumla PRU 13 semakin dekat, maka DSAI harus di tembak dahulu. Mungkin bagi Tun M, DSAI adalah 'Jeneral' bagi PR yang harus 'di matikan' dulu. Maka serangan pertama dalam 'pertembungan' PRU ini harus di halakan kepada DSAI pertamanya. Jika Jeneral Perang PR ni 'terkorban' maka senang la bagi UMNO/BN 'melenyapkan' PR...mudah ker nak tewaskan PR yek ?...

18 Disember 2011

Mahasiswa Memberontak

Kini sibuk lah di perkatakan tentang 'kenakalan' Mahasiswa di negara kita sedang 'memberontak'. Terbaru ialah himpunan yang di adakan di PWTC di mana 'kenakalan' mereka menurunkan bendera yang memaparkan wajah Hj Najib.

Maka gumpitalah sedikit negara di buatnya. Mengapa Mahasiswa memberontak ?...

Ini kerna mereka adalah golongan yang cerdik pemikirannya daripada bukan mahasiswa. Mereka ni mempunyai pemikiran yang jauh jika di bandingkan dengan kita yang 'biasa-biasa' sahaja. Kalau tidak mana mungkin golongan ini di terima memasuki IPT. Jika di terima meneruskan pengajian di IPT maka 'bijak' lah mereka iaitu golongan Mahasiswa.

Mana Kejantanan KJ

Sebelum ni melalak la  Khairi Jamaludin (KJ) dalam mempertahankan Sharizat mengenai isu NFC. Bagaikan dia berada di pihak yang benar dalam menjadi 'juara' isu NFC.

Sanggup berdebat dengan Pengarah Strategik PKR iaitu saudara Rafizi Ramli. (RR). Sebelum ini saudara RR telah menghantar surat 'tawaran' untuk berdebat dengan KJ. Ini di buat kerna KJ begitu lantang dan berkokok dalam isu NFC yang telah di bangkitkan oleh PKR, maka tawaran untuk 'berhujah' mengenai isu ini telah di pelawa oleh RR.

Setelah tawaran terbuka di buat secara rasminya, baru la KJ membalas 'tawaran' tersebut. Ia mengambil selama 3 minggu dalam 'menerima' pelawaan itu. Tetapi amat malang sekali bila jawapannya agak mengecewakan. Alasan yang di berikan ialah KJ mempunyai 'tugasan' pada tarikh yang di cadangkan. Maka ia sedikit sebanyak menghampakan harapan rakyat Malaysia yang mahu melihat 'anak-anak' muda ini berhujah.

17 Disember 2011

Perihal PKR Penang

Tak hairan la jika lepas ni ada plak yang nak lompat parti. La ni Lim Boo Chang, lepas ni sapa plak yek...

Ini la yang di katakan politik. Lompat melompat perkara biasa,antara dua sebab utama, pertama pasai kedudukan, dan yang kedua pasai benar-benar tak puas hati. Sebab yang kedua ni kurang la jika nak di bandingkan dengan sebab yang pertama.

Dalam politik Malaysia macam-macam boleh berlaku...kawan menjadi lawan dan lawan boleh menjadi kawan...semua nya 'berniatkan' matlamat menghalalkan cara sahaja. Dalam politik ada yang 'ikhlas' dan ada juga yang nak 'membalas'...nak membalas bermaksud nak 'buat bukit' niatnya, ataupun lebih di kenali sebagai nak buat keuntungan sahaja....Nak tau siapa golongan ni, tunggu jer lepas PRU, maka dapat lah dilihat akan kejelasan niat seseorang itu berpolitik.

11 Disember 2011

Pemberian RM 500: Gula-gula Terbaru UMNO

Kini ahli-ahli BN/UMNO terutamanya sibuk dengan pemberian 'sekali sahaja' dari pemerintah sebanyak RM 500. Maka gumpita lah penyokong UMNO akan kebaikan dari pimpinan Haji Najib. Maka di canang lah seluruh kampung akan keprihatinan Kerajaan yang di terajui oleh BN bahawa mereka ni 'prihatin' akan nasib rakyat.

Prihatin ka UMNO nih ?...

Bagi rakyat yang celik politik ini semua adalah 'gula-gula' PRU  yang di tabur sempena menyambut PRU 13 kelak. Sebelum ini selama 54 tahum memerintah, baru sekarang rakyat di dahulukan...sebelum ini mana 'keprihatinan' mereka terhadap rakyat.

5 Disember 2011

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek CELAKA !

Tersentap aku dengan kenyataain Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. yang mencabar PAS agar memasukkan Agenda Hudud dalam Menifesto PRU yang akan datang. Kenyataan ini sebenarnya bagi menggugat kestabilan PR sebenarnya. Ini kerna di lihat semakin hari semakin akrab hubungan antara PAS dan DAP.

Maka bagi memecah belah keakraban PAS dan DAP maka isu hudud di gunakan. Jika kita amati bahawa DAP sekarang semakin sudah memahami ISLAM, maka keakraban ni harus di kucar kacirkan. Sebelum ini pelbagai cara di gunakan oleh oleh rakan MCA dari BN iaitu UMNO dalam memecah belahkan PR terutamanya PAS dan DAP, kali ini seakan MCA di gunakan plak dalam memecah belahkan  PR.

Adakah 'keyataan' Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ini seakan bermain dengan api nampaknya. Mungkin api perkauman cuba di semaikan oleh MCA...

Makalumat Lanjut KLIK DI SINI.

Maka aku katakan bahawa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ini CELAKA. Kerna apa di kata begitu, ini kerna menyibuk hal Islam. Sepatutnya CELAKA ini harus diam sahaja dalam bab berkaitan dengan ISLAM. Ini kerna ia bakal menimbulkan sedikit kurang senang oleh ISLAM. Selama ini PAS tak pernah pun mengusik agama yang di anuti oleh ahli MCA, tetapi kini sebaliknya berlaku. Kenapa la CELAKA ini 'membuat' kenyataan berkaitan Islam.

Adakah CELAKA ini sengaja nak bermain dengan API....PR masih bersabar..jangan sampai tahap kesabaran ini 'melangkaui' batas.

Berharap sangat la agar Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ni memohon MAAF dan berdiam dari MENYENTUH ISLAM.

2 Disember 2011

KJ: Yang Melalak.


Dengan lantangnya KJ mengatakan PR mengamalkan 6 prinsip , ataupun di kenali sebagai 6 jahanam. Ini lah salakan yang di buat oleh KJ. Beliau membuka tirai AGM kali ini dengan salakan yang ‘hebat’. Tetapi hakikatnya salakan itu bagaikan salakan anjing di atas bukit. Menyalak tetapi tak berani turun ke bawah.
Kenapa di katakan begitu. Ini kerna surat jemputan untuk berdebat dengan Rafizi Ramli iaitu Pengarah Strategik sudah pun samapai ke pejabatnya, Kini hanya menantikan jawapan dari nya sahaja. Setakat ini di fahamkan bahawa KJ masih belum memberi sebarang  respon kepada Rafizi lagi. Dalama kandungan surat dari Rafizi, beliau mencadangkan 12 Disember ini lah tarikh mereka untuk berdebat mengenai NFC milik Suami Sharizat.

Media massa saban hari memberi  liputan yang meluas kepada kepimpinan UMNO yang sedang bersidang. Maka muncul la hero -hero serta heroin-heroin dalam media massa arus perdana sahaja, bagi sesiapa yang tak mangambil tahu akan hal sebenar, maka di angkatlah puak-puak UMNO ini sebagai Hero mereka, wal hal mereka ini sebenarnya ‘hampeh’.

30 November 2011

Harapan AMK Pada DSAI

Paluan kompang PRU semakin berbunyi. paluan semakin hari semakin dekat. Hanya menantikan 'masa dan tikanya' sahaja. Ini lah 'telahan' rakyat secara amnya. Ini kerna Parlimen semakin hari semakin dekat tempoh tamatnya.

Sudah menjadi lumrah politik Malaysia, setahun sebelum 'edah' maka PRU pasti di jalankan...Sekarang ni, ni la masanya. Maka tak hairan lah,jika masing-masing sedang mencongak tarikh sebenar. pelbagai spekulasi telah di buat..Paling banyak ialah pada bulan Mac 2012...betul ker..Entahla, sekarang ni hanya Najib dan Rosmah sahaja yang ketahui...Rosmah !..biasa la tu...kan masa 'belanjawan' pun dia terlibat.

Pabila tarikh di umumkan, maka DSAI lah insan yang 'paling di kehendaki'...di kehendaki dari segi 'strategi'...DSAI telah di iktiraf oleh dunia politik bahawa 'master mind' terbaik masa ni...bukan aku nak mengampu...hakikat...sejarah telah membuktikan...PRU 12 menjadi saksi...hilang majaroti 2/3, 5 negeri dapat di tawan...ni la sejarah terbesar politik Malaysia setelah merdeka....

29 November 2011

Luahan Lim Guan Eng: UMNO Tersentap.

Ketua menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng (LGE) sendiri agak terkilan dengan 'taktik' perkauman yang di mainkan oleh UMNO. Apatah lagi bila UMNO melabelkan beliau sebagai 'Cina cauvinis'. Label ini sebenarnya menggambarkan bahawa beliau adalah tersangat 'anti melayu'...

Ini lah telahan yang serta tohmahan yang di lemparkan kepada LGE. Sedangkan kini Melayu di Penang semakin selesa dan rasa senang sikit bila LGE memerintah. Umum tahu bahawa jawatan Ketua Menteri di Penang ini secara tradisi milik bukan melayu. Setakat ini, hanya Cina yang menjadi ketua...Ini perkara biasa bagi masyarakat melayu di Penang. Kerna sudah celik mata lagi , Penang akan di terajui oleh bangsa cina...biasa la tu.

Kenapa UMNO semakin membesarkan isu perkauman?... Ini mungkin di sebabkan rakyat semakin 'mengenali' DAP. Suatu ketika dahulu semasa UMNO berkuasa, kita 'di momokkan' dengan DAP adalah anti melayu,anti Islam...jika memerintah habis lah ketuanan Melayu dan Islam di buatnya...Ini lah momokan suatu ketika dahulu...masa tu UMNO kuat la...tapi kini tidak lagi...

Feista Butterworth: Apa Dah Jadi.

Ahad lalu merupakan malam penutup bagi Fiesta Butterworth. Kalau nak ikutkan publisiti meriah la di buatnya..Dalam iklan, paper,radio dan baner di buat secara besar-besaran. Hinggakan di katakan Fiesta terbaik yang pernah di anjur oleh pihak penganjur setakat ini.

Yang paling menarik ialah di katakan akan ada helikopter dan belon panas. Semua ini di sediakan bagi menarik pengunjung datang. Maka datang la golongan yang ingin merasa akan 'nikmat' menaiki helikopter dan belon panas....Tapi semuanya hampa....semuanya hanya pembohong sahaja. Yang paling menariknya, ada yang datang dari Perlis.Datang semata-mata mahu merasa atau mencuba menaiki 'helikopter' dan belon 'panas'...Tapi semua nya palsu belaka.

Dalam promosi bukan main lagi...seluruh Malaysia di khabarkan akan adanya 'sewaan' menaiki helikopter mengelilingi Pulau Pinang. maklumla, Penang kan kecik jer...

27 November 2011

Pekerja Swasta: Bakal di Gadaikan

Kerajaan kini sedang meminda Akta Pekerja 1955. Ini secara tak langsung bakal 'menggadaikan' nasib pekerja. Secara jelasnya kerajaan hari ini lebih mengutamakan 'Pedagang' dari menjaga rakyat sendiri. Ia amat bersesuaian dengan kata pepatah "Kera di hutan di susukan, Anak sendiri di biar kelaparan"

Sebenarnya pindaan ini telah di benarkan dan di luluskan oleh Parlimen pada 6.10.2011.Terdapat banyak pindaan dalam akta tersebut. Akan tetapi satu akta yang harus di beri perhatian ialah 'KONTRAKTOR TENAGA KERJA ( Contractor for labour ). Bila di lulusnya akta ini maka kerajaan Malaysia akan kembali kepada sistem kerja yang telah di perkanalkan oleh penjajah. Maka dengan kelulusan pindaan ini maka kerajaan membenarkan semula sistem kerja yang berpaksikan Penjajah...Adakah Malaysia belum merdeka sepenuhnya ?.

26 November 2011

Najib dan HAJInya...

Baru-baru najib telah menunaikan Haji iaitu rukun Islam yang kelima. Berbagai tanggapan dan pandangan yang telah beliau perolehi dalam mengerjakan ibadah itu. Biasa la dalam masyarakat melayu hari ini. Nak buat baik maka kena la tonjolkan, tambahan plak sebagai PM kepada sesebuah negara.

Isu yang paling hangat ialah pasai ialah, "selesai' awal dalam ibadah hajinya...hinggakan seorang mufti di utara tanah air telah menegurnya. Paling best sekali ialah bila kembalinya Najib dari Mekkah, maka ada la seorang Menteri tolong jawab bagi pihaknya, Jawapan yang beliau berikan ialah Najib tak bermaksud sedemikian...Biasa la nak 'jaga' bos..mesti la kena buat 'statement' walau pun dia sendiri tahu yang 'statement' tu memang bodoh.

25 November 2011

Kongress AMK...Ke Mana Hala tuju.

SELAMAT BERKONGRES kawan-kawanku.

Itulah yang harus aku ucapkan seawal pagi tadi lagi...tetapi apakan daya 'kerja' membataskan...tetapi hatiku tetap sayangkan akan perjuangan PKR yang semakin memuncak. Semakin memuncak, maka banyak la dugaan yang harus di tempuhi...Maka semakin banyak la 'peel-peel' yang dapat di lihat. Itulah adat dalam berpolitik.

Anak muda adalah pelapis yang bakal 'mewarisi' negara. Mereka lah golongan yang harus di beri perhatian, kerna kelak  mereka lah bakal mencorakkan negara. Maka perhatian dan idea mereka harus di pandang agar kesilapan tidak berlaku kelak. maka anak-anak muda harus di jaga.

Sejarah kebangkitan politik sesebuah negara berjaya dengan ada sumbangan anak-anak muda. Tanpa mereka mungkin sesuatu perubahan politik tidak akan berlaku. Ini kerna anak muda 'terlebih' dahulu terdedah kepada arus perubahan. Maka merekalah yang kehadapan dahulu...maka tak hairan lah jika
golongan muda lah pencetus akan segalanya.

23 November 2011

MUHARRAM BUKAN BULAN NABI BERHIJRAH

Artikel ini aku 'ceduk' dari 'Blog Dr MAZA Bagi Perkongsian Bersama. Berguna kepada kita bagi 'mendalami Islam' sedalamnya... Selamat Beramal...




Soalan: Dr Asri, menjelang bulan Muharram, kita umat Islam akan memperkatakan tentang bulan ini sebagai bulan Hijrah, di mana Nabi s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Bolehkah Dr bincangkan hikmah Nabi s.a.w memilih bulan Muharram sebagai bulan hijrah baginda? Apakah lagi yang patut kita lakukan untuk menyambut bulan hijrah ini selain dari apa yang biasa masyarakat kita lakukan?

Nasir, Kuantan.

Jawapan Dr MAZA: Terima kasih atas soalan yang diberikan. Sebenarnya, banyak perkara dalam mengambil fakta agama dibuat secara ikutan tanpa penelitian dan semakan yang pasti. Kita sering mengikut apa yang orang lain sebut atau ungkapkan tanpa kita memastikan ketepatannya. Malang sekali, bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat awam, tetapi juga dalam kalangan mereka yang terpelajar. Untuk menjawab soalan saudara, saya ingin sentuh beberapa perkara berikut;

22 November 2011

Bodohkah Mingguan Malaysia Ni ? : Isu E-Coli Kelantan

Tak sangka la aku yang editor dan penulis akhbar ni bodoh sangat, atau sengaja nak bodoh kan rakyat yang 'cerdik'...Demi nak malukan negeri PR, pengarang dan editor paper ni sanggup menampakkan akan kebodohan mereka ni.

Tajuk muka depan tu, mereka katakan air di Kelantan paling kotor. Tapi cerdik sedikit jugak puak-puak ni kerna letakkan 'tanda soal' di belakang tajuk tu...Semuanya nak kelirukan serta nak memburukkan kerajaan PR pimpinan PAS. Kalau nak ikut ranking yang SPAN keluarkan, Kelantan berada di tangga ke 5 jika nak di bandingkan dengan 6 negeri yang lain. Yang peliknya ,kenapa kedudukan yang ke 5 di dahulukan, sepatutnya, kalau la pengarang dan editor utusan tu cerdik, maka kedudukan 1,2 dan 3 la patut di hebahkan, ni tak, kedudukan yang ke 5 di 'bicarakan'. Bodoh betui la...

21 November 2011

TIMBALAN MENTERI Yang 'BANGANG'...

Buat malu Malaysia saja ada Timbalan Menteri macam ni...Macam mana boleh di beri tanggungjawab jadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan...Najib, hang kena pikir balik la orang macam ni hang nak jadikan Timbalan menteri...BUAT MALU MALAYSIA jer...

Timbalan Menteri yang di maksudkan ialah Datuk Razali Ibrahim. Ada ka dia kata yang PR la punca 'kebencian' peminat Indonesia benci kepada atlit Malaysia terutamanya pemain bola sepak...Logik ka alasan dari seorang manusia yang bertaraf timbalan menteri. Kalau budak sekolah baca artikel ni, nescaya budak sekolah pun akan kata 'BODOH' punya Timbalan Menteri ni.


KLIK DI SINI untuk keterangan selanjutnya.

Kenapa la tiba-tiba sahaja Razali mengeluarkan kenyataan ni yek...pelik kan...apa kena PR dengan Indonesia...Paling aku pening ialah di katanya PR lah yang meracuni pemikiran rakyat Indon...ish...bangang betui la Timbalan Menteri ni. Apa kah logik PR ni berjaya menghasut  pemikiran depa...Kalau macam tu dasyat jugak la PR ni...kerna boleh hasut pemikiran negara lain....Kalau benar la...

NFC: Wang Di Guna Untuk Kerja Umrah...?

Tadi sekali lagi kepimpinan PKR yang di ketuai oleh Saifudin Nasution telah 'membongkar' lagi akan kepincangan projek NFC, kali ini Saifudin Nasution memberitahu bahawa terdapat bukti yang dana awam itu telah di salah gunakan lagi oleh pihak pengurusan.

Salah guna kali ini yang dedahkan ialah 'menggunakan' dana ini bagi menunaikan umrah. Apakah 'patut' dana awam ini di gunakan bagi menunaikan umrah oleh keluarga mereka? Jawapannya tentu tak 'sewajarnya'. Wang ini di bekalkan kepada penguruasan bagi mengurus kan NFC bagi kebaikan semua rakyat. Tetapi 'pihak pengurusan' membuatkan dana ini seperti hak mereka sendiri. Sudah la sebelum ini ia di gunakan bagi membeli kondominium mewah, kini di dakwa plak di gunakan plak untuk 'menunaikan' Umrah.

20 November 2011

Jangan 'Gadaikan' Keselamatan Anggota Tentera

Tak sangka aku yang kerja 'melahap rasuah' tak kira tempat. Paling terbaru ialah melibatkan membekal kelengkapan kepada anggota tentera. Bayangkan 'peralatan' keselamatn untuk para tentera jugak tak ketinggalan bagi 'pelahap rasuah'.

Tadi seorang bekas tentera telah mendedahkan akan 'pelahap rasuah' ini melahap tanpa memikirkan akan akibat atau kesan kepada anggota tentera.

Anggota tentera adalah satu 'kumpulan' yang 'mengorbankan' diri  menjaga keselamatan negara tak kira masa,tempat dan waktu. Mereka sanggup bekorban segala-galanya termasuk keluarga demi memastikan 'keselamatan' negara terjamin. Mereka ni tak pernah kenal erti penat, malah 'keselamatan negara' di jadikan keutamaan.

Tetapi sayangnya, terdapat golongan 'pelahap' yang mendajjalkan akan 'keikhlasan' para anggota tentera. Bayangkan 'peralatan' keselamatan yang di bekalkan rendah kualitinya. Secara tak langsung ia membahayakan akan para anggota itu sendiri.

Nak Tunjuk 'HERO' Nampak

Tak sangka aku usaha yang baik pun depa mau 'tunjuk' baik...ni la yang terjadi pada 'sumbangan' RM100 untuk para pelajar.

Aku di fahamkan yang pihak Sekolah perlu high light pemimpin UMNO semasa nak bagi duit kepada para pelajar. Bayangkan  pihak sekolah telah di berikan pekeliling agar memanggil serta menjemput pemimpin UMNO/BN agar sertai mereka semasa 'sumbangan' di berikan.

Maklumat lanjut KLIK DI SINI.

Setelah di amati dan di halusi,tahu lah kita bahawa 'sumbangan' ni adalah 'strategi' politik semuanya. Ini kerna mereka mahu menunjuk bahawa pemimpin UMNO/BN prihatin...kenapa la yang ni pun nak di politikkan. Tahu la yang UMNO/BN hanya menanti saat di talkin sahaja, maka tak perlu la 'membuat' strategi yang kurang bijak ni. Macam la duit yang depa nak bagi tu duit mak bapak mereka.,,Ini adalah wang rakyat sebenarnya...tanpa rakyat siapala mereka sebenarnya.

PIBG Sekolah Ambil Kesempatan ?

Baru-baru ini Kerajaan Malaysia telah bermurah hati memberikan saguhati kepada setiap pelajar sekolah RM 100 setiap pelajar. Ini lah antara sikap 'pelik sedikit' UMNO/BN bila mana PRU 13 kian menghampiri. pelik kerna sebelum ini belum pernah di buat. Tapi entah la,mungkin kerna PRU semakin hampir maka 'kelakuan' pelik ini terpaksa di laksanakan.


Walaubagai manapun  ucapan terima kasih jugak harus di berikan. Setidaknya ia dapat membantu para pelejar bagi membeli keperluan masa persekolahan nanti.

"Tetapi agak malang , ialah ada rungutan dari pihak ibubapa yang 'mengeluh' kerna yuran PIBG sekolah untuk tahun depan telah di naikkan dari RM 30 kepada RM 50. Memang nampak tak seberapa, tetapi bagi keluarga yang serba kekurangan ia banyak walaupun nilainya RM 20.
 Inilah keluhan ibubapa di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang yang terletak di Pulau. "

Persoalanya kenapa ia harus di naikkan sebanyak RM 20 lagi berbanding tahun sebelumnya, Adakah PIBG mahu mengambil kesempatan di atas 'bantuan' sewajarnya yang patut pelajar Malaysia nikmati ini. Adakah pihak sekolah terbabit 'merelakan' perkara ini berlaku ?...

Jika benar pihak PIBG sekolah terbabit mengambil kesempatan, maka CELAKALAH sifatnya. Ini kerna bantuan yang di berikan itu sewajarnya adalah hak pelajar sepenuhnya. Tidak kah mereka peka akan kenaikan harga barang yang kini sedang giat melambung? Begitu jugak lah keperluan persekolahan yang terlibat sama dengan kenaikan harga yang kini rancak melambung. Setidaknya, dapat la wang itu di gunakan membeli pakaian sekolah yang baru kepada para pelajar...Maka ia dapat meringankan beban ibu bapa dalam penyedian persekolahan anak-anak mereka...seperti membeli buku rujukan.

Selain itu juga, adakah pihak sekolah 'merelakan' kenaikan yuran PIBG ini ? Maka CELAKALAH juga sekolah terbabit jika membenarkan PIBG menaikkan yuran terbabit...

Oleh demikian, aku berharap agar Pejabat pendidikan negeri  di Pulau Pinang ni haruslah 'menegur' sikap pengurusan PIBG sekolah tersebut agar tidak mengambil kesempatan.

Jika ia nya di biarkan berterusan berlaku,maka amat malang lah usaha yang di lakukan ini.

19 November 2011

Melayu PENANG Dah Cerdik...

Syabas dah tahniah harus di berikan kepada Melayu Penang...Kenapa harus di katakan begitu? Ini kerna satu kajian telah di jalankan 'mengatakan' bahawa BN/UMNO sudah di pinggirkan oleh Melayu. kenapa ini terjadi. Jawapannya mudah....Melayu dah Cerdik berpolitik...

Inilah hakikat sebenar yang UMNO/BN harus telan bulat-bulat apabila melayu kini dah berani berubah. Tak sia-sia lah PR di berikan peluang memerintah,maka dengan jaya yang amanah ini berjaya di pikul oleh PR. Satu kejayaan demi kejayaan telah di perolehi. Terbukti apabila Penang merupakan negeri tersebesar menerima pelaburan dari luar. Maka banyaklah peluang pekerjaan yang bakal di terima oleh penduduk Penang.

Kini Melayu sudah boelh menerima akan peubahan yanga di lakuakn semasa Tsunami Politik 08 yang lalu. Maka jangan harap la UMNO/BN bermimpi untuk menawan semula Penang. Rakyat sudah tahu yang selama ini rakyat dah 'di lembukan' oleh UMNO/BN.
 

Ezam dah Gelabah ?

Kini Ezam Md Noor iaitu bekas Ketua Pemuda Keadialn yang 'melompat' ke UMNO  kembali mendapat liputan semula. Ini kerna setelah 'terbitnya' buku yang bertajuk "Memoir Perjuangan Politik'  yang di tulis oleh Dr Syed Husin Ali.

Dalam buku itu ada menerangkan akan 'pengakuaan' Ezam akan 'masalah ' peribadinya kepada Dr Syed Husin. Antaranya sebab beliau meninggalkan PKR adalah kerna Wang dan jawatan...Betul ka...

Entah la, itulah yang di nukil kan oleh Syed Husin Ali dalam bukun terbaru ya. Sejauh mana kebenaran hanya Ezam dan Syed Husin yang tahu akan kebenarannya. Maka bermulalah episod baru dalam dalam politik,' nafi-menafikan' adalah lumrah dalam politik tanah air kita. Cuma yang membezakan adalah 'ruang' yang berikan. Dalam hal ini ternyatalah bahawa Ezam berada di pihak yang selesa kerna 'media massa' perdana akan 'memperuntukkan' ruang yang besar buatnya nanti. Al maklum la, ahli UMNO kan...

Berbalik kepada 'kenyataan Syed Husin Ali' ini, secara tak langsung ia akan membuatkan 'dunia politik' tanah air semakin panas lagi. Panas kerna semakin dekat dengan PRU, maka semakin sensasilah cerita yang bakal di keluarkan. Maka perang mulut makin bertambah la...

18 November 2011

Harussani Duta UMNO ka...?

Harussani yakni Mufti Perak sekali lagi 'mengumpan' perpaduan Melayu kepada PAS. Katanya beliau  mahu melihat UMNO dan PAS bersatu bagi menjamin 'ketuanan' melayu menjadi lebih kuat...Katanya juga, beliau tak kan 'berhenti' memancing PAS bagi 'bergabubg dengan UMNO...

Agaknya Harussani kini di lantik sebagai 'Duta UMNO' kot...

Bukannya kita tak sokong perpaduan melayu ni, tapi sedarlah bahawa ia boleh di jalin tanpa UMNO pun. Ini kerna dalam PR, Melayu kini kembali bersatu. Tak perlulah bersatu dengan UMNO . Tahu tak Tuan Mufti bahawa UMNO tu 'munafik' sifatnya. Kita tak salahkan 'Tuan Mufti' tetapi beliau harus ingat bahawa dalam politik Malaysia ni, UMNO hanya mencanangkan ketuanan melayu atau hendak berkawan bila mereka dah tesepit. Secara Jujur aku katakan bahawa UMNO ni bukan ikhlas pun untuk bersatu, tapi semuanya ini kerna 'Survival' politik UMNO sahaja.

Artis Melayu Seksi: Apa Mau Heran...

Baru ini ada di utarakan akan prihal artis Melayu yang berpakaian  terlalu seksi. Biasa la tu...Kenapa aku kata biasa,Jawapannya Mudah ! Sebab depa ni yang berpakaian seksi tak ganggu UMNO/BN. Inilah hakikat sebenarnya pemerintahan di Malaysia yang di katakan Malaysia Negara Islam.

Sebenarnya bagi aku perkara ini biasa sahaja di Malaysia. Kementerian Yang Berkaitan di Malaysia bukannya tak tahu,sebab ada juga anak-anak menteri, sedara mereka bekecimpung dalam dunia artis...Maka apa perlu di kacaukan...kerna itu mereka ni tak kacau artis pun...Setidaknya bagi mereka ia jugak 'merancakkan' keadaan...  jugak kan...hehehehehehe...

Inilah hakikat sebenar Menteri Berkaitan Di Malaysia. benar la kata DSAI bahawa Agama,Bangsa hanya di war-war kan sebagai 'survival' politik mereka sahaj. Nak Jaga Agama dan Bangsa tu hanya 'sedikit' sahaja jika di bandingkan dengan 'MASYUK' mereka. Terus terang akau katakan pemimpin Melayu UMNO sebenarnya hanya mementing 'kedudukan' tanpa menghiraukan MARUAH bangsa atau pun agama.

Kerajaan Meng'gula'kan Rakyat ?

Hari ini sibuklah para ibu bapa ke sekolah untuk 'mengambil' sagu hati yang kerajaan berikan kepada anak-anak sekolah. Setiap pelajar telah di berikan RM 100 setiap orang. Secara jujur aku katakan ia amat bagus dan dapat membantu rakyat.

Setidaknya ia dapat la mengurangkan beban kelarga dalam 'penyempurnaan' persekolahan anak kelak. Dapat la di gunakan untuk membeli buku sekolah, pakaian dan sebagainya.

Persolannya, kenapa baru sekarang kerajaan baru mengingatkanitan keperitan Rakyat?

Sudah 54 tahun memerintah kenapala baru sekarang nak ingatkan keperitan rakyat. Adakah ini gula-gula politik yang di buat demi survival politik UMNO/BN ?. Mungkin anatara lain adalah sebab PRU 13 semakin hampir. Boleh di katakan 'pemberian' ini adalah amat pelik, kerna sebelum ini, atau selama pemerintahan mereka ia belum terjadi lagi. Mungkin ia meniru konsep PR di Pulau Pinang kot.

17 November 2011

Najib Nak Jadi 'Taikun' Ka...!

Tadi di khabarkan bahawa PDRM telah 'menganugerahkan' kerja baru kepada syarikat Tricubes Bhd untuk mengutip saman bagi pihak PDRM. Semua tahu bahawa syarikat ini ada link dengan keluarga Najib iaitu adiknya 'Tauke CIMB'.



Mak ai....senang sahaja puak-puak ni 'membikin' duit, hinggakan saman pun kena lantik agen untuk di kutip...ish ish ish...Macam ni pun ada...ni la apabila 'rakyat' di lembukan.


16 November 2011

Saham Anak Najib Menjunam

Sebelum ini hebah di perkatakan anak Najib iaitu Mohd Nazifuddin Najib 28 tahun, mampu membeli saham yang bernilai jutaan ringgit. Secara tak langsung dia adalah Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu. Setelah memiliki saham syarikat tersebut di khabarkan saham itu melonjak sehingga 2500 %...dasyat kan..inilah yang di katakan pengaruh politik dalam bisnes.

Tetapi hari ini di khabarkan bahawa saham itu menjunam sebanyak 30%. Mak iahhhh...cepat benar ia jatuh,tetapi jatuhnya hanya 30% kalau nak di bandingkan dengan peningkatan sebanyak 2500%. Setidaknya ia masih untung sebanyak 2470 % lagi kan. Ini lah yang di katakan 'politikus'. Sedang sibuk  rakyat di khabarkan tentang pemilikan saham anak Najib, maka bagi meredakan isu pemilikan saham ini,  maka ia 'di buat' menjunam keadaan nya. Mungkin ni nak tunjukkan pada masyarakat bahawa tiada campur tangan politik dalam syarikat anak Najib ni. Cekap  kan puak-puak ni.

15 November 2011

NFC: Ada MP Umno Pun Menyampah Sharizat.

Selepas PR 'membuktikan' satu demi satu akan kepincangan isu Lembu Fidlot kendalian Keluarga Sharizat, kini puak-puak UMNO dah mula bersuara. Ini kerna kata Mereka ini secara tak langsung 'bakal' menjadi bebanan kepada UMNO. Al-Maklum la bila mana PRU 13 semakin dekat. Maka 'peninjolan' diri harus di lakukan. Kerna inilah kesempatan terbaik untuk di calonkan.

MP yang paling 'di depan' bersuara ialah Bung Mokhtar dan beberepa MP yang lain. Ini kerna Bung Mukhtar memang terkenal dengan 'juara' dalam sesuatu isu. Lagi pun di tambah dengan kekuatan negerinya penyumbang kemenangan kepada kejayaan BN. Jadi pihak atasan UMNO/BN mungkin tak beberapa menyentuh beliau. Beikut aku sertakan kenyataan Bung Mukhtar untuk tatapan bersama.

KLIK DI SINI untuk keterangan lanjut.

14 November 2011

UMNO Songlap Duit Zakat ?

Baru ni ada citer yang kurang menarik di dengar. Citernya seorang menteri telah mengarahkan sebuah pusat pengurusan zakat bayar duit buku yang di terbitkan...kalau buku berkaitan agama tak pa la,  tapi buku yang menceritakan 'keburukan' parti lawan. Ish ..ish..ish...Sampai tahap tu puak UMNO gunakan duit zakat untuk kepentingan politik mereka ni..

Duit zakat adalah duit hasil pemberian orang ramai untuk di salurkan kepada golongan yang memerlukan. Adakah UMNO antara asnaf yang di ketogerikan sebagai penerima duit zakat nih...Patut la ramai lagi golongan yang terpinggir dari menerima zakat rupanya..rupa-rupanya leh la di katakan bahawa duit zakat ni di salah urus rupanya. Yang paling malang lagi ialah 'arahan' menteri yang beragama Islam, jaga hal ehwal Islam plak tu.

Berani Ka KJ Berdebat ...?

Rafizi Ramli yang merupakan Pengarah Strategi kepada PKR hari ini dengan rasminya mempelawa 'Menantu Paklah' iaitu KJ untuk berdebat mengenai 'Lembu Fidlot' Kendalian Keluarga Mummy Sharizat. Ini mungkin rentetan KJ yang di lihat sebagai MP UMNO yang kehadapan dalam mempertahankan Mummy Sharizat.
Kini boleh la kita melihat 'kejantanan' Khairi dengan cabaran ini. Berani atau tidak, bersama kita mendoakan agar ia menjadi kenyataan. Bukan apa, KJ sebelum ni 'lantang' bersuara di media massa mengenai 'projek lembu' ni. Biar la kita adil dalam 'memeberi' kenyataan. Maka Berdebat lah cara yang 'adil' kerna rakyat dapat menilai secara 'adil' bila dua-dua belah pihak berhujah. Di sini boleh lah kita lihat siapa yang berada di pihak yang benar.

Di bawah ini aku 'sertakan' tawaran Rasmi untuk berdebat dari Rafizi kepada Khairi Jamaludin. Di harapkan Khairi berani 'menerima' pelawaan ini.

13 November 2011

Ku Li Kecewa


Tengku Razaligh (TR) kini telah menubuhkan satu NGO nya sendiri yang di kenali sebagai AMANAH (Angkatan Amanah Merdeka) . Antara tujuan penubuhan NGO ini adalah rasa kecewanya Veteran UMNO ini terhadap UMNO itu sendiri. Maka dengan rasa terbukanya TR telah mengumumkan AMANAH kepada pengetahuan umum.
Maka makin teserlah bahawa UMNO  sekerang ni menghadapi masalah dalam yang besar hinggakan Veteran UMNO pun sendiri telah menyuarakan rasa kurang senang hatinya. Kini Amanah telah di sertai berbagi lagi ahli BN yang tidak senang dengan keadaan UMNO sekarang.

Ekoran ‘tertubuhnya’ AMANAH, maka berbagai spekulasi lah yang ‘di canangkan’ baik dari BN mahupun dari PR sendiri. Ada ‘khabar’ mengatakan bahawa AMANAH adalah ‘proksi’ bagi PR yang mana ahli UMNO/BN telah ‘kecewa’ dengan hala tuju  UMNO sekarang ni. Ada juga mengatakan bahawa AMANAH adalah ‘ geng 16 September’ yang di rancangkan dahulu. Entah la sejauh mana kebenrannya.

Lim Guan Eng 'Rasis' ?

Lim Guan Eng (LGE) rasis adalah benih semaian UMNO untuk orang melayu. Itulah kata UMNO yang di semaikan kepada Melayu. Tujuan nya mudah, untuk pastikan UMNO kembali berkuasa di Penang. UMNO kehilangan kuasa sejak PRU 12. Maka bila kehilangan kuasa,maka kehilangan TENDER la puak-puak UMNO nih.Maka tiada la 'MASUK'

Isu yang WAJIB  serta perlu di mainkan ialah dengan semaian RASIS kepada LGE. Tahukah kita sekarang ni UMNO di Penang benar-benar 'nazak' kerna tiada 'MASYUK' dalam poket depa. Maka untuk kembalikan 'MASYUK' semula,maka kena pastikan BN/UMNO kembali memerintah di Penang.


Najib Jahil Ka..?

Hj Najib telah kembali dari menunaikan Ibadah Rukun Islam Ke5, iaitu menunaikan Haji. Tetapi menimbulkan sedikit apabila beliau menimbukkan sedikit 'kecelaruan' dengan 'mengiystiharkan' bahawa haji nya teleh selesai, Walhal masih ada yang belum sempurna lagi..Bukan semua benda boleh 'di bayar' dengan mudah...kalau terlupa tu lain la..Ini seolah-seolah 'sengaja' membayar denda...Hinggakan seorang mufti telah bersuara.

Selagi nama manusia,kita takkan terlepas dari kesilapan...nama pun manusia...Biasalakan...

Setelah sekembalinya beliau dari menunaikan haji, ingatkan dia nak jelaskan...Rupa-rupanya 'orang kuat beliau' iaitu Jamil Khir telah membuat kenyataan 'maksud sebenar' apa yang telah Haji Najib 'twit' dalam twiternya...Menteri 'bodek' itu mengatakan bahawa Hj Najib baru selesai wukuf sebenarnya, bukan selesai haji...Itu lah maksud sebenar Najib dalam 'twit' kontraversinya itu...


12 November 2011

Payung Melayu Ialah Utusan?

Tadi setiausahan UMNO telah merasmikan bangunan 'Biro' baru utusan di Putrajaya. Orang ni iaitu  Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. (ATM) telah menyatakan bahwa Utusan Harus di kekalkan sebagai 'PAYUNG MELAYU'...Naik 'meloya' aku apabila mendengarkan saranan itu...Benarkah ia Payung Melayu yek, atau ia adalah payung untuk UMNO. Ini kerna UMNO adalah antara pemegang saham terbesar dalam 'paper' ni. 





Atau mungkin dek kerna 'jualan' paper ni semakin menurun , maka  ia membuatkan kewangan UMNO semakin kurang, maka ia harus ' di lariskan' demi membuat 'duit'...Sebagai rakyat Malaysia, wajar ka 'paper' ini harus di angkat sebagai 'Payung Melayu'...Payung tu dalam bahasa mudah beerti 'perlindungan'...maka iadi tejermahkan sebagai "perlindungan Melayu'...pada hemat aku ia sebenarnya PERLINDUNGAN KEPADA UMNO sebenarnya. Perlindungan dari segi 'survival politik' adalah payung Utama Niat Mereka.


UMNO Penang dan PERKASA buat 'Rancak Lagi'

Kredit Untuk: www.bloglistpolitik.blogspot.com


Kira-kira 50 pemuda Persatuan Pribumi Melayu Malaysia (Perkasa) selepas Solat Fardhu Jumaat tadi melancarkan perhimpunan liar membantah inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi perkhidmatan bas percuma kepada rakyat dari Jeti Georgetown ke Komtar.

Naib Ketua Wira Perkasa - sayap pemuda Perkasa - Mohd Rizuad Mohd Azudin (atas) mendakwa langkah pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng itu menindas rezeki kaum penarik beca.




"Guan Eng terlalu banyak berpolitik, bukan buat kerja. Dia penipu. Dia menindas orang-orang Melayu. Dia mengabaikan kebajikan penarik beca," ujarnya dalam nada yang liar di perkarangan Komtar, Georgetown.

Selain konvoi kira-kira 10 beca, kumpulan berkenaan memakai baju serba kuning yang tertulis "Selamatkan Pulau Pinang, LGE anti Melayu".


Mereka turut membawa beberapa kain rentang menuduh Guan Eng anti Melayu.


Selongor Sedia Ambil Alih

Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PR kini 'menawarkan' diri untuk bersedia mengambil alih akan NFC jika Kementerian Pertanian sudi memberi.

KLIK DI SINI di sini untuk keterangan lanjut.

Sebelum ini Menteri yang bertanggungjawab dalam 'keadaan' ini  seakan ajak-ajak ayam kepada sesiapa yang sudi 'take over' akan projek ni. Kini , kerajaan Selangor di bawah Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari sudi 'menerima' tawaran tersebut. Adakah ia benar-benar offer yang jujur ?...Pendapat aku ia merupakan satu 'luahan' kekecewaan yang sahaja. Kecewa kerna 'terkantoi' akan agihan projek ini yang terang-terang  kepada Kroni Besar mereka.

Jika ia benar 'tawaran' ikhlas,maka rakyat 'yakin' bahwa kepimpinan PR di Selangor mampu mengurus dengan baik projek ini.


11 November 2011

Beli Kondo Hasil 'Keuntungan' Lembu?

Setelah NFC (National Fedlot Copratation) 'di gambarkan' dengan pelbagai isu, kini di tambah plak lagi isu. Kini di khabarkan pemilik NFC telah membeli Sebuah Kondominium Mewah yang bernilai RM 9.8 Juta...Wah untungnya berniaga lembu ni rupanya....

Kini 'di isukan' plak pasai Sharizat telah membeli sebuah kondo Mewah yang bernilai Jutaan ringgit dengan hanya 4 kali bayar sahaja. Bukan 4 kali bayar setahun, tetapi 4 kali bayar dalam sehari.


10 November 2011

Ambiga Dajal,Marina Plak Macam Mana?

Ambiga,iaitu Pengerusi Pengelola Bersih 2.0 telah di labelkan sebagai 'DAJJAL' oleh kumpulan PERKASA. Dia 'di cop' sebagai Dajjal kerna 'bersedia' untuk merasmikan 'Merdeka Seksualiti' yang akan di anjurkan...( lani tak jadi)...Maka Dajjal la gelaran yang puak PERKASA berikan. Maka 'Perasmi' Pesta ni di kira Dajjal.
Kini fakta demi fakta telah muncul. Antaranya Anak Tun Mahathir,iaitu Marina sendiri pun pernah 'merasmikan' pesta ini. MAKA DAJJAL JUGAK LA MARINA ?...untuk pengetahuan umum, 'Merdeka Seksualiti' ini sebenarnya telah 'bertapak' sejak 2008. Kini saja baru 'di khabarkan kepada umum', sebelum ni senyap sahaja. Ia 'di sensasikan' kerna ia akan di rasmikan Ambiga, maka ia perlu di sensasikan.


Kaya Betul Anak Najib

Di saat ini ketika rakyat seperti kita dalam golongan 'marhaen' ni bergelut dengan 'Tekanan Hidup' ,masalah kenaikan barang, senang- senang sahaja Anak Najib ni membeli saham syarikat balak yang bernilai Jutaan Ringgit tu...Beginikah yang di katakan 'Satu Malaysia' ?..memang kena la slogan Najib, rakyat di dahulukan...memang pun rakyat kena dahulu, kena dari segi kenaikan harga barang, kena bayar cukai 6%, ini semua 'di hempuk' ke atas rakyat.

Yang agak 'mendatangkan' marah ialah umur anak Najib ni baru sahaja 28 tahun, tapi dah mampu memliki 'saham-saham' balak  yang bernilai jutaan ringgit. Memang benar la kata pujangga, 'Yang Kaya terus Kaya, Yang miskin terus kedana'...


9 November 2011

Tahniah Kerajaan Selangor.

Tahniah dan syabas harus di berikan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang di ketuai oleh TS Khalid di atas kejayaan Negerinya memperkenalkan Gaji Minima RM 1500 untuk semua kakitangan kerajaan negeri dan syarikat GLC mulai tahun depan.

Ia merupakan negeri pertama di Malaysia, malah di bawah pentabiran PR yang mula memperkenalkan Gaji Minima. Sebelum ini ia hanya di canangkan , kini bakal menjadi kenyataan mulai tahun depan iaitu 2012. Kejayaan ini sedikit sebanyak bakal 'menutup' mulut kepimpinan UMNO/BN yang selama ini 'memandang sepi' malah 'memperlekhkan' kebolehan PR akan skim gaji minima ini.

Kini terbuktilah pada 'mata masyarakat' bahawa kepimpinan PR mampu melakukannya. Bukan cakap-cakap kosong seperti kepimpinan UMNO/BN. Lihatlah kan kejayaan dalam merealisasikan walaupun baru 'berumur' 3 tahun memerintah. Kalau 30 tahun, maka 'kesenagan serta keselesaan lah' yang bakal di nikmati oleh rakyat.


Kebenaran Makin Teserlah- Editor TV Mengaku Di Arah Menfitnah


 Kredit untuk: http://bloglistpolitik.blogspot.com

KUALA LUMPUR 8 Nov: Seorang editor di sebuah stesen televisyen memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana terpaksa memfitnah kedua pasangan suami isteri itu.

“Editor itu mula-mula memohon maaf kepada Azizah dan selepas itu kepada saya kerana memfitnah kami dalam banyak isu terutamanya dalam kes Fitnah 2.

“Beliau datang sendiri menemui kami dan menyatakan kekesalannya dan mengakui terpaksa berbuat demikian,” kata Anwar ketika mendedahkan perkara itu di parlimen hari ini.


Anwar menegaskan, beliau tidak menyalahkan pengamal media terhadap konspirasi politik berkenaan, namun mengingatkan tindakan mereka bersubahat bukan sahaja mengaibkan beliau sekeluarga, tetapi juga memberi kesan kepada masyarakat.

Mahkamah pada 18 Oktober lalu menetapkan 23 dan 24 November depan bagi mendengar hujahan akhir kes pembelaan dan pendakwaan sebelum membuat keputusan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar keterangan empat saksi penyanggah yang dikemukakan pihak pendakwaan, bagi mencabar keterangan pakar tulang belakang yang merawat Anwar di Munich, Jerman pada 2004.

Saksi berkenaan bagaimanapun gagal mencabar keterangan Dr Thomas Hoogland yang sebelum ini memberitahu mahkamah Anwar tidak mungkin melakukan perbuatan liwat ekoran masalah tulang belakang yang dihadapinya.

Sementara itu, Anwar sebelum ini mahu rayuannya terhadap pembatalan sepina oleh Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya didengar sebelum hujah akhir daripada peguam dan pihak pendakwaraya.

Pada 6 Oktober lalu, hakim Zabidin menerima permohonan Najib dan Rosmah bagi mengenepikan sepina yang memerintahkan mereka hadir memberi keterangan dalam kes Fitnah II.

Keputusan itu mengecewakan peguam kerana menganggap kedua individu itu saksi relevan dalam kes berkenaan.

Ini kerana Najib sebelum ini pernah menemui pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan empat hari sebelum pemuda itu membuat laporan polis dengan memfitnah Anwar meliwatnya pada 28 Jun 2008.

Pasai Lembu Lagi

Terbaru kenyataan yang di keluarkan oleh Menteri yang bertanggungjawab dalam isu pasai 'Ladang Lembu'. Kali ini dia dah macam tak tau nak 'menaici'. Terbaru nak 'offer' kepada PR untuk 'handle' projek ni.


Dalam 'perkiraan' aku benar ka nak di 'offer' kepada PR. Pendapat aku ia hanyalah 'offer' ayam sahaja..Bak kata pepatah ajak-ajak ayam. Dalam pada masa yang sama, PKR bersama beberapa NGO 'melawat' projek tersebut, tetapi di katakan di halang oleh 'penjaga' ladang tersebut. Sebelum ini 'beriya' sangat nak memberi kebenaran kepada para pelawat yang ingin melihat sendiri,tetapi bila lawatan di lakukan maka, ada halangan...Kesian kepada Pelawat, yang ingin datang melihat sendiri.

Harapan rakyat Malaysia amat besar, mahu memastikan projek untuk rakyat berjalan dengan lancar,mahu mengurangkan bebanan kenaikan harga barang. Setidaknya harga daging lembu dapat di kurangkan, serta menjamin bekalan tidak putus. Harap, sebagai Menteri itu , tunjuklah 'STANDARD' anda sebagai seorang menteri. Kini rakyat semakin bijak dalam menilai. jangan la memalukan bangsa Melayu di atas 'kepincangan' yang melanda. Kalau di negara maju, mungkin perletakan jawatan telah 'di buat' bagi pemimpin yang gagal melaksankan tugas dengan baik.

Buat sedara Rafizi dari PKR, dedahkan sebaik mungkin, rakyat menanti akan 'kelobangan' yang melanda Projek Lembu nih.  KLIK di sini bagi kupasan yang lebih lanjut.

8 November 2011

Kita di Bodohkan macam Lembu?

Nah...kini satu lagi pendedahan yang di buat oleh Pengarah Startegik PKR, iaitu sedara Rafizi. Beliau kini semakin rancak mendedahkan akan kepincangan serta 'kelubangan' Projek Lembu Nasiaonal negara iaitu National Feedlot Copratation (NFC).

Berita sepenuhnya: Klik Di Sini

Sebelum ni sibuk diperkatakan akan kepincangan NFC nih..hinggakan di bawa ke dewan. Terbaru ialah pendedahan yang menyifatkan kita telah di tipu oleh PM kita iaitu Hj Najib dan Menteri Pertanian. Mereka seakan tak sekata dalam menyatakan peruntukan serta pinjaman mudah yang telah di berikan kepada pihak pengurusan NFC. Umum juga telah tahu projek ni telah di anugerahkan kepada keluarga Sharizat Jalil. Projek ini adalah projek mega kerajaan dalam mengurang 'import' lembu dari luar untuk kegunaan rakyat Malaysia. Projek ni juga di katakan akan dapat mengurangkan pembelian lembu dari luar untuk menampung keperluan rakyat Malaysia. Tetapi sebaliknya telah berlaku.

Kini semakin hari semakin menampakkan akan 'kelobangan' projek tersebut. Paling best sekali ialah projek ini telah di anugerahkan kepada Menteri. Bermakna memang rakyat di gunakan dalam pencapaian Pimpinan UMNO/BN. Kini Sharizat seakan menyepi sedikit ekoran 'pengetahuan' umum bahawa suaminya 'di anugerahkan' projek ini. Juga di ketahui bahawa laporan audit yang telah di buat baru-baru ini. Juga di ketahui 'keberkesanan' projek ini kepada Rakayat yang telah menguntungkan 'pembela-pembela' lembu-lembu tersebut.

Buat Rafizi,teruskan usaha anda dalam 'membongkar' akan kepincangan projek RM 250 Juta ini. Bukan apa, rakyat kini sedang menanti akan 'penjelasan' yang perlu di jelaskan. Rakyat nak tahu sejauh mana perkembangan,kejayaan serta 'keberhasilan' projek ni. Rakyat juga nak tahu siapa yang sebenarnya mendapat hasi serta manfaat dari projek ini.

Teruskan usaha anda...SELAMAT KAN RAKYAT DARI DI JADIKAN LEMBU YANG DI CUCUK HIDUNGNYA.

Kalau Lim Guan Eng...

Menarik juga dengan statement Chua Soi Lek ni...Tak pa kalau tak  di buat secara 'low profile...Ni la statement yang di buat oleh Presiden MCA. Bayangkan kalau yang buat ni Lim Guan Eng, maka 3 helai muka depan paper yang pro-UMNO la akan di 'gembar gemburkan'...kalau Presiden MCA tak ada masalah...Ni la demokrasi ala BN/UMNO yang sedang menanti akan 'belah' setelah sekian lama 'meretak'.

Baca lah di sini: Kenyataan Dr Chua Soi Lek


Kekadang tu aku pelik, hairan bin ajiaib dengan puak-puak UMNO ni..kalau bukan melayu yang keluar statement yang menyentuh agama dan melayu, ia akan di nilai dahulu siapa yang keluarkan. Jika datangnya statement itu dari PR, maka di 'pusinglah' sehingga mereka sendiri yang pening akhirnya' Jika statement itu dari 'keluarga' BN, maka di diamkan sahaja.

Sebagai contoh statement Presiden Gerakan ni tentang Hukum Allah, sepi sahaja akhbar-akhbar 'penjilat' UMNO ni di buatnya. Sedangankan kalau di ikutkan pendapat dari Pimpinan PR atau BN yang bukan Islam dalam bab hudud, maka pendapat Presiden MCA ni lah paling 'kurang hajar'. Tetapi sebagai menjaga 'talian hayat BN' maka mereka ni snaggup 'menyapu di bawah carpert sahaja'. Inilah 'perkauman statement' oleh BN yang kita lihat hari ini.

Tetapi rakyat Penang, bukan lah bodoh seperti yang BN sangka..Kami bahagia berada di di bawah PR  yang diketuai oleh DAP. Kami di hargai, walaupun kecil nilainya seperti Penghargaan Warga Emas, Ibu Tunggal, kini Anak Emas pulak sedang di lancarkan. Memang benar kecil nilainya, tetapi kami di hargai. Bayangkan berjuta-juta di peruntukan, tetapi ia di kongsi bersama. Masa zaman BN memerintah jangan harap la. Ia hanya di kongsi oleh 'konglomat' mereka sahaja. Inilah yang di katakan perkongsian bersama...Walaupun kecil nilainya.

Akhirnya yang rugi ialah Melayu UMNO. Rugi kerna 'bertaklid buta' dengan pengaruh UMNO yang selama ini mementingkan diri mereka. pengikut hanya di guna bila di perlukan. Agihan projek hanya untuk kroni-kroni mereka...ahli-ahli yang boleh di mainkan, dapat la 'Baju Sehelai'...Yang Kaya,Pemimpin mereka.

Apa ? ' Masih belum sempurna'

Semalam baru sahaja berita di khabarkan bahawa Hj Najib sudah selesai menyempurnakan Rukun Islam yang ke 5,tapi pagi ini aku agak terkejut bila mana Mufti Perlis mengatakan ia 'masih belum sempurna'. Terus terang aku katakan bahawa aku ni masih 'jahil  lagi bab haji ni, tetapi kalau kita jahil tu buat la cara jahil...Setidaknya kita ada golongan yang arif akan hal ni. Maka kita ikut la sahaja...Ni statement dari seorang yang bergelar mufti...Mufti tu...banayk ilmunya kan...

Di bawah ni aku sertakan petikan yang ceduk dari MalaysiaKini untuk tatapan dan renungan bersama.

Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar  di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan  13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

hajj pilgrimage haji pilgrimage 040107 masjidil haramLaporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...