11 Disember 2011

Pemberian RM 500: Gula-gula Terbaru UMNO

Kini ahli-ahli BN/UMNO terutamanya sibuk dengan pemberian 'sekali sahaja' dari pemerintah sebanyak RM 500. Maka gumpita lah penyokong UMNO akan kebaikan dari pimpinan Haji Najib. Maka di canang lah seluruh kampung akan keprihatinan Kerajaan yang di terajui oleh BN bahawa mereka ni 'prihatin' akan nasib rakyat.

Prihatin ka UMNO nih ?...

Bagi rakyat yang celik politik ini semua adalah 'gula-gula' PRU  yang di tabur sempena menyambut PRU 13 kelak. Sebelum ini selama 54 tahum memerintah, baru sekarang rakyat di dahulukan...sebelum ini mana 'keprihatinan' mereka terhadap rakyat.



Sebelum mengalami 'Tsunami Politik 2008, mereka seakan lupakan akan 'kebajikan' kepada rakyat, mana prihatinan puak-puak pelahap ini terhadap rakyat. Setelah di kejutkan dengan 'signal' dari rakyat, barulah 'ingatan' kepada rakyat kembali di ingati. Maka rakyat harus di beri perhatian bagi meringankan beban, maka bantuan 'segera' harus di hulurkan....Maka Gula-gula bernilai RM 500 harus di berikan. Ini semua mengikut jejak langkah pemerintahan PR di Penang sebenarnya.

Kenapa kata begitu ?...Kerna Kerajaan PR di Penang lah yang memulakan 'langkah' iaitu dengan pemberian 'penghargaan' warga emas bernilai RM 100 seorang kepada warga emas yang 'mengundi' di Penang. Memandang idea itu 'menarik perhatian' maka UMNO pun 'cedok' lah idea tersebut. Memandangkan berbekalkan 'modal' yang besar, maka idea RM 500 setiap isi rumah 'di perkenalkan'...tak hairanlah, sebab 'modal' mereka besar. Semua ini 'berlandaskan' apa yang PR Penang lakukan...

Tetapi mereka menetapkan syarat....Syarat utama ialah pendapatan isi rumah mestilah kurang dari RM 3000 sebulan....Banyak ka RM 3000 sebulan tu... Di Penang pendapatan itu biasa sahaja..ini kerna di Penang ia merupakan perkara biasa sahaja. Di Penang ni kalau pendapatan RM 2000 pun cukup-cukup sahaja keperluan bagi yang bujang..di Penang ni RM 2000 perkara biasa sahaja....Jika RM 3000 untuk isi rumah ia merupakan perkara yang biasa sahaja....

Setidaknya Gula-Gula ini dapat juga membantu, tetapi 'bersyarat'....Kalau mereka UMNO benar-benar ikhlas, maka pendapatan isi rumah itu harus di naikkan...

Berbalik kepada 'pemberian' Gula-gula RM 500 itu...memang bagus, tetapi sepatutnya dari dahulu lagi ia di berikan. Jangan la dok 'claim' duit ni duit UMNO/BN...jujur la katakan bahawa Duit ini sebenarnya milik Rakyat Malaysia. Bukan duit Najib atau Rosmah pun, bukan duit UMNO/BN pun, tetapi ia sebenarnya kurniaan dari TUHAN. Tak perlu la 'mencanangkan' ia dari Perdana Menteri....Kalau nak bagi sepatutnya dari dahulu lagi...

Memandangkan PRU semakin dekat, maka pendekatan 'ini' harus di gunakan. Ini kerna bagi menampakkan akan 'keprihatinan' UMNO/BN terhadap rakyat. Kenapa ini berlaku....Matematik Mudah ialah nak ambil hati rakyat yang semakin 'menjauhi' UMNO/BN.

Mereka, yakni UMNO/BN sebenarnya sedar akan 'peralihan' rakyat terhadap mereka. Mereka semakin hari semakin 'di jauhi', maka bagi mendekatkan rakyat kepada UMNO/BN, satu jalan harus di gunakan, maka 'Gula-Gula RM 500' di gunakan....Maka gumpita lah sekampung akan pemberian ini.

Buat 'pencacai' UMNO, ingat lah bahawa kalian ' di bodohkan' sebenarnya. Kenapa aku kata begitu sepatutnya sejak 54 tahun yang lalu ia di laksanakan. Tetapi memandangkan UMNO/BN semakin menuju 'sakratul maut' baru la puak-puak UMNO nak ingatkan hampa semua wahai 'pencacai UMNO'...Mereka sebenarnya sudah kaya raya, harta dah berbukit, baru nak ingatkan kepada 'kalian' sekelian...Sedarlah UMNO sedang 'mengkaldaikan' hampa semua...

Bagi yang layak, 'sapu' saja duit tu..sebab duit itu ada lah duit anda sebenarnya...Bukan Duit UMNO,Bukan Duit PR, ia adalah  di amanahkan oleh Tuhan kepada pemimpin untuk 'kita semua'...
...
Pesanan buat 'pencacai UMNO'..Jangan dok berlagak duit itu dari Najib...Kalau duit Najib ia akan belikan cincin yang berharga jutaan ringgit kepada Hajah Rosmah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...