Kini sibuk lah di perkatakan tentang 'kenakalan' Mahasiswa di negara kita sedang 'memberontak'. Terbaru ialah himpunan yang di adakan di PWTC di mana 'kenakalan' mereka menurunkan bendera yang memaparkan wajah Hj Najib.
Maka gumpitalah sedikit negara di buatnya. Mengapa Mahasiswa memberontak ?...
Ini kerna mereka adalah golongan yang cerdik pemikirannya daripada bukan mahasiswa. Mereka ni mempunyai pemikiran yang jauh jika di bandingkan dengan kita yang 'biasa-biasa' sahaja. Kalau tidak mana mungkin golongan ini di terima memasuki IPT. Jika di terima meneruskan pengajian di IPT maka 'bijak' lah mereka iaitu golongan Mahasiswa.
Aku tak salahkan kenapa Mahasiswa yang kini memberontak. Ini kerna dengan pemikiran yang ada, mereka telah menampakkan akan ketempangan 'pengurusan' negara yang di pimpin oleh UMNO/BN. Maka memberontak lah mereka dalam menyatakan 'ketidak puas' hatian mereka. Nak berunding secara hormat dengan pihak yang terbabit jangan harap la...Umum mengetahui bahawa kita di pimpin oleh pemerintah yang agak sedikit 'di taktor' cara pemerintahannya. Nak kata pemerintah hari ni nak jaga Melayu atau Islam, tak la jaga sangat.
Kepimpinan yang ada hari ini lebih mementingkan kedudukan dan 'membuat' bukit sahaja jika di lihat secara 'zahir dan batin' nya. Isu Agama dan Bangsa hanya baru sahaja di kompangkan sebelum ini. Ini bagaikan 'politic survival' sahaja jika di amati. Nak kata nak beratkan Islam tak juga, cara kehidupan mereka pun sendiri tak mencerminkan 'add-din'. Nak kata nak bela Melayu tak juga, kerna ramai melayu 'merempat'...hinggakan melayu ketinggalan dalam semua aspek terutamanya ekonomi.
Jadi...UMNO hanya lah 'mempergunakan' agama dan bangsa bagi talian hayat yang terakhir sahaja dalam memastikan kuasa memerintah terus kekal milik mereka. Maka beginilah jadinya...Jadi golongan 'mahasiswa' telah nampak akan 'wajah' sebenar mereka yakni pemerintah, maka 'protes' la budak-budak ni bagi membetul kan keadaan. Dengan berpaksikan bahawa Malaysia adalah negara 'demokrasi', maka puak-puak ini pun turun la kejalan dalam menyatakan 'bantahan'...Kenakalan mereka bagi kita adalah biasa sahaja...mereka ni bukan lah menimbulkan kekacauan pun....
Bagi aku, mereka buat ini semuanya kerna 'sayangkan' Malaysia yang bertuah ini, memiliki hasil bumi kurniaan Tuhan yang 'makmur' sekali. Tetapi malangnya, hasil yang Tuhan kurniakan ini di bolot oleh mereka yang tak bertanggungjawab dalam 'mengkayakan' mereka. Lebihan atau pun serpihan barulah ditabur kepada rakyat...itu pun 'ciput' sahaja jika nak di bandingkan hasil sebenarnya.
Kini pemuda UMNO 'melalak' bila mana insiden menurunkan bendera Najib di buat. Meraka bagaikan 'mendewakan' Najib di buatnya. Adakah Najib itu 'sempurna' sebagai 'Hamba Tuhan' ?...Selagi nama Manusia kita tak kan terlepas dari membuat kesilapan...Maka wajiblah di tegur jika kita menampakkan kesilapan yang beliau lakukan...janganla 'mendewa' beliau sehingga beliau ini terbaik atau pun maksum sifatnya.,,Tak kan la pemuda UMNO yang berakal tidak menampakkan akan 'ketempangan' beliau dari segi agama....Rosmah isterinya pun tak mampu beliau nak 'tutup auratkan'...ni kan plak masalah lebih besar yang lain plak...renung-renungkanlah...
Oleh demikian, SYABAS harus di ucapkan kepada Mahasiswa yang 'berarak' baru-baru ini. Setidaknya mahasiswa telah memulakan 'isyarat' bahawa golongan muda yang cerdik pemikirannya 'menolak' pemerintahan yang ada hari ini. Umum mengetahui bahawa pemerintahan yang ada hari ini bukan lah pemerintah yang terbaik buat kita. Sejarah dunia telah membuktikan bahawa 'mahasiswa' adalah pencetus perubahan sesebuah negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan