5 Oktober 2012

BN Jual Negara ?

Salam semua...

Betui ka yang kerajaan Malaysia yang di terajui BN/UMNO nak jual negara?....Inilah persolan yang agak hangat di sensasikan...mana tak nya, di katakan hampir 10 000 orang warga asing dengan mudah memiliki IC dengan hanya bayaran RM 1000 sahaja.... Betui ka nih ?

Kalau la betui citer ni , harap Kerajaan Malaysia melalui Kementerian yang bertanggungjawab membuat 'kenyataan' terbuka menafikan hal ini.

Kerna amat bahaya jika kita dengan mudah sahaja 'meloloskan' pendatang serta warga asing dengan mudah menjadi warganegara. Ini kerna jika mereka di berikan warga negara, maka tak berdaulat lagi la Malaysia.

Ada juga mengatakan, ini semua di lakukan demi memastikan kejayaan BN meneruskan pemerintahan negara... Macam mana yek.... dengan memberikan 'puak' pendatang ini warga negara, maka mereka kena 'wajib' undi BN....kah kah kah...sejauh mana kebenaran aku tak tahu...

KLIK SINI untuk keterangan lanjut

Maka jawapan yang pasti, Kementerian yang bertanggung jawab harus lah menjawab segala tohmahan yang di lemparkan...ini bagi memastikan rakyat Malaysia rasa berdaulat berada di Malaysia.

Berbalik kepada undi....Sangap sangatkah BN hingga terpaksa mencari undi luar...kah kah kah...Bukah kah Najib telah  mengatakan bahawa rakyat sentiasa di hatinya....

Adalah amat bahaya jika 'pendatang' di berikan kuasa Undi...mungkin hari ini mereka membantu sesuatu pihak, suatu hari nanti terpaksa la pemerintah mengikut 'telunjuk' mereka....kenapa jadi begitu...jawapan mudahnya, kalau tak 'ikut' kami , maka lubang akan pecah....

Sedikit demi sedikit, maka semakin 'demand' la puak-puak nih kan...betui tak...

Kalau la citer ni betui....Harap tak betui la...

Jika perkara ini benar, Maka haram jadah la pemerintah MENJUAL NEGARA... kita rakyat Malaysia bukan senang nak jadi warga negara sesebuah negara, walaupun kita berjiran...contohnya BRUNEI...ini kerna terdapat kenalan yang berkelana di sana sudah 15 tahun kerna telah menikah orang di sana, sampai sekarang masih belum menjadi warga negara... Bayangkan...Jiran tuh... Kita dengan mudah memberikan warga negara kepada warga asing....


Jangan kerna kemaruk kuasa negara di gadaikan...


4 Oktober 2012

Mansor Othman Di Sabotaj ?

Salam semua...

Terkini yang agak sepi sikit ialah isu Mansor Othman yakni TKM 1 Penang hangat di perkatakan...al maklum la...bahang 'raya' semakin mendekat...maka pelbagai citer la akan di buat...Biasa la tu kan..biasa ker....?

kah kah kah...

Maka, media massa tugangngan pun 'memanipulasi' sebaik mungkin...maka kesempatan yang ada ni digunakan sebaik mungkin la oleh 'mamak' UMNO...

Isunya rakaman percakapan Mansor semasa 'mesyuarat' dengan komuniti cina telah di rakam...Bayangkan mesyuarat 'tertutup' tu...macam mana boleh terlepas keluar...isu yang agak sensetif tu...Isu nya semua sudah maklum, tak perlu la aku huraikan...

21 September 2012

Isu Balingan Cat

Salam semua.

Walaupun isu balingan cat ke arah kenderaan DSAI sudah reda, tetapi masih ada yang belum lagi selesai.
Antaranya 'penjenayah' yang membaling cat itu.

Walaupun pelbagai bukti telah di kemukakan, tetapi ia seakan sepi sahaja di buatnya. Hinggakan gambar 'pemberontak' tersebut telah di siarkan...tetapi ia seakan 'bebas' sahaja keadaannya.

Kenapa la mereka bertindak sedemikian...

Inilah antara isu yang di bangkitkan dan di bincangkan. Ini kerna ia seakan nampak terdesak 'juak-juak' UMNO di buatnya. Apa kah kesalahan DSAI dan robongannya...mereka hanya membuat kerja mereka. Mereka adalah 'pembangkang' di sebuah negara demokrasi yang bernama Malaysia...

Mungkin 'juak-juak' UMNO ini tak faham apa itu demokrasi sesebuah negara. Ataupun sengaja buat tak faham. Tetapi ada plak pandangan sebaliknya.

14 Jun 2012

Muhyidin Takut Jugak...

Takut jugak TPM kita yakni Muhyidin Yasin nih...

Kerna kata begitu...sebelum ni 'melompong' mencabar DSAI untuk isyitihar harta yang di dakwa bernilai RM 3 Bilion, bila di cabar balik 'mentaici' plak...

Tu la..sarang tebuan jangan di jolok..bila di jolok makan diri. Ni la bila menimpa kepada beliau.

Sebelum ini dengan lantang serta 'sombongnya' menacabar DSAI 'citer' pasai aset beliau. DSAI dengan berani menyahut cabaran itu dengan mengatakan bahawa beliau bersedi 'citer' aset beliau dengan syarat Muhyidin 'citer' aset dia dulu..

Setelah hari demi hari berlalu, maka jawapan bangang yang rakyat perolehi...Jawapan bodoh ialah suruh DSAI jawab sendiri...tak ke bodoh ka alasan yang TPM kita bagi tu.

Kesian Noh Omar: Kena Kencing...

Kena main rupanya Noh Omar dengan TIBAI...

Itu lah hakikat terbaru yang terjadi pada Noh Omar. Ini kerna ceramah yang sepatutnya di kendalikan oleh TIBAI  menjemput Zul Nordin dan Ezam Nor di ganti dengan Noh Omar di saat akhir.

Di fahamkan bahawa pada awalnya Noh Omar tak di jemput langsung, tetapi di panggil di saat akhir pabila Ezam dan Zul Nordin gagal menghadirkan diri. Maka, mau tak mahu maka Noh Omar harus di jemput bagi memastikan bahawa ceramah terlaksana.

Keterangan lanjut boleh KLIK DI SINI ...

25 Mei 2012

Darurat : Inikah Taktik Baru UMNO ?

Terkejut aku dengan cara UMNO sekarang...

Kenapa terkejut yek...tadi ada citer bahawa ceramah Anwar Ibrahim di ganggu oleh puak-puak yang 'mengganas'...mengganas macam mana?...ada ka orang sedang sibuk dengar ceramah tetiba di 'hujani' batu dan telur...hingga ada yang cedera di buatnya..

Semakin nak mengganas nampak...Mungkin ini cara baru yang 'di wahyukan' dari pimpinan UMNO kepada pengikutnya untuk 'menakutkan' rakyat.

Mungkin kerna selepas debat PTPTN antara KJ dengan Rafizi, UMNO semakin tak keruan di buatnya. Ini kerna selepas 'debat' antara mereka, ramai golongan 'atas pagar' dah mula buka mata sedikit. Hinggakan golongan yang tak ambil tahu hal politik dah mula ambil tahu.

Mana taknya, hujjah yang di berikan Rafizi begitu 'bernas' hinggakan KJ tak menjawab beberapa soalan yang di ajukan oleh Rafizi. Antaranya kemana wang sebanyak RM 237 Billion di belanjakan semasa pemerintah Pak Lah yakni bapa mertua KJ....

Kini rakyat 'atas pagar' dah mula sangsi akan 'kewibawaan' UMNO dalam memerintah. Debat PTPTN sebenarnya telah membuka mata banyak pihak...Mungkin kerna debat inilah UMNO semakin 'terdesak' di buatnya....

22 Mei 2012

Muzakarah: Tiada Ruang Buat UMNO

Terkesima jugak la UMNO tat kala Presiden PAS yakni Tuan Guru Hadi Awang mengatakan bahawa tiada muzakarah dengan UMNO....hahahahaha...

Bukan la kita yakni melayu tak mahu bersatu, tetapi bersatu biarlah di atas dasar agama...Ini kerna sebagai umat Islam, agama tak mengenal bangsa. Islam itu sesuai untuk semua bangsa, malah ia terbuka untuk semua bangsa. Adalah tak 'kena' jika istilah Melayu itu Islam di praktikkan di Malaysia..Ini kerna ramai juga melayu dah 'murtad'.

Berbalik kepada Muzakarah antara PAS dan UMNO, aku katakan bahawa ini adalah 'gimik' UMNO di saat menjelang PRU yang bakal tiba nanti. Kalau di perhatikan serta di amati, ia adalah skrip lama yang sering 'di tonton' kan kepada umum bila tibanya PRU.

Semua masyarakat tahu bahawa, UMNO kini di ambang 'kejatuhan' kerna rata-rata golongan muda melayu semakin menjauhi UMNO. Ramai yang sudah tidak yakin bahawa UMNO dapat menjaga melayu lagi. Malah kematangan masyarakat melayu kini dengan 'terbukanya' telah menolak UMNO. Melayu kini telah terbuka akan mindanya...Malah tidak takut lagi 'memuji' kepimpinan cina DAP terutamanya di Pulau Pinang.

Tindakan PAS 'menidakkan' muzakarah adalah satu tindakan yang tepat kerna UMNO yang di ketahui umum tidak 'ikhlas' sifatnya dalam bersatu. Sejarah perikatan telah membuktikan bahawa UMNO hanya 'menggunakan' PAS di saat UMNO menuju ambang kehancuran.

Maka pelbagai tohmohan la bakal 'di mainkan' oleh UMNO nanti melalui media tunggangan mereka...tak hairan la jika isu ini bakal di mainkan sehabisnya sehingga PRU kelak. Tetapi hakikatnya rakyat sedar akan 'taktik' UMNO malah tak mudah terpengaruh dengan isu tersebut.

Tetapi harus di ingat bahawa UMNO licik sifatnya. Mereka mempunyai tuan penasihat iaitu APCO. Semua pemerhati politik tahu akan siapa itu APCO. Mereka adalah tuan penasihat yang berakal umbikan 'Yahudi Zionis'...tentu banyak helahnya, mereka di bayar jutaan ringgit untuk bekerja....maka pelbagailah helah yang bakal mereka berikan nanti....

Oleh itu, pendukung PR, haruslah berhati-hati dalam menghadapi tipu muslihat yang bakal mereka mainkan hingga menjelang PRU 13 nanti...

21 Mei 2012

DAP Anti Islam...?

Biar gambar dan petikan ini menceritakan segalanya...

Cerita yang aku ceduk www.darianaksungaiderhaka.blogspot.com ini aku tujukan khas buat 'barua-barua' UMNO di Pulau Pinang yang selama ini menghentam Lim Guan Eng...

KLIK DI SINI 

18 Mei 2012

Hudud :Senjata Memecahkan PR


Kini Karpal Singh‘melompat’ nampaknya bila mana di bangkitkan  isu ‘Hudud’…Beliau merupakan antara pimpinan dari DAP yang lantang menolak ‘hudud’…Maka di tentangnya habis-habisan…
 
Maka kesempatan yang ada ini UMNO dan gerombolannya dalam BN menggunakan isu ini sebaik mungkin. Maka tak hairan la jika liputan yang lebih di berikan oleh UMNO akan pendirian Karpal Singh ini…Ini lah senjata ‘ ampuh’ yang bakal di gunakan menjelang PRU 13 nanti.

Ini lah anatara cara yang UMNO gunakan dalam ‘memecahkan’ tembok persefahaman antara PR. UMNO melalui ‘kejahilan’ nya akan ‘spin’ habis-habisan isu ini. Ini secara tak langsung akan ‘mencacat’ kan PR.
Hudud adalah hukum Allah yang telah di terangkan di dalam Al-Quran. Hukum ini adalah perjuangan yang PAS dasarkan semasa ‘menapak’ dalam arena politik sebelum ‘kuat’…Saban hari PAS dengan penuh tanggungjawabnya ‘meyebarkan’ akan kebersanan hukum ini demi menunaikan perintah Allah.

14 Mei 2012

Sejarah 1511...

Tahu ka Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. pasai sejarah tu...tetiba sahaja beliau ungkapkan...Memang layak di panggil bodoh pun...Ni semua kerna depa yakni dah tahu bahawa UMNO akan kalah dalam PRU 13 nanti, maka keluar la statement yang agak bodoh ni...

Sejatarah 1511 adalah tahun di mana 'robohnya kota Melaka' di mana negeri tersebut di tawan oleh penjajah...kerna apa di tahan, kerna dalam pemerintahan melaka pada Zaman tersebut, terdapat 'penasihat' yang munafik sifatnya...

Mungkin ini juga talian nyawa terakhir UMNO dalam nak mempertahankan 'hayat' kuasa mereka. Mereka sedar kini rakyat dah muak dengan 'cara' pemerintahan UMNO. Kini rakyat hanya menanti masa dan tika sahaja dalam memastikan UMNO terus melingkup masa mengundi nanti.

KLIK SINI  untuk keterangan yang lebih lanjut.

Memandangkan himpunan merah yang UMNO buat baru-baru ini yang mudah di hentam, maka 'divert' isu harus di lakukan, maka kerja serta statement yang agak 'hina' ini harus di lakukan, antara tujuannya ialah untuk pastikan 'melayu' terus mengundi UMNO. Cara menakutkan ini di katakan akan memastikan minda melayu yang selama ini telah 'condong' kepada PR harus di pusingkan kembali kepada UMNO...

Kekadang tu terfikir jugak la aku pasai 'mamak' nih...layak ka di kupas isu 1511 ni...kerna 'Mamak' terlibat ka dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu...Umum tahu 'mamak' kini hanya merancakkan diri sahaja dengan berpaksikan 'melayu'...di Penang kan kini 'mamak' sibuk memperjuangkan Melayu...Tak yah lah rasanya nak 'hurai' pasai 'geng mamak' ni di Penang sejak akhir-akhir ni....

Berbalik kepada isu Nor Yakop ni...aku tak hairan la sangat kerna UMNO semakin 'desprade' dengan keduduakan mereka sekarang ni. Nak wat perhimpunan pun kena 'berangkut'...kalau nak harap pi sendiri, alamat bertambah kosong la stadium tu...

11 Mei 2012

Jual Burger Depan Rumah Orang

Naik geli hati aku lihat gelagat 'ejen' UMNO ni...Ada ka pi jual burger depan rumah Ambiga...laku ker  yek...Ni la simbolik paling bodoh yang 'ejen' UMNO lakukan.

Simbolik yang depa nak buat ialah nak tuntut ganti rugi kat Ambiga pasai 'demo' bersih baru-baru ni...Kononnya di katakan pasai 'demo' BERSIH, depa rugi tak terhingga nilainya...Mangkaq betui  la puak-puak ni...Rezeki tu kan di tangan Tuhan, kalau berniaga di tempat tercorot pun, kalau dah di tetapkan rezekinya pun untung jugak....

Ni la yang di katakan 'peel' UMNO yang semakin nak meroyan...kesian la pada puak-puak ni. Aku mengagak bahawa ramai lagi akan 'gelak' bila tengok kerja gila yang puak-puak ni buat...

Tak terpikir ka puak-puak ni , nanti ada plak orang akan berniaga kat depan rumah Najib plak...kerna nak tuntut 'gantirugi'....Harap-harap 'geng' PR tak buat la kerja gila nih nanti yek...Biarkan orang gila dengan kerja depa, kita jangan la terikut cara mereka.

Kekadang tu kan, rasa semakin menyampah kat UMNO ni, demi nak 'kekalkan' kuasa pelbagai kerja 'bodoh' akan di buat...semuanya demi nak cari 'publisiti' murahan.

Aku rasa la, kerja gila ni sudah ada 'director' yang aturkan, sebab antara lain bagi nak menutup akan 'kemaraan' PR setelah BERSIH 3 mendapat sambutan dan liputan yang meluas. Hinggakan di katakan hampir 250 K rakyat 'turun' padang. Maka 'signal' jelas telah rakyat berikan.

Berbalik pasai 'penjual' burger ni...tak rasa 'pelik' ka dalam hati nurani kecil mereka ni...tak rasa bodohkah buat kerja ni...ia semua memalukan umat Islam sahaja...kenapa aku kata Islam? Sebab yang terlibat dalam bisnes ni ialah Melayu dan Mamak...Sebab di Malaysia 'melayu' itu telah di labelkan sebagai Islam...di Malaysia saja la...Islam sebenarnya tak begitu....

Buat 'kengkawan' dalam UMNO tu, pikiaq la balik, ada ka 'simbolik' ni bersesuaian dengan keadaan sekarang...Rakyat la ni bukan la bodoh macam dulu...Terima lah hakikat bahawa UMNO sekarang sudah tak sesuai lagi buat Melayu yang cerdik 'pemikirannya'...


8 Mei 2012

Fatwa Yusof Al-Qardawi

Yusof Al-Qardawi yakni Ulama yang tersohor di dunia masa kini telah memfatwakan bahawa  meyertai 'Demo' bagi menyatakan kebenaran adalah HARUS...Itu lah fatwa terkini yang keluar dari mulut 'ilmuan' Islam itu..

Maka terkedu la sedikit akan 'alim ulama' kuda tunggangan UMNO dalam nak menangkis 'fatwa' tersebut. Mana taknya, 'fatwa' beliau lebih bernilai lagi dari 'fatwa' yang majlis fatwa Malaysia keluarkan...Fatwa beliau akan di guna pakai di seluruh dunia jika di bandingkan 'fatwa' dari Malaysia.

Kini UMNO agak 'gusar' sedikit kerna umumnya masyarakat akan menggunakan 'fatwa' antarabangsa dari menggunakan 'fatwa' dari Ulama UMNO.

Terbaru ialah Hassan Ali jugak enggan mengulas 'fatwa' yang Yusof-AlQardawi keluarkan. Hassan Ali sebenarnya tahu akan di mana 'kedudukan' beliau jika nak di bandingkan dengan tokoh islam yang hebat itu...Maka 'alasan taici la' yang beliau berikan....Hassan Ali katakan.

UMNO masih Mahu Membodohkan Rakyat

Ternyata sekali 'fatwa' yang di keluarkan baru-baru ini mendapat tentangan yang hebat, bukan dari rakyat, malah para ilmuan Islam yang tak berpolitik juga menemplak 'fatwa' berikut.

Ini lah yang terjadi ke atas Jawatankuasa Fatwa kebangsaan yang ' mengharamkan' BERSIH 3.0. Meminjam ungkapan mursyidil am PAS iaitu Dato Bentara Setia Nik Aziz, dengan ringkas dan padat beliau mengatakan bahawa 'fatwa' tersebut hanya menggunakan sebelah mata, malah mata yang di gunakan itu sepatutnya perlu memakai cermin dahulu....

Memang jelas rakyat sendiri tahu bahawa fatwa yang di wartakan itu adalah atas 'neraca' politik, bukannya neraca keadilan Islam. Mereka, yakni majlis fatwa hanya mendengar sebelah pihak sahaja, tanpa 'bertanya' sebelah pihak lagi, maka fatwa yang di keluarkan tidak mencerminkan Al-Quran, malah ia berasaskan KERAjaan.

7 Mei 2012

Demonstrasi Itu Haram ?

Salam semua.

Naik meloya aku dengan golongan ilmuan Islam yang menjadi Ahli UMNO..bukan la ilmu agama aku ni tinggi, tetapi ada la jugak 'mendalam' kan Agama Islam yang fitrah sifatnya.

Baru ni, Jawatankuasa agama telah 'haramkan' demo yang telah di lakukan oleh rakyat yang sayangkan negara kita yang tercinta iaitu Malaysia. Peserta demo 'bersih' sebenarnya mahu bersihkan SPR yang sejak ini telah melakukan banyak kesalahan , terutamanya daftar pengundi,

Rakyat telah 'tampilkan' pelbagai bukti di atas 'kesilapan' SPR yang jelas, tetapi ia seakan tak di endahkan oleh SPR sahaja. Maka rakyat pun bangkit dalam menyatakan akan 'protes' mereka.

Kenapa Rakyat menyatakan protes...KLIK SINI

5 Mei 2012

Bersih 4.0 ?

Salam semua...

Apa pun syabas kat Rakyat Malaysia kerna telah berani 'turun' BERSIH 3.0 baru-baru ni. Di anggarkan hampir 250 ribu manusia yang hadir...Tahniah dan syabas.

Di khabarkan plak, BERSIH 4.0 akan menyusul kelak. Ini kerna susulan BERSIH 3.0 yang mendapat sambutan yang 'kemaih'...Teruskan hingga 'ketitisan' darah terakhir.

Sebelum 'di lalutkan' terlebih lalut lagi, perlu di ingatkan bahawa Rakyat Malaysia kini celik akalnya..Dalam Islam bolehlah di ketogerikan sebagai 'Ulul Albab'...Rakyat kini tahu akan 'kejahatan' yang SPR lakukan. Bayangkan, kini 'pendatang' telah di benarkan mengundi di Malaysia...Ini semua di lakukan demi nak 'kekalkan' kuasa yang ada...sampai bila depa ni nak kekalkan kuasa yek ?...sampai mampuihka....

2 Mei 2012

Giliran Azmin Plak...

Terbaru ialah citer pasai gambo seks Azmin. Siapa Azmin, semua rakyat Malaysia kenai siapa akan gerangan Azmin nih. Dia merupakan Timbalan Presiden PKR. Makna kata dia adalah orang nombor 2 tertinggi dalam parti PKR.

Umum telah ketahui bahawa PRU semakin hampir, kerna 'edah' BN/UMNO dalam memerintah Malaysia semakin di hujung....Maka dalam memastikan kuasa mereka terus kekal, maka 'plan-plan' harus di atur dalam memastikan kuasa berterusan.

Maka tak hairanlah jika 'skandal' musuh mereka di mainkan. Ini kan ' tradisis' UMNO setiap kali PRU akan tiba. Maka terkini ialah Azmin adalah 'mangsa' mereka.

Kenapa Azmin di jadikan citer, sebab mungkin mereka yakni UMNO dah tahu  bahawa kalau buat skandal Anuar Ibrahim, mungkin tak kan laku 'cerita' tersebut, maka 'tembakan ' beralih arah kepada Azmin.

Paling yang sedih ialah, Utusan Meloya dan gerombolan yang lain menyiarkan gambo 'Azmin' di 'front page' surat khabar depa tu...Paling aku tragis ialah ia sebenarnya tak sesuai langsung kerna ia 'merendahkan' imej akhbar melayu...Bayangkan jika kanak-kanak melihatnya, ternyata ia bakal menjadi persoalan kerna 'gamba' separa blue telah utusan siarkan...

Kekadang tu agak malu jugak aku dengan cara BN/UMNO 'berpolitik'.... ini kerna 'modus operandi' yang puak-puak ni lakukan telah di baca 'taktiknya'...ia seakan menunjukkan kebodohan para pemimpin UMNO sahaja. Bahsa lain ialah 'ketinggalan' namanya.

Apa pun kita tunggu sahaja 'feed back' dari Azmin. Biar beliau sendiri menjawab, ini kerna dia merupakan tuan tubuh yang telah 'di katakan'....

Paling gembira aku rasa setakat ini,ialah Umi Haflida, iaitu adik kandungnya sendiri. Umum juga mengetahui bahawa Umi selama ini memang tak 'sebulu' dengan Azmin...semua orang tahukan...maka tak yah la nak di ulas lagi kan....Buat Umi, ini jugalah masa yang sesuai untuk beliau 'telanjangkan' abangnya sendiri.

Ada juga tadi mengatakan bahawa Umi telah mengesahkan bahawa 99.99% adalah Azmin...kita tunggu la plak apa penjelasan Azmin selepas ni.

Bagi aku, isu Azmin sebenarnya tak menggoyahkan langsung PR dalam menghadapi PRU nanti. Ini kerna Azmin bukanlah sasaran terbaik dalam menjahanamkan PR kelak. Jika Azmin diamkan diri pun ia sebenarnya tiada hal punya....Lain la kalau macam Rafizi,Saifudin Nasution ka, Cikgu Bard ka...ada la sikit 'gegaran' yang bakal di alami oleh PR...Jika Azmin sasaran mereka, ia tak menggugat langsung PR....

Buat yang dok sibuk 'hebahkan' hal peribadi orang tu, hentikanlah...pintu taubat masih terbuka lagi..Jangan la kita termasuk dalam golongan "Makan daging saudara sendiri' seperti yang Rasull Tuhan katakan...

Hentikanlah 'politik' seks....

21 Februari 2012

DSAI Perjelaskan Kepada Nik Aziz

Setelah gagal 'mematikan' DSAI dengan pelbagai cara, maka 'modus operandi' mereka di tukar kepada 'memecahkan' sesama Pakatan...Itu lah taktik yang di gunakan UMNO dalam menjahanamkan PKR dan PR.

Maka kenyataan DSAI telah di 'spinkan' bagi mengelirukan kengkawan dalam PR. Maka kenyataan 'putar' di mainkan bagi menimbulkan rasa kurang senang teman-teman PR terutamanya PAS dalam isu 'Israel' yang di buat oleh DSAI di Doha baru-baru ini.

KLIK DI SINI  untuk keterangan lanjut.

Tetapi adalah amat malang sekali kerna 'taktik' yang di gunakan sebenarnya memakan diri mereka sendiri. Mana taknya, kenyataan DSAI yang mereka 'hebahkan' itu ternyata kenyataan yang di edit..hanya setengah sahaja kenyataan DSAI di keluarkan, selebihnya di simpan...maka kebodohan mereka teserlah bila mana kenyataan penuh telah 'di pamerkan'....Maka 'seluruh Malaysia telah mendapati bahawa kenyataan itu di tipu oleh 'regim' UMNO yang kini hanya menantikan untuk di talkinkan sahaja.

Ada Baiknya Najib Takut Debat...

Setelah pelawaan demi pelawaan di 'hint' kan, Najib bagaikan 'taici' sahaja pelawaan DSAI...bermacam alasan di berikan hinggakan 'menampakkan' akan 'ketakutan' Najib bila di ajak 'berhujjah' dengan DSAI...

Ini lah yang rakyat Malaysia nampak bila mana 'selesainya' wakil cina berhujjah...Kini Najib bagaikan 'gabra' bila mana di asak oleh 'pemberita' di atas kesudian Najib berhujjah dengan DSAI.

Wakil Cina dah sudah,kini tiba plak giliran wakil 'melayu' berhujjah...Tetapi nampaknya seakan tidak terjadi yer...Kini nampak akan Najib 'meminta' bantuan Tun M yang dah berusia itu untuk membantunya...Lihatlah kenyataan terbaru dari Tun M....KLIK SINI untuk lihat keterangan lanjut dari Tun M.

20 Februari 2012

Anwar Ibrahim Agen Israel ?

Kekadang tu naik meluat aku dengan kerenah-karenah musuh PR iaitu UMNO...Saban hari di balum DSAI dengan mengatakan bahawa DSAI adalah 'agen utama' Israel di Malaysia.

Terbaru ialah pasai kenyataannya di luar negara yang mengatakan bahawa beliau 'iktiraf' Israel...naik meloya aku dengan media 'tunggangan' UMNO...di putar cerita itu dengan menyiarkan  'setengah' sahaja 'petikan' yang sebenarnya...Maka di mainkan setiap hari bagi 'pastikan' DSAI adalan agen Israel di Malaysia.

Paling 'melugai' sekali ialah Tun M yang dah berasara 'turut' serta 'menghentam' DSAI sehentamnya...Hentamannya kali ini 'menampak' akan dendam kesumat Tun M selama ini terhadap DSAI...jelas kan...

3 Februari 2012

Israel : Kenyataan DSAI

Baru ini 'di kecohkan' DSAI pro Israel....maka kesempatan ini di manipulasi dan di gunakan sebaik mungkin bagi memburukkan DSAI dan PKR...malah tempiasnya juga terkena akan rakan-rakan PR yang lain.

Saban hari media massa arus perdana 'menyajikan' bahawa DSAI adalah 'sekutu' ataupun agen kepada Israel. Maka kesempatan ini puak-puak BN gunakan sehabis serta sebaiknya...

Berbalik kepada citer pasai Israel, Rakyat Malaysia amnya Melayu amat sensetif dengan perkataan 'ISRAEL'...Israel itu laknatullah...bermacam lagi label yang di berikan kepada Israel bagi menggambarkan bahawa Israel ini merupakan musuh kepada Islam...Bila memberi sokongan kepada mereka, maka kita termasuk dalam golongan yang memusuhi Islam....Itu lah yang telah tersemat di dalam pemikiran Melayu-Islam di Malaysia.

Pengaruh Israel Di Malaysia.

1 Februari 2012

Isu Aziz Bari : Apa Ada Pada Gelaran....

Salam Semua.

Terkini isu gelaran Profesor pada Dr Aziz Bari 'di tarik'...itu lah yang terjadi ke atas Aziz Bari bila beliau tidak lagi menjadi pengajar di IPT...Kecoh jugak di buatnya...

Apa ada pada 'gelaran' kan..itu lah yang harus kita 'semat' di fikiran kita. Jika beliau tidak lagi menjadi 'pengajar' tetapi satu Malaysia tahu bahawa Aziz Bari adalah seorang 'profesor' yang bertauliah dan layak di panggil 'prof' walaupun gelaran itu telah di tarik balik.

Umum juga mengetahui banyak sumbangan yang telah Aziz Bari sumbangkan kepada kita semua, terutamanya golongan yang mahukan 'reformis' yang mahukan perubahan. Beliau antara pakar 'perlembagaan yang 'menyosong' arus dalam 'memaklumatkan' rakyat yang mahukan perubahan.

Banyak 'kepincangan' sistem perundangan yang beliau kupaskan hinggakan 'pemerintah' agak kurang senang dengan caranya..tetapi yang benar tetap benar..itulah Aziz Bari. Beliau tidak gentar dengan tekanan serta 'kemungkinan' dengan keberanian beliau dalam meyatakan kebenaran.

30 Januari 2012

Kantoi Lagi...

Satu demi satu, kain UMNO di selak...sedang rakus membongkar 'peribadi' DSAI semakin terselak kain mereka...itu lah yang terjadi kepada UMNO sekarang.

Terbaru ialah pendedahan yang di buat oleh Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail. Beliau sendiri mengatakan bahawa beliau telah di berikan arahan oleh suami 'Mami Jat' iaitu Datuk Mohamed Salleh Ismail yang merupakan Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

29 Januari 2012

UMNO Kantoi Lagi...

Tuhan itu Maha Kaya.' ..itu lah yang harus kita pegang...

Kerja mengaibkan memang di tegah dalam Islam. Hinggakan Islam 'menyamakan' golongan yang mengaibkan orang sama seperti memakan 'daging saudara sendiri'...

Biar la Tuhan menghukum golongan yang bersalah...tak perlu la mengaibkan sesema Islam...Buruk padahnya...Buat la pertimbangan yang adil, bukannya pertimbangan politik...Jika seseorang itu benar-benar bersalah,hadap la kemuka pengadilan...Islam ada 'caranya'

Kenapa aku bertazkirah....sebab kini 'kerja menjatuhkan' lawan semakin jijik...Video demi video di sajikan bagi 'menyatakan' kejahatan lawan politik..hinggakan 'halal bin haram' sudah tidak di pedulikan...Akhir nya semuanya 'memakan' diri sendiri...Berpolitik lah secara sihat...

Di bawah ini aku sertakan 'kantoinya' UMNO bila 'memfitnah' DSAI...Itu lah yang di katakan Tuhan Maha Kaya sifatnya...

KLIK sini  untuk keterangan lanjut.

Najib Di Cabar Anwar Berdebat... Ada berani ?

Najib telah di cabar...itu lah statment terbaru yang DSAI keluarkan pada majlis Tahun Baru Cina anjuran PKR Pulau Pinang.

Najib kini telah di budak-budakkan oleh DSAI sebentar tadi..kini tawaran 'Bai' telah di berikan kepada Najib...'Bai' macam mana?...Najib di berikan 20 minit, DSAI hanya perlukan 10 minit...Dasyat tu...Tetapi beranikah si Najib berhujah secara bertentang mata dengan DSAI...Jawapannya hanya Najib sahaja 'yang tahu'...berani tak Najib?...

Najib sebelum ini sibuk 'mengkompangkan' keterbukaan serta keberaniannya dalam berdepan dengan DSAI...malah seluruh malayasia 'di canangkan' bahawa di tak takut berhadapan dengan DSAI, tetapi bila di tawarkan 'berhujah' satu lawan satu, sampai sekarang jawapan belum di berikan...Ia menampakkan akan 'kekecutan' Najib...Paling best sekali ialah bila DSAI memberikan 'Bai' kepada Najib.

28 Januari 2012

Video Anwar Terbaru ? Bagus...

Salam semua...

Kini heboh pulak video terbaru yang melibatkan DSAI...ish ish ish...lepas satu, satu lagi 'kejahatan' DSAI di 'tontonkan'....Ini lah cara terbaru politik ala UMNO dalam berpolitik...macam tak ada modal lain langsung...Bagus jugak kan...

Kenapa di katakan bagus..Bagus kerna menunjukkan akan 'kecetekan' serta bertapa terdesaknya UMNO dalam 'berdepan' dengan DSAI semasa PRU 13 yang bakal menjelang...Setidaknya rakyat nampak akan 'terdesaknya' pihak UMNO dalam menanti PRU nanti..seolah-olah DSAI rendah moralnya...

Bercakap pasai rendah moralnya...yang dok 'tayang' video tu tinggi ka moral mereka ?...hingga sanggup 'makan daging saudara sendiri tu'...ni la yang di katakan UMNO...

27 Januari 2012

Terdesak Sangat Ka...

Terkejut juga aku dengan tindakan 'segelintir' manusia yang 'haprak' ni...Haprak kerna gilakan 'publisiti' maka sanggup menipu rakyat...ataupun ia merupakan unsur sabotaj yang hendak di lakukan.

Ini kerna sanggup menggunakan 'head letter' EXCO agama Pulau Pinang bagi meramaikan majlis ataupun ia satu unsur sabotaj yang sengaja di lakukan...Hal ini ialah 'pasai' himpunan Selamatkan Akidah yang di kendalikan oleh beberapa NGO...Antara tokoh yang bakal hadir ialah Dato Dr Hassan Ali, yakni bekas EXCO Selangor yang telah di pecat oleh PAS.

Mungkin kerna nak pastikan 'kedatangan' orang ramai, maka ia menggunakan nama EXCO Penang yang jaga port folio agama...

Keterangan Lanjut boleh di baca di bawah:
(Kredit to Anak Sungai Derhaka)

Surat jemputan yang menggunakan kepala surat palsu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi menjemput pengerusi-pengerusi Qaryah Masjid di Pulau Pinang telah diedarkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

11 Januari 2012

Dah Mula Mengampu DSAI

Setelah DSAI di dapati tak bersalah, maka pelbagai pendapat telah di berikan oleh orang-orang UMNO. Yang paling best sekali ialah pendapat Si Mamak ni...tak terkejut aku di buatnya...ini kerna setelah DSAI di bebaskan dari tuduhan liwat, maka bersuara lah dia...Andai kata DSAI di sabit kesalahan, adakah dia akan berkata demikian ...

Aku tak hairan jika selepas ini ramai lagi akan 'membodek' DSAI...terutamannya ahli-ahli UMNO sendiri. Ini secara mudahnya adalah 'talian hayat' mereka bagi memastikan bahawa 'karier' mereka dapat di teruskan. Mereka juga telah sedar, UMNO hanya menantikan saat di talkinkan sahaja lepas ni...Dah mampos pun UMNO sekarang nie...cuma hanya nak tunggu di talkin kan sahaja...Maka ahli politi UMNO yang licik akan 'berpindah' arah untuk pastikan mereka terselamat dari di talkinkan....

Bayangkan, semasa DSAI 'bergelut' dengan fitnah liwat, mana suara-suara pemimpin UMNO hendak 'membela' DSAI...semuanya 'setan bisu' dalam nak menjahanamkan DSAI, bila mana makhamah memutuskan bahawa DSAI tak bersalah, maka ramai la yang memujinya bagaikan DSAI adalah hero sebenar mereka.... Pi la MAMPOS UMNO...bersiap sedialah untuk di talkinkan selepas ini...

KLIK SINI   untuk melihat keterangan lanjut.

Harapan rakyat akan terletak kepada DSAI selepas ini dalam mencorakkan 'negara' kepada lebih 'senang', maka kini 100 peratus harapan itu akan di pikul kepada DSAI, maka harap DSAI selepas ini lebih 'bijak' memilih teman-teman dalam meneruskan agenda selepas ini...Jangan la 'mengangkat' KAKI AMPU dalam menjana perubahan...lihatlah sebelum ini, 'peristiwa' lompat oleh teman-teman DSAI sedikit mengecewakan rakyat...harapan agar ia tak berulang....Ini kerna rakyat sentiasa di belakang DSAI...maka rakyat juga mampu menjana perubahan tanpa teman DSAI yang kaki ampu....

Kami mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi di atas kebebasan yang Tuhan 'aturkan' kepada DSAI....Selamat Beristirehat bersama keluarga....

5 Januari 2012

UMNO Semakin Kepanasan

Inilah sebenarnya realiti yang kini melanda dalam kumpulan bernama UMNO...semakin panas dan tak senang duduk di buatnya. Kerna, selagi DSAI ke penjara,maka tak senang duduk lah mereka di buatnya. Maka 'target' untuk menghumbankan DSAI harus di jayakan.

Ramai yang menjangkakan bahawa DSAI akan 'kepenjara' pada tarikh 9 Januari nanti...itu lah telahan yang di berikan oleh masyarakat  memandangkan 'perbicaraan' dunia yang di kawal oleh BN/UMNO. Terdapat pelbagai ketempangan yang jelas dapat dilihat semasa proses perbicaraan di jalankan. Banyak 'statement' bodoh yang telah di lakukan oleh oleh pihak pendakwaraya...maka ramai 'menjangka' skrip sudah di dahulukan terlebih dahulu sebelum 'bicara' di jalankan...

4 Januari 2012

Adam Adli: Kebanggaan Pelajar Melayu

Adam Adli...itu lah nama yang kini tiba-tiba muncul di persada politik Malaysia. Anak Muda yang bergelar 'mahasiswa' telah mencetuskan satu 'revolusi' di kalangan pelajar.

Anak muda yang berani menurunkan bendera yang bergambar Hj Najib dan di naikkan bendera wakil 'mahasiswa'...Syabas dan Tahiniah harus di berikan...Maka tercetuslah satu 'revolusi' baru dalam 'politik pelajar'.


Sebenarnya tidak menjadi kesalahan mereka menurunkan bendera yang memaparkan wajah Hj Najib dan di naikkan 'bendera' mewakili pelajar. Bendera mereka hanya sebentar sahaja di naikkan dan di naikkan semula bendera 'Hj Najib'. Ia sebenarnya merupakan satu 'signal' dari golongan pelajar yang mahu menyatakan bahawa 'wujud' nya mahasiswa yang mahukan perubahan pentadbiran dari pemerintah. Maka kerja 'nakal' ini mereka lakukan...Mereka yakni golongan mahasiswa sebenarnya 'tak mengancam' atau menggugat langsung akan 'keharmonian' negara...mereka ini cuma 'nakal' sedikit sahaja...'Nakal bertempat'.

Nasib DSAI

Pada tanggal 9 Januari ni adalah tarikh keramat buat semua pendukung reformasi. Ini kerna ikon reformasi negara yakni DSAI akan di tentikan akan 'kebersalahan' ataupun tidak oleh 'makhamah dunia' yang di adili oleh hakim di Malaysia. Bersalah atau pun tidak DSAI hanya hakim sehaja yang tahu akan 'skirp' yang di buat.

Tarikh ini akan di nantikan seluruh Malaysia dan Dunia jugak rasanya. Ini kerna 'liwat 2' ini mendapat liputan yang luas di seluruh dunia. Siapa yang tak kenalkan DSAI. Orang no 2 di Malaysia yang 'di singkirkan' oleh Tun M pada tahun 1998. Semua 'pimikiran' politik masyarakat telah berubah ketika itu bila 'wirawan' di pecat oleh yang 'berkuasa' ketika itu. Maka gumpitalah jadinya seketika.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...