Takut jugak TPM kita yakni Muhyidin Yasin nih...
Kerna kata begitu...sebelum ni 'melompong' mencabar DSAI untuk isyitihar harta yang di dakwa bernilai RM 3 Bilion, bila di cabar balik 'mentaici' plak...
Tu la..sarang tebuan jangan di jolok..bila di jolok makan diri. Ni la bila menimpa kepada beliau.
Sebelum ini dengan lantang serta 'sombongnya' menacabar DSAI 'citer' pasai aset beliau. DSAI dengan berani menyahut cabaran itu dengan mengatakan bahawa beliau bersedi 'citer' aset beliau dengan syarat Muhyidin 'citer' aset dia dulu..
Setelah hari demi hari berlalu, maka jawapan bangang yang rakyat perolehi...Jawapan bodoh ialah suruh DSAI jawab sendiri...tak ke bodoh ka alasan yang TPM kita bagi tu.
Keterangan lanjut KLIK SINI...
Sebagai manusia yang jantan sifatnya..seharusnya beliau menyahut cabaran itu demi membuktikan akan ketelusan beliau...adilkan bila kedua-dua pemimpin bersama-sama mengisyitiharkan harta mereka. Baru semua rakyat tahu akan kekayaan yang di miliki oleh mereka. Tak perlu la menuduh jika kita sendiri takut lakukannya.
Kekadang tu semakin hari semakin 'pelik' perangai pimpinan UMNO ni...ada saja kenyataan bodoh yang di keluarkan. Hinggakan memakan diri mereka sendiri. Mereka ni, yakni pimpinan UMNO yang ada hari ini 'kurang bijak' ka... Ni la antara sebab mengapa rakyat semakin menjauhi UMNO..terutama golongan muda.
Betul juga kata para alim ulama...Jika kita menzalimi manusia, maka kita sendiri menzalimi diri kita sendiri. Zalimi diri sendiri dari segi 'menunjukkan' kebodohan sendiri.
Baguih jugak tu dengan sikap pimpinan atasan UMNO yang ada hari ini. Baguih kerna sendiri menampakkan akan 'ketolollan' mereka kepada rakyat.
Nampak gaya nya..lepas ni mudah la UMNO di tumbangkan...maka jangan la salahkan orang lain bila di jatuhkan kelak. Harap lepas tu tak payah la nak meroyan tak tentu hala bila kecundang bakal mereka nikmati nanti.
Buat teman-teman dalam PR..jangan la melakukan 'kesilapan' bodoh seperti uMNO lakukan...Ini kerna 'medan' perang semakin hampir...hanya isyarat sahaja yang di nantikan...Jika terdapat pimpinan PR yang 'berperangai' seperti UMNO, nyah lah puak-puak ni cepat sikit...supaya bahana bodoh seperti UMNO tak menimpa kita...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan