Kena main rupanya Noh Omar dengan TIBAI...
Itu lah hakikat terbaru yang terjadi pada Noh Omar. Ini kerna ceramah yang sepatutnya di kendalikan oleh TIBAI menjemput Zul Nordin dan Ezam Nor di ganti dengan Noh Omar di saat akhir.
Di fahamkan bahawa pada awalnya Noh Omar tak di jemput langsung, tetapi di panggil di saat akhir pabila Ezam dan Zul Nordin gagal menghadirkan diri. Maka, mau tak mahu maka Noh Omar harus di jemput bagi memastikan bahawa ceramah terlaksana.
Keterangan lanjut boleh KLIK DI SINI ...
Pada hemat aku, TIBAI pun dah semakin sedar akan perjuangan yang mereka bawa selama ini hanyalah sia-sia. Ini kerna semakin hari semakin 'jelik' UMNO lakukan...dari kepimpinan atas hingga ke bawah, semuanya boleh la di katakan tak boleh pakai... Semua sudah al-maklum akan 'kejelikan' mereka ini.
Antara 'kejelikan' ialah isu PTPTN yang mana 'tabung' ini telah cuba menguji kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor. Tak sampai satu hari ujian di lakukan, mereka menarik balik 'pembekuan' tabung tersebut.
Ia di tarik balik kerna 'kepintaran' yang Tuhan kurniakan kepada Menteri Besar Selangor. Dengan mudah sahaja MB Selangor 'selesaikan' masalah tersebut...Penyelesaian yang MB Selangor lakukan ini sebenarnya di luar jangkaan pimpinan UMNO. Bila 'penyelesaian' ini di buat , maka pimpinan UMNO 'kecut perut' jadinya...
Kecut perut ialah di sebabkan tindakan itu sebenarnya 'menampak' kebodohan UMNO...
Ni la antara TIBAI pun semakin nampak akan 'kejelikan' UMNO...
Semakin hari semakin UMNO di pinggirkan...maka TIBAI jugak tak terkecuali 'melarikan' diri dari UMNO..maka tak hairan la jika program mereka yang sendiri anjurkan, mereka sendiri sudah 'ada rasa' malu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan