25 Mei 2012

Darurat : Inikah Taktik Baru UMNO ?

Terkejut aku dengan cara UMNO sekarang...

Kenapa terkejut yek...tadi ada citer bahawa ceramah Anwar Ibrahim di ganggu oleh puak-puak yang 'mengganas'...mengganas macam mana?...ada ka orang sedang sibuk dengar ceramah tetiba di 'hujani' batu dan telur...hingga ada yang cedera di buatnya..

Semakin nak mengganas nampak...Mungkin ini cara baru yang 'di wahyukan' dari pimpinan UMNO kepada pengikutnya untuk 'menakutkan' rakyat.

Mungkin kerna selepas debat PTPTN antara KJ dengan Rafizi, UMNO semakin tak keruan di buatnya. Ini kerna selepas 'debat' antara mereka, ramai golongan 'atas pagar' dah mula buka mata sedikit. Hinggakan golongan yang tak ambil tahu hal politik dah mula ambil tahu.

Mana taknya, hujjah yang di berikan Rafizi begitu 'bernas' hinggakan KJ tak menjawab beberapa soalan yang di ajukan oleh Rafizi. Antaranya kemana wang sebanyak RM 237 Billion di belanjakan semasa pemerintah Pak Lah yakni bapa mertua KJ....

Kini rakyat 'atas pagar' dah mula sangsi akan 'kewibawaan' UMNO dalam memerintah. Debat PTPTN sebenarnya telah membuka mata banyak pihak...Mungkin kerna debat inilah UMNO semakin 'terdesak' di buatnya....



KLIK SINI   untuk keterangan lanjut

Semakin terdesak lagi bila 'moderator' mengusik PM agar 'berdebat' dengan Anwar Ibrahim plak. Mungkin kerna usikan ni jugak la membuat pengikut UMNO di wahyukan untuk menggila kerna mereka sendiri tahu bahawa Najib 'takut' sifatnya bila di ajak 'bertentang mata secara' terbuka.

Maka bagi 'menutup' akan 'ketakutan' ni, maka pelbagai kerja gila harus di lakukan bagi mengalih perhatian 'masyarakat' bagi mengelak isu debat di perkatakan di merata tempat.

Ada jugak pendapat dari 'profesional' dari golongan 'atas pagar' mengatakan bahawa 'sesuatu' tindakan luar jangkaan akan di ambil oleh UMNO kerna 'tembelang' UMNO akan pecah...antara yang di katakan ' cetusan rusuhan' akan di lakukan...Ini di buat kerna UMNO sudah tak di percayai lagi....Ini pendapat dia...

Kalau di fikirkan kembali, golongan yang tahu akan kehilangan kuasa berlaku, maka tak senang duduk la mereka akan lakukan. Ini kerna bila hilang kuasa, maka hilang la segalanya. Mungkin kehidupan mewah selama ini bakal hilang semuanya nanti...kerja-kerja tersembunyi juga akan 'terbongkar' sat per satu...Maka bagi memastikan segala lubang ini ' di tutup' maka, sesuatu harus di lakukan....maka 'matlamat menghalalkan cara' akan di lakukan demi menjaga 'lubang -lubang' dari terus di gali...

Oleh itu, bersamalah kita mendoakan agar sesuatu yang buruk, seperti 'rusuhan' kaum tidak tercetus. Jika terjadi maka banyak la kesan buruk yang bakal melanda kelak. Buat 'pengikut UMNO, jadi la golongan yang matang fikirannya...terima la hakikat bahawa 'rakyat' kini sedang menolak cara UMNO berpolitik serta mentadbir negara....Rakyat kini terutamanya Melayu sudah 'matang' dalam berpolitik, serta semakin berani membuat perubahan.

Jangan la membuat kerja 'luar jangkaan' demi menjaga 'para bos' di atas, kerna mereka sebenarnya menggunakan anda demi kepentingan mereka. Islam dan Melayu di isukan demi kepentingan mereka sahaja. Ini semua di ungkapkan bila mana 'kedudukan' kerusi empuk mereka semakin bergoyang.

Bila 'kerja' luar batas di lakukan oleh pengikut UMNO, maka semakin melugai la rakyat terhadap UMNO. Maka semakin menyampah la UMNO di mata masyarakat, terutamanya dari bukan melayu...

Sedarlah, dunia semakin maju...semakin berubah pemikiran rakyat...semakindi tolak mentah-mentah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...