18 Mei 2012

Hudud :Senjata Memecahkan PR


Kini Karpal Singh‘melompat’ nampaknya bila mana di bangkitkan  isu ‘Hudud’…Beliau merupakan antara pimpinan dari DAP yang lantang menolak ‘hudud’…Maka di tentangnya habis-habisan…
 
Maka kesempatan yang ada ini UMNO dan gerombolannya dalam BN menggunakan isu ini sebaik mungkin. Maka tak hairan la jika liputan yang lebih di berikan oleh UMNO akan pendirian Karpal Singh ini…Ini lah senjata ‘ ampuh’ yang bakal di gunakan menjelang PRU 13 nanti.

Ini lah anatara cara yang UMNO gunakan dalam ‘memecahkan’ tembok persefahaman antara PR. UMNO melalui ‘kejahilan’ nya akan ‘spin’ habis-habisan isu ini. Ini secara tak langsung akan ‘mencacat’ kan PR.
Hudud adalah hukum Allah yang telah di terangkan di dalam Al-Quran. Hukum ini adalah perjuangan yang PAS dasarkan semasa ‘menapak’ dalam arena politik sebelum ‘kuat’…Saban hari PAS dengan penuh tanggungjawabnya ‘meyebarkan’ akan kebersanan hukum ini demi menunaikan perintah Allah.

Hudud…ia adalah ‘batasan’ yang Tuhan wahyukan kepada Rasullullah untuk umat manusia. Jika di kaji dan di fahami ia merupakan satu ‘penyelesaian’ terhadap umat manusia di akhir zaman ini. Jika di amati, Hanya Hukum Allah ini sahaja lah jalan penyelesaian terhadap semua permasalahan utama manusia. Antara permasalahan tersebut ialah ‘buang anak’ ,membunuh, mencuri dan fitnah. Hukum ini dengan jelas member ipengajaran kepada manusia dalam melakukan kesalahan…

Jika kita perhatikan,masalah pembuangan anak kini semakin berluasa di Negara kita. Ia seolah tidak menampakkan akan jalan penyelesaian dalam menanganinya, jika Hukum Allah di laksanakan maka, nescaya permasalahan pembuangan anak dapat di atasi…Bagaimana ia dapat mengatasi ?..Jawapan mudah ialah ‘kegiatan zina’ dapat di atasi…Bayangkan jika seseorang itu berzina, hukumnya ialah rejam sebanyak 80 rotan bagi belum berkahwin, manakala yang telah berkahwin, maka ia akan di renjam sampai mati…Nescaya , para penzina pun ‘kecut’ untuk melakukannya…

Ini lah anatara ‘mojarabnya’ hukum Allah dalam mengatasi sesuatu isu…Jika nak kupas sebenarnya banyak lagi yang boleh kita ‘manfaatnya’…sebab yang menjadikan kita adalah Tuhan Allah, maka Tuhan tahulah macam mana nak mengajar manusia…Maka DIA telah ‘sampaikan’ di dalam Al-Quran…
Tetapi amat malang sekali di Malaysia,malangnya kerna UMNO yang ‘sering’ berkokok mendaulatkan Islam ‘gagal’ menterjermahkan ‘kebaikan’ Hukum Allah ini kepada Manusia. Maka umat Islam di Malaysia telah di celarukan dengan ‘kebaikan’ Hukum Tuhan ini.

Karpal Singh…aku tak beberapa hairan sangat dengan kenyataan yang beliau keluarkan…sedangkan umat yang ‘Islam’(UMNO) sendiri masaih bertelagah akan ‘hudud’ ini kan pula golongan bukan Islam…Lebih malang sekali ialah ‘pendapat’ Tun Mahathir yang katakana ia adalah ‘ciptaan’ ahli fekah…Ini lah yang membuatkan bercelaru lagi umat Islam…kalau Karpal Singh bertambah ‘conpius’ lagi la jadinya…

Oleh  itu, jika Karpal Singh ‘melompat’ jangan la terkejut sangat…Bukan apa, ahli UMNO sendiri pun belum ‘paham’ pasai hukum ini, masakan plak ‘bukan Islam’ memahaminya…
Sebagai tanggungjawab kita, kita dari PR haruslah ‘mendakwah’ Karpal agar beliau faham akan ‘selok belok’ hukum ini…Bagi aku la…UMNO la wajar di persalahkan dalam hal ini. Mereka membangkitkan isu ini demi kepentingan mereka sahaja, demi mengekalkan kuasa mereka yang semakin menghilang. Mereka sebenarnya tak la ‘ikhlas’ dalam isu hudud ini…hanya modal dan cara memecahkan PR sahaja dalam menjelang PRU kelak…

Mudah mudahan Tuhan ‘membantu’ kita dalam mendaulatkan Hukum Tuhan ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...