2 Mei 2012

Giliran Azmin Plak...

Terbaru ialah citer pasai gambo seks Azmin. Siapa Azmin, semua rakyat Malaysia kenai siapa akan gerangan Azmin nih. Dia merupakan Timbalan Presiden PKR. Makna kata dia adalah orang nombor 2 tertinggi dalam parti PKR.

Umum telah ketahui bahawa PRU semakin hampir, kerna 'edah' BN/UMNO dalam memerintah Malaysia semakin di hujung....Maka dalam memastikan kuasa mereka terus kekal, maka 'plan-plan' harus di atur dalam memastikan kuasa berterusan.

Maka tak hairanlah jika 'skandal' musuh mereka di mainkan. Ini kan ' tradisis' UMNO setiap kali PRU akan tiba. Maka terkini ialah Azmin adalah 'mangsa' mereka.

Kenapa Azmin di jadikan citer, sebab mungkin mereka yakni UMNO dah tahu  bahawa kalau buat skandal Anuar Ibrahim, mungkin tak kan laku 'cerita' tersebut, maka 'tembakan ' beralih arah kepada Azmin.

Paling yang sedih ialah, Utusan Meloya dan gerombolan yang lain menyiarkan gambo 'Azmin' di 'front page' surat khabar depa tu...Paling aku tragis ialah ia sebenarnya tak sesuai langsung kerna ia 'merendahkan' imej akhbar melayu...Bayangkan jika kanak-kanak melihatnya, ternyata ia bakal menjadi persoalan kerna 'gamba' separa blue telah utusan siarkan...

Kekadang tu agak malu jugak aku dengan cara BN/UMNO 'berpolitik'.... ini kerna 'modus operandi' yang puak-puak ni lakukan telah di baca 'taktiknya'...ia seakan menunjukkan kebodohan para pemimpin UMNO sahaja. Bahsa lain ialah 'ketinggalan' namanya.

Apa pun kita tunggu sahaja 'feed back' dari Azmin. Biar beliau sendiri menjawab, ini kerna dia merupakan tuan tubuh yang telah 'di katakan'....

Paling gembira aku rasa setakat ini,ialah Umi Haflida, iaitu adik kandungnya sendiri. Umum juga mengetahui bahawa Umi selama ini memang tak 'sebulu' dengan Azmin...semua orang tahukan...maka tak yah la nak di ulas lagi kan....Buat Umi, ini jugalah masa yang sesuai untuk beliau 'telanjangkan' abangnya sendiri.

Ada juga tadi mengatakan bahawa Umi telah mengesahkan bahawa 99.99% adalah Azmin...kita tunggu la plak apa penjelasan Azmin selepas ni.

Bagi aku, isu Azmin sebenarnya tak menggoyahkan langsung PR dalam menghadapi PRU nanti. Ini kerna Azmin bukanlah sasaran terbaik dalam menjahanamkan PR kelak. Jika Azmin diamkan diri pun ia sebenarnya tiada hal punya....Lain la kalau macam Rafizi,Saifudin Nasution ka, Cikgu Bard ka...ada la sikit 'gegaran' yang bakal di alami oleh PR...Jika Azmin sasaran mereka, ia tak menggugat langsung PR....

Buat yang dok sibuk 'hebahkan' hal peribadi orang tu, hentikanlah...pintu taubat masih terbuka lagi..Jangan la kita termasuk dalam golongan "Makan daging saudara sendiri' seperti yang Rasull Tuhan katakan...

Hentikanlah 'politik' seks....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...