Terkesima jugak la UMNO tat kala Presiden PAS yakni Tuan Guru Hadi Awang mengatakan bahawa tiada muzakarah dengan UMNO....hahahahaha...
Bukan la kita yakni melayu tak mahu bersatu, tetapi bersatu biarlah di atas dasar agama...Ini kerna sebagai umat Islam, agama tak mengenal bangsa. Islam itu sesuai untuk semua bangsa, malah ia terbuka untuk semua bangsa. Adalah tak 'kena' jika istilah Melayu itu Islam di praktikkan di Malaysia..Ini kerna ramai juga melayu dah 'murtad'.
Berbalik kepada Muzakarah antara PAS dan UMNO, aku katakan bahawa ini adalah 'gimik' UMNO di saat menjelang PRU yang bakal tiba nanti. Kalau di perhatikan serta di amati, ia adalah skrip lama yang sering 'di tonton' kan kepada umum bila tibanya PRU.
Semua masyarakat tahu bahawa, UMNO kini di ambang 'kejatuhan' kerna rata-rata golongan muda melayu semakin menjauhi UMNO. Ramai yang sudah tidak yakin bahawa UMNO dapat menjaga melayu lagi. Malah kematangan masyarakat melayu kini dengan 'terbukanya' telah menolak UMNO. Melayu kini telah terbuka akan mindanya...Malah tidak takut lagi 'memuji' kepimpinan cina DAP terutamanya di Pulau Pinang.
Tindakan PAS 'menidakkan' muzakarah adalah satu tindakan yang tepat kerna UMNO yang di ketahui umum tidak 'ikhlas' sifatnya dalam bersatu. Sejarah perikatan telah membuktikan bahawa UMNO hanya 'menggunakan' PAS di saat UMNO menuju ambang kehancuran.
Maka pelbagai tohmohan la bakal 'di mainkan' oleh UMNO nanti melalui media tunggangan mereka...tak hairan la jika isu ini bakal di mainkan sehabisnya sehingga PRU kelak. Tetapi hakikatnya rakyat sedar akan 'taktik' UMNO malah tak mudah terpengaruh dengan isu tersebut.
Tetapi harus di ingat bahawa UMNO licik sifatnya. Mereka mempunyai tuan penasihat iaitu APCO. Semua pemerhati politik tahu akan siapa itu APCO. Mereka adalah tuan penasihat yang berakal umbikan 'Yahudi Zionis'...tentu banyak helahnya, mereka di bayar jutaan ringgit untuk bekerja....maka pelbagailah helah yang bakal mereka berikan nanti....
Oleh itu, pendukung PR, haruslah berhati-hati dalam menghadapi tipu muslihat yang bakal mereka mainkan hingga menjelang PRU 13 nanti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan