Salam semua.
Naik meloya aku dengan golongan ilmuan Islam yang menjadi Ahli UMNO..bukan la ilmu agama aku ni tinggi, tetapi ada la jugak 'mendalam' kan Agama Islam yang fitrah sifatnya.
Baru ni, Jawatankuasa agama telah 'haramkan' demo yang telah di lakukan oleh rakyat yang sayangkan negara kita yang tercinta iaitu Malaysia. Peserta demo 'bersih' sebenarnya mahu bersihkan SPR yang sejak ini telah melakukan banyak kesalahan , terutamanya daftar pengundi,
Rakyat telah 'tampilkan' pelbagai bukti di atas 'kesilapan' SPR yang jelas, tetapi ia seakan tak di endahkan oleh SPR sahaja. Maka rakyat pun bangkit dalam menyatakan akan 'protes' mereka.
Kenapa Rakyat menyatakan protes...KLIK SINI
Ini kerna 'kelakuan' SPR seakan hendak memenangkan UMNO dan BN sahaja dalam setiap kali PRU di adakan, malah 'terang-terang' dapat rakyat lihat bahawa SPR sengaja 'memihak' kepada UMNO, sedangkan SPR sepatutnya adalah badan bebas...
Pelbagai bukti telah 'diluahkan' tetapi SPR seakan 'pejam' mata sahaja. Maka bila di lihat SPR seakan membisu, maka 'gerombolan' rakyat pun turun 'padang' dalam menyatakan ketidak puas hatian...Maka BERSIH lah tempat untuk menyatakan 'luahan hati' terhadap SPR.
BERSIH 3.0 adalah kemuncak terbaru rakyat menyatakan 'kemarahan' maka tak hairanlah hampir 250K rakyat hadir menyatakan 'ketidakpuashatian'...maka gelabahla UMNO di buatnya...mana taknya, jumlah itu bukan sedikit jumlahnya...ia satu jumlah yang agak besar...Maka pelbagai alasan dan helah lah di buatnya...
Antara yang di buat ialah,menangkap orang awam yang menyertainya secara 'rawak'. Terbaru ialah menyiarkan beberapa invidu yang 'di kehendaki'...
Paling terbaru serta 'dajjal' sifatnya ialah dengan menggunakan Jawatankuasa Fatwa untuk mengharamkan 'demo' BERSIH...
Aku sebenarnya tak marahpun dengan Jawatankuasa Fatwa, ini kerna KERAjaan sering 'guna' mereka di saat 'nazak' UMNO, maka di suruh la J/Kuasa fatwa mengharamkannya. Al maklum, semua ustaz-ustaz yang ada cari makan, tetapi sebagai ilmuan Islam, kita tak seharusnya mengikut telunjuk pemimpim yang munafik. Sepatutnya, takut kita hanya pada Allah...
Di harapkan Majlis fatwa selepas ni, buat la pertimbangan yang adil, bukannya pertimbangan politik...Banyak lagi benda yang harus majlis fatwa buat...
Kekesalan yang teramat sekali ialah, takut Islam di lihat 'kacau-bilau' di buatnya oleh mata bukan Islam...Ada Ustaz yang setuju, dan ada plak yang sebaliknya...Harap selepas ni wakil dari PR berbincang secara 'molek' dengan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai perkara ini.
UMNO bukannya 'menjaga' halal dan haram sesuatu bab, mereka hanya menjaga kuasa dan pangkat sahaja. Memang benar, UMNO 'wajib' di nyahkan dari arena politik Malaysia.
memerintah negara dengan menipu tu halal ke.....
BalasPadam