11 Mei 2012

Jual Burger Depan Rumah Orang

Naik geli hati aku lihat gelagat 'ejen' UMNO ni...Ada ka pi jual burger depan rumah Ambiga...laku ker  yek...Ni la simbolik paling bodoh yang 'ejen' UMNO lakukan.

Simbolik yang depa nak buat ialah nak tuntut ganti rugi kat Ambiga pasai 'demo' bersih baru-baru ni...Kononnya di katakan pasai 'demo' BERSIH, depa rugi tak terhingga nilainya...Mangkaq betui  la puak-puak ni...Rezeki tu kan di tangan Tuhan, kalau berniaga di tempat tercorot pun, kalau dah di tetapkan rezekinya pun untung jugak....

Ni la yang di katakan 'peel' UMNO yang semakin nak meroyan...kesian la pada puak-puak ni. Aku mengagak bahawa ramai lagi akan 'gelak' bila tengok kerja gila yang puak-puak ni buat...

Tak terpikir ka puak-puak ni , nanti ada plak orang akan berniaga kat depan rumah Najib plak...kerna nak tuntut 'gantirugi'....Harap-harap 'geng' PR tak buat la kerja gila nih nanti yek...Biarkan orang gila dengan kerja depa, kita jangan la terikut cara mereka.

Kekadang tu kan, rasa semakin menyampah kat UMNO ni, demi nak 'kekalkan' kuasa pelbagai kerja 'bodoh' akan di buat...semuanya demi nak cari 'publisiti' murahan.

Aku rasa la, kerja gila ni sudah ada 'director' yang aturkan, sebab antara lain bagi nak menutup akan 'kemaraan' PR setelah BERSIH 3 mendapat sambutan dan liputan yang meluas. Hinggakan di katakan hampir 250 K rakyat 'turun' padang. Maka 'signal' jelas telah rakyat berikan.

Berbalik pasai 'penjual' burger ni...tak rasa 'pelik' ka dalam hati nurani kecil mereka ni...tak rasa bodohkah buat kerja ni...ia semua memalukan umat Islam sahaja...kenapa aku kata Islam? Sebab yang terlibat dalam bisnes ni ialah Melayu dan Mamak...Sebab di Malaysia 'melayu' itu telah di labelkan sebagai Islam...di Malaysia saja la...Islam sebenarnya tak begitu....

Buat 'kengkawan' dalam UMNO tu, pikiaq la balik, ada ka 'simbolik' ni bersesuaian dengan keadaan sekarang...Rakyat la ni bukan la bodoh macam dulu...Terima lah hakikat bahawa UMNO sekarang sudah tak sesuai lagi buat Melayu yang cerdik 'pemikirannya'...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...