8 Mei 2012

Fatwa Yusof Al-Qardawi

Yusof Al-Qardawi yakni Ulama yang tersohor di dunia masa kini telah memfatwakan bahawa  meyertai 'Demo' bagi menyatakan kebenaran adalah HARUS...Itu lah fatwa terkini yang keluar dari mulut 'ilmuan' Islam itu..

Maka terkedu la sedikit akan 'alim ulama' kuda tunggangan UMNO dalam nak menangkis 'fatwa' tersebut. Mana taknya, 'fatwa' beliau lebih bernilai lagi dari 'fatwa' yang majlis fatwa Malaysia keluarkan...Fatwa beliau akan di guna pakai di seluruh dunia jika di bandingkan 'fatwa' dari Malaysia.

Kini UMNO agak 'gusar' sedikit kerna umumnya masyarakat akan menggunakan 'fatwa' antarabangsa dari menggunakan 'fatwa' dari Ulama UMNO.

Terbaru ialah Hassan Ali jugak enggan mengulas 'fatwa' yang Yusof-AlQardawi keluarkan. Hassan Ali sebenarnya tahu akan di mana 'kedudukan' beliau jika nak di bandingkan dengan tokoh islam yang hebat itu...Maka 'alasan taici la' yang beliau berikan....Hassan Ali katakan.


 petikan dari MalaysiaKini
Hasan Ali enggan ulas fatwa demo Qaradhawi 
 
Pengerusi Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali berkata beliau tidak dapat mengulas pandangan ulama disegani Yusuf Al-Qaradhawi yang menyebut bahawa perbuatan menyertai demonstrasi sebagai satu perkara harus bagi orang Islam.
Namun, beliau berkata pandangan Qaradhawi itu tidak hanya terhenti setakat mengharuskannya sahaja.
Ditanya lanjut, Hasan bagaimanapun berkata beliau tidak dapat mengulas perkara itu kerana beliau bukan ahli fuqaha.
Namun, beliau tetap mempertahankan keputusan Ahad lalu oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan menyertai demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan.
"Tak perlu ragu, kita lantik mereka mesti sebab mereka berilmu... Ada di antara mereka yang hafal hadis dan hafal al-Quran.
"Fatwa ini bukan senang-senang, saya tahu bukan mudah. Entah berapa kitab yang mereka rujuk," katanya.
Beliau juga percaya keputusan jawatankuasa itu hanya merujuk kepada perhimpunan seperti BERSIH 3.0 yang berlangsung pada 28 April lalu.
Jelasnya, beliau tiada masalah dengan tujuan asal perhimpunan tersebut untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.
"Tapi bila sampai ke lapangan, hendak merdekakan Dataran Merdeka, jadi mini revolusi pula yang hendak diketengahkan," katanya.


Berbalik kepada 'fatwa' Majlis Fatwa, ia menampakkan akan kelonggaran 'para ulama UMNO'...mereka bagaikan pelakon yang di arahkan oleh pemerintah di buatnya. Secara tak langsung mereka ini bagaikan 'pendeta' yang hanya mengikut telunjuk pemerintah tanpa mengikut Islam yang Tuhan  'sahkan'...

Oleh demikian 'fatwa' yang Yusof Al Qardawi keluarkan ini sedikit sebanyak akan 'kembalikan' Islam itu di pihak yang benar. Secara tak langsung umat Islam di Malaysia akan berasa sedikit lega dengan 'fatwa' tersebut. Nescaya Umat Islam akan mengguna pakai 'fatwa' Al Qardawi berbanding dengan 'fatwa' oleh UMNO.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...