8 Mei 2012

UMNO masih Mahu Membodohkan Rakyat

Ternyata sekali 'fatwa' yang di keluarkan baru-baru ini mendapat tentangan yang hebat, bukan dari rakyat, malah para ilmuan Islam yang tak berpolitik juga menemplak 'fatwa' berikut.

Ini lah yang terjadi ke atas Jawatankuasa Fatwa kebangsaan yang ' mengharamkan' BERSIH 3.0. Meminjam ungkapan mursyidil am PAS iaitu Dato Bentara Setia Nik Aziz, dengan ringkas dan padat beliau mengatakan bahawa 'fatwa' tersebut hanya menggunakan sebelah mata, malah mata yang di gunakan itu sepatutnya perlu memakai cermin dahulu....

Memang jelas rakyat sendiri tahu bahawa fatwa yang di wartakan itu adalah atas 'neraca' politik, bukannya neraca keadilan Islam. Mereka, yakni majlis fatwa hanya mendengar sebelah pihak sahaja, tanpa 'bertanya' sebelah pihak lagi, maka fatwa yang di keluarkan tidak mencerminkan Al-Quran, malah ia berasaskan KERAjaan.


Maka nampaklah sangat bahawa UMNO kini mahu menjahilkan umat Melayu Islam di Malaysia. Tujuan UMNO hanyalah mahu memastikan melayu Islam 'berada' di pihak mereka. Maka 'suruhan' bodoh telah mereka arahkan kepada Majlis Fatwa.

Tak sedar ka majlis fatwa, bahawa tindakan mereka ini sebenarnya 'memburukkan' Islam itu sendiri. Dengan cepat serta pantasnya mereka mengeluarkan fatwa begini rupa...Sedarlah bahawa rakyat kini celik sifatnya...Kuliah agama serta 'keadaan' terkini hanya boleh di akses melalui hanya hujung jarinya sahaja. kemudahan yang Tuhan  'izin' kan adalah bersesuaian dengan cara hidup masa kini.

Oleh itu , di harapkan UMNO jangan la terus 'membodohkan' rakyat dengan cara yang bodoh...Semakin 'gila' kerja UMNO, maka semakin benci rakyat di buatnya...

Malah, anak-anak muda sendiri telah 'menghukum' UMNO dengan kerja gila yang mereka buat...Anak-anak muda kini semakin 'mendekat' kan diri dengan Tuhan, maka semakin nampak la akan kerja-kerja bodoh yang UMNO lakukan. Bayangkan , golongan yang tak ambil tahu hal politik pun dah berani kata..."Awat la bangang sangat UMNO, Berdemo pun Haram"...Ini lah realiti yang harus UMNO 'telan'...Ini lah kesan ledakan 'kecanggihan' dunia yang anak-anak muda manfaatkan...Hinggakan 'Fatwa' segera mereka dapat tangkis dengan hujjah mereka sendiri.

Kekadang tu terima kasih jugak la pada 'Muka Buku'...Paling penting sekali kepada insa-insan yang prihatin dalam 'muka buku' yang tak kering-kering' KONGSIKAN maklumat terkini...

Maka, maklumat yang ada dalam 'muka buku' itu secara tak langsung di manfaatkan oleh golongan muda mudi...Paling ketara ialah, mereka merujuk 'fatwa' Yusof Al Qardawi...dengan hujjah ini lah mereka gunakan untuk mematikan 'fatwa' UMNO.

Apa pun, pujian harus di berikan kepada 'para pejuang PR yang ikhlas' dalam muka buku. Mereka tak henti-henti  memberikan info terbaru dan situasi semasa...Setidaknya 'kawan-kawa' rangkaian mendapat maklumat terkini.

Pesanan buat UMNO, beruzlahlah dalam muhasabahkan diri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...