28 Januari 2012

Video Anwar Terbaru ? Bagus...

Salam semua...

Kini heboh pulak video terbaru yang melibatkan DSAI...ish ish ish...lepas satu, satu lagi 'kejahatan' DSAI di 'tontonkan'....Ini lah cara terbaru politik ala UMNO dalam berpolitik...macam tak ada modal lain langsung...Bagus jugak kan...

Kenapa di katakan bagus..Bagus kerna menunjukkan akan 'kecetekan' serta bertapa terdesaknya UMNO dalam 'berdepan' dengan DSAI semasa PRU 13 yang bakal menjelang...Setidaknya rakyat nampak akan 'terdesaknya' pihak UMNO dalam menanti PRU nanti..seolah-olah DSAI rendah moralnya...

Bercakap pasai rendah moralnya...yang dok 'tayang' video tu tinggi ka moral mereka ?...hingga sanggup 'makan daging saudara sendiri tu'...ni la yang di katakan UMNO...



UMNO kini bagaikan 'mati akal' di buatnya...kerja mereka hanya mendedahkan aib orang sahaja...macam la pemimpin UMNO itu 'suci' sifatnya...Secara 'zahir' pun sudah menampakkan akan 'kejahilan' UMNO sendiri...Dalam Islam,mendedahkan aib manusia di hukumkan sebagai 'makan daging saudara' sendiri...Memang la..UMNO ni bukan jenis tak kenal 'halal dan haram' sifatnya...

Paling bagus sekali dengan pendedahan ini ialah, Ia menampakkan akan 'Kejahilan' UMNO dan 'takutnya' mereka ini kepada DSAI...Mereka ni sebenarnya masih belum memahami siapa DSAI rasanya....Beliau bukan jenis cepat melatah dan takut akan 'tekanan'....Lagi di lawan, lagi kuat beliau menentang....Mereka , yakni puak-puak UMNO sepatutnya 'rileks' sahaja selepas 'keputusan makhamah' pada 9 Januari lalu....tetapi ternyata UMNO telah silap pencaturan...

Kerna apa di katakan silap pencaturan,...lepas ni nanti la 'serangan' balas yang akan di lakukan oleh DSAI...nescaya selepas ini UMNO hanya akan tinggal sejarah sahaja lepas ini...Percayalah apa yang di lalukan oleh UMNO kini,hanyalah memakan diri mereka sendiri....

Pada hemat aku juga, isu ini sengaja di bangkitkan kerna nak 'menggambus' isu yang kini sedang di landa oleh UMNO pada ketika ini...antaranya skandal NFC,Shopping Rosmah Mansur dan lain-lain lagi...antaranya demi 'mengalihkan' perhatian rakyat dalam 'menempuhi' isu-isu yang melibatkan pimpinan UMNO.

'Matematik' mudahnya ialah,jika isu 'video' ini di keluarkan, maka perhatian rakyat kini akan tertumpu pada isu Video ini, maka isu sebelum ini dapat la 'di kambus' seketika...

Tapi, harus di ingat bahawa, rakyat kini bukan seperti dahulu...Maklumat hanya di hujung jari...UMNO hanya pandai buat teknologi, tetapi bodoh dalam memanfaatkannya....

Setidaknya dengan isu ini, lagi 'kuat' DSAI di buatnya....Maka dengan cepat la UMNO di 'muzium' kan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...