Adam Adli...itu lah nama yang kini tiba-tiba muncul di persada politik Malaysia. Anak Muda yang bergelar 'mahasiswa' telah mencetuskan satu 'revolusi' di kalangan pelajar.
Anak muda yang berani menurunkan bendera yang bergambar Hj Najib dan di naikkan bendera wakil 'mahasiswa'...Syabas dan Tahiniah harus di berikan...Maka tercetuslah satu 'revolusi' baru dalam 'politik pelajar'.
Sebenarnya tidak menjadi kesalahan mereka menurunkan bendera yang memaparkan wajah Hj Najib dan di naikkan 'bendera' mewakili pelajar. Bendera mereka hanya sebentar sahaja di naikkan dan di naikkan semula bendera 'Hj Najib'. Ia sebenarnya merupakan satu 'signal' dari golongan pelajar yang mahu menyatakan bahawa 'wujud' nya mahasiswa yang mahukan perubahan pentadbiran dari pemerintah. Maka kerja 'nakal' ini mereka lakukan...Mereka yakni golongan mahasiswa sebenarnya 'tak mengancam' atau menggugat langsung akan 'keharmonian' negara...mereka ini cuma 'nakal' sedikit sahaja...'Nakal bertempat'.
Nakal mereka sebenarnya bertempat...mereka tak menimbul pun sedikit kekacauan...mereka cuma mahu menyatakan 'isi hati' mereka sahaja...
Yang peliknya bila mana isu ini seakan sengaja di panaskan dari 'pimpinan UMNO' sahaja. Pelik bin ajaib jugak bila ada 'fanatik' Hj Najib muncul dengan 'gah' nya mahu membela Hj Najib ni...mereka ini 'berkelakuan' seolah yang Najib ni 'hebat' hinggakan tak boleh 'di nakal' sedikit oleh pelajar...Bagaikan Najib ni benar-benar 'hero Melayu'....Yang paling menyedihkan bila mana ada pihak yang 'mengugut' Adam hinggakan mahu 'memukul' beliau....Fanatik sungguh 'mamat tu'...
Yang paling menyedihkan aku ialah membabitkan 'NGO' Islam yang gah 'namanya'...pelik aku ialah golongan ini seakan 'di kawal' oleh UMNO, sedangkan NGO ini di anggotai oleh pelbagai ahli yang berbeda wadah politiknya...Pening sekali ialah sepatutnya NGO ini sepatutnya 'bebas' dari mana cengkaman politik, ini kerna NGO tersebut 'berlandaskan' Islam...Kalau di ikutkan 'geng' UMNO sepatutnya di nasihatkan kerna 'geng' muda UMNO dan wanita 'muda' mereka ramai yang 'melanggar' syariat Islam...ni yang peliknya UMNO di angkat mereka sebagai 'pejuang Islam'...pelik aku dengan NGO nih...Tetapi masih ada juga ahli-ahli 'besar' mereka yang 'adil' sifatnya...Jangan la kerna nila setitik, buruk nama baik NGO tersebut...
Berbalik kepada 'keberanian' Adam Adli...Beliau sebenarnya tidak di berikan 'peluang' menyatakan 'kebenaran'...beliau terus di hukum oleh balaci UMNO ini sebagai 'jahat' sifatnya...Sebenarnya 'para balaci' UMNO ni tak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Sepatutnya 'reformis' UMNO wajar 'menyokong' beliau dalam menjana perubahan negara. Beliau sebenarnya ikhlas orangnya yang mahukan perubahan di lakukan , terutamanya 'hak-hak' mahasiswa dalam 'menyuarakan' pendapat mereka...Mahasiswa adalah pelapis negara, maka mereka 'nampak' akan ketempangan yang berlaku, maka mereka sebenarnya mahu 'membetulkan' keadaan...
Tetapi, bila mana kejahatan bercampur dengan kekuasaan, maka beginalah yang berlaku...Keikhlasan di pandang kejahatan, tetapi kejahatan di pandang mulia...Semoga Tuhan 'mengizinkan' pemerintahan di Malaysia 'bertukar tangan'....
Doa kami rakyat Malaysia, semoga Adam dan keluarga tabah menerima dugaan ini...Percayalah bahawa anda, yakni Adam Adli berada di landasan yang benar...Cuma Melayu UMNO sahaja tak membenarkan kerna takut kehilangan 'sokongan' dari golongan 'mahasiswa' yang kini terbuka mindanya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan