Pada tanggal 9 Januari ni adalah tarikh keramat buat semua pendukung reformasi. Ini kerna ikon reformasi negara yakni DSAI akan di tentikan akan 'kebersalahan' ataupun tidak oleh 'makhamah dunia' yang di adili oleh hakim di Malaysia. Bersalah atau pun tidak DSAI hanya hakim sehaja yang tahu akan 'skirp' yang di buat.
Tarikh ini akan di nantikan seluruh Malaysia dan Dunia jugak rasanya. Ini kerna 'liwat 2' ini mendapat liputan yang luas di seluruh dunia. Siapa yang tak kenalkan DSAI. Orang no 2 di Malaysia yang 'di singkirkan' oleh Tun M pada tahun 1998. Semua 'pimikiran' politik masyarakat telah berubah ketika itu bila 'wirawan' di pecat oleh yang 'berkuasa' ketika itu. Maka gumpitalah jadinya seketika.
Kini rakyat 'sedang sibuk' membicarakan apa yang bakal di putuskan oleh hakim pada tarikh tersebut. Maka bermacam ceritalah yang 'di dengar' oleh setiap individu...yang pasti 9 januari ni, ia akan 'menjadikan' satu tsunami baru dalam dunia politik Malaysia.
Bagi aku mudah, ia semua ketentuan Tuhan yang Maha Esa...setiap yang terjadi ada hikmah ataupun tersirat di sebaliknya...Ini kerna 'perancangan' Tuhan ada 'tersirat'...Biarlah Tuhan 'membuat' kerjanya..kita yang manusia ini pasrah sahaja apa yang bakal berlaku, walau bagaimanapun 'kebangkitan' harus di lakukan dalam memastikan ketentuan Tuhan yang 'termaktub' dalam 'kitabnya' kita laksanakan sebagai panduan.
Semakin hari semakin bercelaru manusia bila mana ada yang terlebih pandai dari apa yang Tuhan 'guide' kan kepada kita. Kita seolah menafikan akan 'kekuasaanNYA' bila mana apa yang di surug kita abaikan, seolah-olah apa yang 'di wahyukan' selama ini tidak 'relevan' di buatnya.
Sebagai contoh kes yang melibatkan DSAI,ia di lakukan secara 'otak manusia' yang menafikan tuntutan yang di berikan Tuhan. Kes ini di jalankan secara mengikut hukum manusia yang menafikan 'hukum Tuhan', maka 'tempanglah' dibuatnya hinggakan yang benar di katakan palsu, dan palsu itu di angkat sebagai benar...Dari segi saksi plak, ia boleh di dangkal secara mudahnya bila mana 'kaedah' mencari bukti itu di sangkal dengan mudahnya...Malah yang tak 'pakar' pun berlagak seolah 'pakar'...tetapi bila di soal balas oleh yang benar pakar, pening jadinya...maka terbuktilah bahawa keadah 'penuduhan manusia di Makhamah terlalu 'daif' kaedahnya....
Kini nasib DSAI berada di tangan hakim yang menghakiminya...mungkin ini ketentuan Tuhan yang mahu melihat 'manusia' dalam berfikir dan menghukum...Maka kita serah sahaja kepadaNYA...Setiap yang berlaku kelak ada hikmahnya...
Bersama kita nantikan tanggal 9 Januari nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan