24 Disember 2011

Patut La Umat Islam Melarat : Wang Zakat Di Salah Guna

Apa kejadah punya Menteri yang menjaga hal agama. Sanggup menafiklakan apa yang Laporan Audit laporkan. Dah la 'songlap' duit zakat.

Itulah 'makian' harus di berikan kepada Menteri yang menjaga hal ehwal agama di Malaysia ni. Di katakan hampir RM 63K di gunakan bagi membiayai yuran guaman untuk kes DSAI. Banyak tu 63K...bayangkan jika di agihkan 'sewajarnya' kepada 'asnaf' sepatutnya, maka kurang la beban sikit golongan yang memerlukan tu.

Ni la masalah umat Islam di Malaysia, sepatutnya duit itu di gunakan bagi membantu golongan 'asnaf' yang Tuhan tentukan, bukannya membayar 'duit' lawyer bagi 'melawan' DSAI. Ni masalah pemimpim Islam di Malaysia. Mencipta 'asnaf' baru plak...Celaka betui la puak-puak ni.



KLIK SINI  untuk keterangan lanjut.

Pelikkan Malaysia ni. Halal haram tak di kisah oleh 'pimpinan' negara. Sanggup 'songlap' duit yang di amamanhkan oleh orang ramai. Zakat adalah derma wajib yang Tuhan 'perintahkan' kepada golongan yang mampu bagi membantu golongan yang 'di nyatakan'. Tujuan Tuhan 'arahkan' ialah bagi membantu akan 'golongan' yang memerlukan. Tujuan utama ialah 'membantu sedara seagama' kita yang memerlukan. Antara tujuan lain ialah ia nak 'melihat' akan keprihatinan kita terhadap 'sedara seagama' kita yang memerlukan.

Maka bagi golongan yang sedar akan 'kepentingan' zakat ini 'bersetuju' dengan seikhlas hati memnghulurkan seperti yang Tuhan arahkan. Maka di serahla kepada 'para amil' yang telah di lantik oleh pemerintah. Maka di bayar la 'umat dengan penuh percayanya' kepada amil tersebut.

Tetapi adalah amat 'malang' sekali bila ia di salah gunakan oleh 'pengurus dan pemerintah' yang ada hari ini. Maka 'di beri' kepada 'asnaf ciptaan' terbaru Menteri di Malaysia nih. Tanpa rasa salah dan dosa, mereka yang terbabit menafikan...Tetapi Tuhan itu Maha Mengetahui Sifatnya, dengan izin NYA maka di bukanya 'hijab' manusia bagi memperlihatkan akan 'ketempangan' yang pemrintah kita lakukan.

Dengan IzinNYA juga, di berikan kepandaian manusia untuk 'berhubung' secara maya kepada kita yang sukar di sekat. maka ketahui lah kita akan ketempangan yang 'mereka-mereka' lakukan. Ini lah yang di katakan 'Kebesaran' Tuhan.

Buat pembayar 'Zakat' di negeri tersebut, buatlah laporan Polis bagi menyiasat akan 'kedalaman' kebenarannya. Jika aku berada di sana, nescaya aku tak 'halalkan' akan 'kelakuan' penyelewengan yang mereka lakukan...

Ingatlah, duit zakat adalah duit umat Islam amanahkan kepada amil untuk di agihkan. Agihla mengikut 'kehendak' Tuhan. Bukannya kehendah 'syaitan'...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...