18 Disember 2011

Mana Kejantanan KJ

Sebelum ni melalak la  Khairi Jamaludin (KJ) dalam mempertahankan Sharizat mengenai isu NFC. Bagaikan dia berada di pihak yang benar dalam menjadi 'juara' isu NFC.

Sanggup berdebat dengan Pengarah Strategik PKR iaitu saudara Rafizi Ramli. (RR). Sebelum ini saudara RR telah menghantar surat 'tawaran' untuk berdebat dengan KJ. Ini di buat kerna KJ begitu lantang dan berkokok dalam isu NFC yang telah di bangkitkan oleh PKR, maka tawaran untuk 'berhujah' mengenai isu ini telah di pelawa oleh RR.

Setelah tawaran terbuka di buat secara rasminya, baru la KJ membalas 'tawaran' tersebut. Ia mengambil selama 3 minggu dalam 'menerima' pelawaan itu. Tetapi amat malang sekali bila jawapannya agak mengecewakan. Alasan yang di berikan ialah KJ mempunyai 'tugasan' pada tarikh yang di cadangkan. Maka ia sedikit sebanyak menghampakan harapan rakyat Malaysia yang mahu melihat 'anak-anak' muda ini berhujah.


Maka kini 'kejantanan' KJ di persoal. Ini di sebabkan kerna seakan KJ berdolak dalih dalam 'berhujjah' dengan RR. Berbagai tanggapan telah di buat oleh 'penganalisis' rakyat mengenai kelewatan serta 'kesibukan' KJ. Ini kerna sebelum ini KJ melalak dengan begitu 'kuat' dalam mempertahankan Sharizat. Tetapi bila jemputan di berikan, 'pelbagai' alasan bodoh yang KJ berikan.

RR sekali lagi 'menawarkan' diri untuk berhujah, malah RR dengan 'gentle' nya memberikan tawaran bila - bila masa sahaja kepada KJ untuk berhujjah mengenai isu NFC ini.

KLIK DI SINI untuk keterangan lanjut.

Pelbagai andaian telah 'di telah' oleh rakyat. Ini kerna KJ sebelum ni agak kuat 'lalakan' nya sebelum ini, tetapi bila di ajak secara jantan, KJ seakan menolak secara hormat. Sesibuk mana pun, tak kan la KJ tak boleh 'luangkan' sedikit masa dalam mempertahankan 'kejantanannya'....tetapi amat malang sekali kerna 'salakan' KJ hanya kuat di media massa milik BN sahaja. Di ajak 'melalak' di tempat terbuka 'kecut' jadinya. Ia juga menampakkan seolah salakan itu hanya salakan 'kampung' sahaja.

Ada juga mengatakan bahawa 'hajat' KJ itu tidak di restui oleh orang-orang 'atasan'...Mungkin kerna mereka tidak yakin dengan 'kesetiaan' KJ yang selama ini hangat di perkatakan. Ada mengatakan bahawa KJ 'semacam' mahu sabotaj sahaja pada perkiraan orang atasan  dari pihak KJ. Hangat juga di katakan KJ dalam senarai akan ' di nyahkan' oleh pihak atasan UMNO. Maka kebenaran untuk KJ berhujah harus di sekat, takut KJ akan sabotaj partinya nanti..Sejauh mana kebenaran itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu akan isi hati mereka.

Penolakan untuk berhujjah dari pihak KJ sebenarnya juga menampakkan akan 'kebetinaan' juga terhadap KJ. Kalau la KJ berada di pihak yang benar, mungkin hujjah ini dengan segera akan di lakukan, tetapi kelewatan KJ membalas jemputan dari RR menampakkan akan 'sedikit' goyah dalam UMNO. Ini kerna umum ketahui bahawa jika mereka berada di pihak yang benar,maka dengan segeralah mereka akan 'jawab'...tetapi isu NFC ini menampakkan akan ada sedikit 'masalah' dari pihak UMNO.

Walau bagaimanapun, rakyat kini sedang menanti akan kesudahan isu NFC yang semakin di perkatakan lagi. Rakyat kini sedang menantikan akan 'terlaksananya' kedua-dua anak muda ini berhujjah dalam isu ini. Baru la rakyat boleh menilai 'siapa' berada di pihak yang benar.

Setakat ini, RR berada dalam kedudukan yang selesa. Ini kerna dengan beraninya beliau menyatakan kesudian bila-bila masa sahaja untuk berhujjah dengan KJ. Bagi pihak KJ pula, ia menampakkan akan kegoyahan KJ dalam berdepan secara umum mengenai isu NFC yang semakin hangat di perkatakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...