23 Disember 2011

Terima Kasih Tuhan

Kali ini semakin 'mengganas' la perang yang di palukan oleh regim UMNO/BN. Semakin hari semakin  'menggila' di buatnya. Paling sedih pabila agama dan bangsa di mainkan.

Mungkin ini juga petanda bahawa riwayat UMNO/BN semakin hari semakin dekat untuk di kuburkan. Maka bagi memastikan 'terus bernafas' maka 'matlamat menghalalkan' cara harus di tampilkan. Maka tak hairan la semakin hari semakin 'tiupan' perkauman di mainkan.

Paling sedih lagi bila mana 'biadap' nya UMNO Pulau Pinang yang sanggup menghadiahkan 'kek' tahi kepada Lim Guan Eng. Ini sebagai petanda bahawa UMNO semakin tersepit di Pulau Pinang ini. Maka cara 'terkotor' telah di tampilkan bagi 'menaikkan' kembali 'reputasi' yang selama ini menurun. Pemerintahan PR yang di terajui oleh DAP telah menampakkan akan 'sinar' buat rakyat. Maka UMNO sedar bahawa mereka akan tenggelam, maka taktik kotor harus di mainkan, maka timbul lah 'hadiah taik' kepada kepimpinan PR di Pulau Pinang.


Kalau di amat 'sehalusnya', golongan yang ke depan dalam 'menghentam' Guan Eng ialah 'India Muslim', ataupun di kenali sebagai mamak. Perhatikan sebaiknya,setiap kali 'kekacauan' yang di buat akan di ketuai oleh 'mamak'...kalau yang melayu pun paling banyak ialah 10% sahaja. selebihnya 'india muslim'...Kenapa yek...Entahla...biarkan.

Sepatutnya kepimpinan UMNO terutamanya di Penang ni haruslah 'peka' akan kelemahan mereka. Bukannya bertindak seperti 'bebudak' caranya. Sedarlah bahawa rakyat Penang terutamanya Melayu kini telah 'terbuka' minda mereka. Mereka bukan lagi 'bebudak' yang mudah di gula-gulakan. Kini pemikiran melayu telah berubah. Mungkin kerna telah sedar bahawa mereka selama ini hanya 'di khaldaikan' sahaja dalam pihak pimpinan mengambil kesempatan. Kalau dahulu di Penang ni, DAP adalah 'fobia' teramat buat melayu, tapi kini semuanya telah di nafikan 'sebaiknya'.

Maka UMNO kini semakin di pinggirkan Melayu 'semudahnya'.

Paling penting sekali ialah syukur pada Tuhan kerna telah memberi 'NUR' kepada umat Muhammad yang selama ni di gelapkan oleh Melayu Islam sendiri. Kini rata-rata rakyat mEelayu telah kembali kepada 'SELAMAT' iaitu jalan yang di berkati. Kuliah agama semakin di dekatkan. Program agama semakin 'berselerakan' di merata tempat. Di Masjid dan Surau semakin 'di hidupkan' dengan program ilmu yang semakin mendapat perhatian. Maka semakin berilmu la masyarakat Melayu yang selama ni 'DI GELAPKAN'....Maka dengan mudah la rakyat dapat membezakan yang mana 'HAQ dan yang mana BATIL....

Sejara jujurnya, UMNO selama ini 'menggelapkan' umat Melayu ISLAM, kini Melayu ISLAM semakin cerah akan 'hakikat' yang sebenar. Maka semakin berilmulah rakyat.

Itu lah yang di katakan kuasa YANG MAHA BERKUASA. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Selama ini DIA membiarkan kita 'berduka' tetapi di sebalik 'kedukaan' itu ada perkhabaran gembira. Bersamalah kita mendoakan agar Islam melalui AL-Quran kembali 'membumikan' Malaysia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...