2 Disember 2011

KJ: Yang Melalak.


Dengan lantangnya KJ mengatakan PR mengamalkan 6 prinsip , ataupun di kenali sebagai 6 jahanam. Ini lah salakan yang di buat oleh KJ. Beliau membuka tirai AGM kali ini dengan salakan yang ‘hebat’. Tetapi hakikatnya salakan itu bagaikan salakan anjing di atas bukit. Menyalak tetapi tak berani turun ke bawah.
Kenapa di katakan begitu. Ini kerna surat jemputan untuk berdebat dengan Rafizi Ramli iaitu Pengarah Strategik sudah pun samapai ke pejabatnya, Kini hanya menantikan jawapan dari nya sahaja. Setakat ini di fahamkan bahawa KJ masih belum memberi sebarang  respon kepada Rafizi lagi. Dalama kandungan surat dari Rafizi, beliau mencadangkan 12 Disember ini lah tarikh mereka untuk berdebat mengenai NFC milik Suami Sharizat.

Media massa saban hari memberi  liputan yang meluas kepada kepimpinan UMNO yang sedang bersidang. Maka muncul la hero -hero serta heroin-heroin dalam media massa arus perdana sahaja, bagi sesiapa yang tak mangambil tahu akan hal sebenar, maka di angkatlah puak-puak UMNO ini sebagai Hero mereka, wal hal mereka ini sebenarnya ‘hampeh’.

Memandangkan PRU semakain mendekat, maka ‘penonjolan’ harus di lakukan,maka tak hairan la jika hero baru akan muncul. Secara logiknya UMNO sendiri sedar akan ‘kegoyahan’ UMNO, Cuma ia di sunyi sepikan bagi menutup kelemahan mereka.

Paling menarik sekali ialah Sharizat. Beliau semacam nak ‘melembukan’ wanita UMNO sendiri, tetapi terdapat juga golongan wanita sedar akan cara sharizat nak ‘melembukan ‘ wanita…Sebelum ni sejak NFC di bangkitkan,beliau seakan ‘tidak wujud’ di buatnya, tetapi di dalam AGM ni bagaikan ‘heroin’ hebat di buatnya…Ini lah lakonan Sharizat untuk AGM kali ini….Skrip drama beliau ‘mudah di fahami’.
Secara  jujurnya AGM UMNO kali ini memang mendapat liputan dari semua lapisan rakyat. Ini kerna nak lihat sendiri akan ‘telatah’ puak-puak UMNO yang semakin di ambang kehancuran. Maka  masa ini lah yang sesuai  untuk melihat akan wayang-wayang yang mahu di mainkan. Maka pelbagai cerita lah yang dapat di saksikan,

Berbalik pada salakan yang KJ buat..ini sebenarnya ‘penonjolan’ terakhir yang harus di lakukan sebelum PRU akan di adakan. Tak keterlaluan di katakana bahawa beliau mungkin di ambang  ‘penyinkiran’, maka taktik ‘kehadapan’ harus di gunakan..Maka di guna lah oleh beliau secara sebaik yang mungkin. Dulu tak perlu bersusah payah kerna Tun Dollah ada, kini Tun Dolah sudah di akhir garisan dalam karier politiknya. Maka ‘kerja berat’ lah KJ dalam memastikan Rembau terus kekal miliknya.

Kini kita semua Rakyat Malaysia menantaikan akan ‘sambutan’ debat dari KJ. Biar anak muda beradu di atas pentas. Di situ la kita akan melihat akan ‘kebenaran’

Buat Rakyat Penang: Bersama kita menjayakan Perdebatan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...