Terharu jugak aku yang Tun M kembali 'memanaskan' politik tanah ait. Sepatutnya di usia yang 'berpehunjung' eitu du habis kan bersama keluarga dan 'memuhasabah' diri kepada Tuhan.
Tun M nampaknya seakan nak melibatkan diri kembali ke dalam 'gelanggang' politik yang sekian lama beliau tinggalkan. Kali ini beliau tampil dengan 'menembak' DSAI mengenai perjanjian dengan bank dunia (IMF). Maka di tembakla sebaiknya hinggakan di suruhnya DSAIO bersumpah apa kah benar apa yang beliau 'tembak'.
Tapi bagi aku,' tembakan' yang di buatnya adalah tembakan PRU. Al maklumla PRU 13 semakin dekat, maka DSAI harus di tembak dahulu. Mungkin bagi Tun M, DSAI adalah 'Jeneral' bagi PR yang harus 'di matikan' dulu. Maka serangan pertama dalam 'pertembungan' PRU ini harus di halakan kepada DSAI pertamanya. Jika Jeneral Perang PR ni 'terkorban' maka senang la bagi UMNO/BN 'melenyapkan' PR...mudah ker nak tewaskan PR yek ?...
Kini nampak sangat la UMNO/BN semakin tersedesak untuk berperang. Maka 'akai' orang lama harus di perlukan, maka Tun M la di pilih dalam memulakan tembakan. Selama ini DSAI di asak dari pelbagai arah, tetapi tak berhasil...maka 'ilmu' Tun M 'di butuhkan'...Maka Tun M telah mulakan serangan.
Berbalik pasai isu IMF yang di bangkitkan oleh Tun M, ia merupakan 'rahsia' mereka berdua dahulu, ketika sama-sama 'menjaga' Malaysia suatu ketika dahulu. Kenapakah 'kisah' lama ini di ungkit?...Mungkin 'serangan' ini mungkin berhasil kot dalam 'menjahanamkan' DSAI. Maka ia 'di buka' semula...
Tetapi jika di lihat, amatlah malang bagi UMNO/BN bila 'kitab' lama ini di buka balik. Ini kerna semakin di buka semakin menampakkan akan ketempangan Tun M semasa pemerintahanya dahulu. Kini ada sumber mengatakan bahawa 'isu IMF' ini sebenarnya Tun M lah yang mulakan dahulu. Ada juga sumber mengatakan bahawa ia di buat oleh Tun M sebenarnya...KLIK SINI untuk keterangan lebih lanjut.
Pendapat aku, Tun M sebaiknya duduk la diam-diam saja terutamanya 'politik' Malaysia kini. Ini kerna cara pemikiran dan minda melayu kini telah terbuka. Bukannya seperti di zaman pemerintahannya dahulu.
Harapan aku agar Tun M 'muhasabah' diri dan pohonkan keampunan dari Tuhan semasa di zaman pemerintahannya. Bukan la masa yang terbaik untuk Tun M untuk 'babit' kembali dalam dunia politik Malaysia yang semakin 'terbuka' sekarang. Kalau dahula cara nya memang terbaik, tetapi sekarang dunia telah berubah,pemikiran rakyat pun dah berubah.
Luang lah masa yang ada ini untuk 'anak cucu' dan bersedialah menerima perubahan kepimpinan yang bakal mendatang. Saksikan lah sendiri 'kesan-kesan' selama pemerintahan anda yang anda tinggalkan untuk kami buat rakyat Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan