17 Disember 2011

Perihal PKR Penang

Tak hairan la jika lepas ni ada plak yang nak lompat parti. La ni Lim Boo Chang, lepas ni sapa plak yek...

Ini la yang di katakan politik. Lompat melompat perkara biasa,antara dua sebab utama, pertama pasai kedudukan, dan yang kedua pasai benar-benar tak puas hati. Sebab yang kedua ni kurang la jika nak di bandingkan dengan sebab yang pertama.

Dalam politik Malaysia macam-macam boleh berlaku...kawan menjadi lawan dan lawan boleh menjadi kawan...semua nya 'berniatkan' matlamat menghalalkan cara sahaja. Dalam politik ada yang 'ikhlas' dan ada juga yang nak 'membalas'...nak membalas bermaksud nak 'buat bukit' niatnya, ataupun lebih di kenali sebagai nak buat keuntungan sahaja....Nak tau siapa golongan ni, tunggu jer lepas PRU, maka dapat lah dilihat akan kejelasan niat seseorang itu berpolitik.


Teringat semasa PKR selepas PRU 2004. Masa tu hanya Wan Azizah sahaja wakil PKR dalam Parlimen...maka 'berseleraklah' golongan yang niatnya 'membalas' maka terkontang-kanting lah Wan Azizah masa itu. Nasib baik ada golongan ikhlas yang teguh berdiri di belakang Wan Azizah....Nama-nama besar di Pulau Pinang masa tu semuanya dah 'melarikan' diri...Hingga ada yang di tawar menjadi calon pun menolak untuk PRU 12. Hingga kan ada yang di 'merayu'....Maklumla masa tu semua ingat akan 'bungkus' PKR.

Telahan PKR 'bungkus' sebenarnya silap,pada PRU 12 semuanya dah 'terbalik'...PKR memperolehi kemenangan yang bergaya...maka 'berduyun-duyunlah' menyertai PKR...terutamanya tauke-tauke besar pun memberanikan diri 'terjun' PKR...Paling best sekali ialah nama besar yang menghilangkan diri sebelum ini pun 'kembali' kepada PKR...semua nya 'mengatakan' merekalah orang lama dalam PKR sebelum ini....macam haram jadah puak-puak ni sebenarnya....

Bila kemenangan di perolehi maka terbentuk lah kepimpinan Negeri..PKR di berikan kuasa kedua selepas DAP...Maka berduyunlah 'gerombolan' yang selama ini melarikan diri kembali kepangkuan PKR negeri...Maka bermula lah episod 'mengurus' tadbir negeri. Maka di tempat lah orang-orang kuat di dalam nya dalam menjadi 'pengurus' ke dua dalam pengurusan negeri...

Paling sedih sekali ialah golongan yang ikhlas terpelanting jauh dalam senarai menguruskan negeri, golongan yang selama ini setia telah di pinggirkan...maka tempat 'berjawatan' di isi oleh 'geng-geng' yang sekepala yang sebelum ini melarikan diri...maka bermula lah episod 'pimpinan' tempang dalam pengurusan...maka semakin hari semakin menampakkan akan ketempangan...malah lebih menonjol akan ketempangan itu itu ialah semasa PRU semakin dekat...maka semakin tempanglah kelihatannya....

Maka tak hairanlah jika ada 'ketua' yang 'melompat'...ini kerna nama  nya tak tersenarai dalam mengisi jawatan 'calon'...maka dapat lah di lihat akan 'ketempangan' niat dan hala tuju PKR. Maka tesererlah lah akan 'isi hati' sebenar seseorang itu. Maka ia nudah lah menjadi 'serangan' bagi pihak lawan nanti.

Lebih malang lagi ialah pemilihan calon oleh 'geng sekepala'. Terdapat golongan yang kerna ada hubungan baik dengan kepimpinan negeri, maka ia di berikan peluang untuk bertanding, walaupun ia bukan kawasan bakal calon tersebut. Ini di buat kerna 'geng sekepala'...demi memastikan 'net working' sekepala, maka kawasan tersebut di berikan bagi memastikan jika menang nanti, maka mudah lah mereka berurusan. Maka anak 'tempatan' di kawasan itu terpaksa di pinggirkan demi memberi laluan kepada 'geng sekepala' untuk bertanding....Ini lah kebiadapan yang di lakukan oleh kepimpinan negeri....

Mengapa ia di katakan biadap....ia seolah-olah menggambarkan kawasan tersebut tiada 'calon' yang terbaik...seolah hanya 'dia' saja boleh 'bekerja'...Ia bagai kan mencabar pemilihan ahli di kawasan itu sebenarnya...ini kerna jika calon dari kawasan lain masuk ke sesuatu kawasan, ia merupakan satu pencerobohan kawasan...Biar la anak tempatan mengisi kawasan tersebut...kerna ia sebagai rasa 'hormat' pada kawasan tersebut.....Tak perlu la golongan 'paracut' untuk terjun ke kawasan itu...sedangkan kawasan itu ada 'calon' nya sendiri....

Ini lah antara permasalahan besar yang berlaku di sesetengah kawasan yang mana sedikit sebanyak membuatkan PKR ini dah seakan UMNO. ..Sepatutnya kepimpinan negeri memberi peluang kepada 'wakil' cabang menentukan siapa sepatutnya wakil mereka dalam PRU kelak. Bukan nya bersikap seperti UMNO yang 'mewajibkan' ahli mengikut...lama kelamaan PKR seakan sama dengan budaya UMNO.

Fikirlah sebelum terlambat...Kerna sayangkan Parti 'kami' masih berdiri di sini.

Hargai lah jasa orang lama yang selama ini jatuh bangun PKR mereka masih bersama...Janganlah kerna 'geng sekepala', PKR menjadi bahan ketawa.

SEDARLAH...RAKYAT KINI BIJAK MENILAI...YANG MANA INTAN DAN YANG MANA KACA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...