Sudah menjadi lumrah politik Malaysia, setahun sebelum 'edah' maka PRU pasti di jalankan...Sekarang ni, ni la masanya. Maka tak hairan lah,jika masing-masing sedang mencongak tarikh sebenar. pelbagai spekulasi telah di buat..Paling banyak ialah pada bulan Mac 2012...betul ker..Entahla, sekarang ni hanya Najib dan Rosmah sahaja yang ketahui...Rosmah !..biasa la tu...kan masa 'belanjawan' pun dia terlibat.
Pabila tarikh di umumkan, maka DSAI lah insan yang 'paling di kehendaki'...di kehendaki dari segi 'strategi'...DSAI telah di iktiraf oleh dunia politik bahawa 'master mind' terbaik masa ni...bukan aku nak mengampu...hakikat...sejarah telah membuktikan...PRU 12 menjadi saksi...hilang majaroti 2/3, 5 negeri dapat di tawan...ni la sejarah terbesar politik Malaysia setelah merdeka....
Maka semua rakyat akan tumpukan kepada DSAI...apakah strategi yang bakal beliau 'lakarkan' kali ni...Semua 'teman' dalam PR akan menantikan sahaja apa yang bakal di arahkan...semuanya hanya menanti sahaja...
Bagi UMNO/BN, memang DSAI tak guna..tak guna kerna berjaya 'menghancur' UMNO/BN di buatnya.Hampir berkecai cuma tak bersepai sahaja....Berjaya menembusi tembok perkauman yang selama ini UMNO gunakan sebagai senjata sulit mereka. Segalanya yang mereka kata tak boleh berlaku, kini boleh berlaku...Ini la yang di katakan DSAI. Maka tak heran la kita jika UMNO sedaya upaya, dengan sepenuh hati mahu 'membunuh' karrier DSAI dalam politik...Matematik depa mudah, 'bunuh' DSAI maka berkubur la PR...bila PR berkubur semua nya bakal menjadi senang...Tetapi 'telahan' UMNO silap sebenarnya...Silap kerna DSAI bukan mudah 'di ratah' orangnya....Maka 'cerita dongeng' harus di arahkan bagi 'membunuh' DSAI.
Kalau dulu kisah dongeng mudah di percayai,tapi kini tidak lagi...zaman dah berubah, rakyat Malaysia dah celik politik...dunia kini tanpa sempadan, dalam 'bendang' pun cerita dapat ' di akses'....kerna UMNO hanya tahu buat teknologi,tapi BODOH dalam menggunakan...Depa buat pun semuanya kerna 'MASYUK' jer..tapi depa BODOH dalam 'memanfaatkannya'...Ini lah UMNO sebenarnya...Cuma Rakyat yang 'mudah' di LEMBU SYARIZAT sahaja yang percaya kepada mereka. Muda mudi yang 'ada baca' jangan harap nak percaya kepada UMNO...ini lah hakikat sebenar.
Berbalik kepada DSAI...beliau di katakan akan memperkenalkan calon MUDA untuk PRU nanti...bagi aku ia adalah 'pilihan' tepat ...Ini kerna yang ada , masih mempunyai 'KARAT UMNO' cara pemerintahannya, Karat itu agak sukar di tanggalkan...Masih melekat...maka halatuju PKR sedikit sama dengan malah hampir sama dengan UMNO...Ini juga hakikat...Maka cadangan DSAI untuk meletakkan calon MUDA adalah bersesuaian ketika ini.
Kenapa aku cakap begitu....
Jawapannya amat mudah,. Setah menghampiri 4 tahun memerintah,caranya sama saja macam perangai UMNO. Sama macam mana, cara berfikir...Cara berfikir macam mana nak buat duit...Ini lah hakikatnya...Ada juga yang bakal, malah mengugut untuk keluar parti jika 'tak di berikan'...Malah ada pemimpin yang begitu BODOH mengikut kata golongan yang 'haprak' ni....Terdapat bukti yang mengatakan kepimpinan dengan mudah sahaja di tipu oleh 'seseorang' yang hanya mengemukakan data yang PALSU...Maka dengan 'terpedaya' maka dia mempercayai nya...DEMI seorang, maka lingkuplah satu bahagian...Maka ketua yang atas tu agak bodoh di bodohkan oleh orang yang bodoh...Maka bodohlah 'perjalan' parti itu...
Ketua yang tu sepatutnya cerdik la sikit...Politik sekarang dah 'berubah' sifatnya...bukan la 'seseorang' tu saja yang di kurniakan kepandaian...berlambak lagi dok ada...yang dok ada tu bukannya tak mau 'membantu' tetapi tak mau jadi bodoh macam yang dok ada....Maka tunggu dan lihat sajalah...Tapi kerna sayangkan PKR, maka di tunggu jugak...Kerna yang 'cerdik' ni matang fikiran nya....
Maka tak hairanlah jika DSAI akan meletakkan calon muda....bagus tu, SATU IDEA TERBAIK...kerna setidaknya dapat la 'mendiamkan' sedikit orang yang dok mau ambil kesempatan ni....Bagus sekali Idea DSAI. Mungkin lepas ni akan ada yang mahu lompat....lompat saja lah puak-puak ni...sebagai contoh, ahli PKR yang melompat tu ramai kah pengikut mereka...yang ramai hanyalah 'dok buat' ramai sahaja. Mungkin DSAI lebih tahu akan hal ini...maka rileks sajalah DSAI kita nih...Itu la yang di katakan DSAI...
Telahan aku, DSAI tak gentar langsung akan puak-puak 'pelompat' nih, kerna IKLIM POLITIK telah berjaya di ubahkan...percaya tak aku katakan yang 'GOLONGAN MUDA' hari ini 85% akan memberi undi kepada PR, maka tak perlu hairan lah dengan 'pelompat-polompat' yang nak buat rancak ni....Golongan Muda hanya berdiam ketika ini, tunggulah masa PRU nanti,maka merekalah yang bakal ke depan...
Harapan kepada DSAI,hanya satu, dekatilah AMK , terutama Pulau Pinang ni. Kalau boleh luangkan masa yang lebih perkara banyak kepada AMK Penang. Ini kerna banyak yang harus di bincangkan...Antaranya Kebajikan AMK...Kami dah bersuara, mungkin suara ini tak sampai kepada DSAI...Mungkin kerna terlepas pandang ataupun mahu menutup kelemahan yang mereka ada...harap DSAI faham akan maksud ini..Aku yakin DSAI lebih tahu dari apa yang kami tak tahu...AMK Penang benar-benarkan mahu perhatian DSAI....
Mungkin 'statement' ni kurang senang oleh sesetengah pihak, tetapi demi kebaikan PR, terutamanya AMK Penang,maka ia harus di telan....Masih ramai yang sayangkan PR...Perjuangan anak muda bukan mahukan 'habuan'...tapi hanya mahukan 'perubahan'....KAMI MASIH SAYANGKAN PR.
Kami sekarang bagaikan 'DI KHALDAIKAN' di buatnya...
Luangkan sedikit massa dengan kami..kami akan luahkan...DEMI Hormat kami pada DSAI.
"HIDUPNYA SESUATU ILMU KERNA MUZAKARAH" - Imam As- Syafie.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan