Hari ini sibuklah para ibu bapa ke sekolah untuk 'mengambil' sagu hati yang kerajaan berikan kepada anak-anak sekolah. Setiap pelajar telah di berikan RM 100 setiap orang. Secara jujur aku katakan ia amat bagus dan dapat membantu rakyat.
Setidaknya ia dapat la mengurangkan beban kelarga dalam 'penyempurnaan' persekolahan anak kelak. Dapat la di gunakan untuk membeli buku sekolah, pakaian dan sebagainya.
Persolannya, kenapa baru sekarang kerajaan baru mengingatkanitan keperitan Rakyat?
Sudah 54 tahun memerintah kenapala baru sekarang nak ingatkan keperitan rakyat. Adakah ini gula-gula politik yang di buat demi survival politik UMNO/BN ?. Mungkin anatara lain adalah sebab PRU 13 semakin hampir. Boleh di katakan 'pemberian' ini adalah amat pelik, kerna sebelum ini, atau selama pemerintahan mereka ia belum terjadi lagi. Mungkin ia meniru konsep PR di Pulau Pinang kot.
Kenapa begitu? Lihatlah sejak pemerintahan PR di Pulau Pinang ni, antara perkara kebajikan pertama yang di lakukan ialah penghargaan kepada Warga Emas. Secara tak langsung ia menunjukkan akan keprihatinan PR terhadap golongan warga emas. Walau pun cuma RM 100, setidaknya ia menunjukkan akan kprihatinan kepada Warga Emas. Rata-rata warga emas 'tersenyum' gembira pabila melihat 'jasa' mereka selama ini di hargai.Kini Anak Emas plak sedang di lancarkan.
Berbalik kepada RM 100 kepada pelajar, boleh di katakan ia mengikut jejak langkah 'prihatin' yang kerajaan Pulau Pinang lakukan. Memandangkan mereka (BN) mempunyai dana yang banyak maka lagi besar lagi la 'serakan duit' yang boleh di buat.
Andaikan tiada inisiatif dari kerajaan Pulau Pinang, mungkin mereka (BN) pun tak buatkan. Kerana mungkin apa yang kerajaan Pulau Pinang lakukan,ia menampakkan akan keprihatinan terhadap rakyat, maka cara yang sama di gunakan,tetapi kaedah 'golongan penerima' sahaja di tukarkan. Maka para pelajar di pilih untuk menerima 'gula-gula' ini. Tapi bagi aku ia adalah satu kaedah mengulakan rakyat dalam menjelang PRU 13 nanti.
Mungkin bila melihat akan 'keberkesanan' apa yang kerajaan PR Pulau Pinang lakukan, maka IDEA ini di gunakan juga dalam menjaga hati rakyat. Rata-rata bapa yang menerima akan 'duit kepada pelajar' ini mengatakan bahawa ia adalah 'gula-gula' PRU 13 kepada rakyat. Tetapi mereka mengatakan bahawa 'orang memberi' kita ambil...lagi pun ini semua adalah duit 'wajib' kepada rakyat...Al Maklun la, kalau RM 250 juta ,projeh 'hangus' (NFC) boleh di salurkan terus kepada 'seseorang' ini kan plak RM 100 seorang.
Secara tak langsung ia dapat la 'menutup' sikit kes NFC yang semakin di bicarakan oleh rakyat. Tetapi rakyat bukanlah 'mangkuk' seperti yang BN rasakan. Itulah hakikatnya...
Inilah yang di katakan 'PENTING' nya kewujudan pembangkang dalam sesebuah negara, Pembangkang bagaikan 'cermin kepada pemerintah...Inilah yang di katakan 'check and balance' kepada sesebuah negara. Kalau tiada pembangkang, maka dengan mudah lagi la PERMERINTAH 'melesapkan' duit dengan begitu mudah. Maka yang 'untung' adalah rakyat...Lihat lah bagaimana kepimpinan PR menampakkan akan 'kepimpinan menjaga rakyat' . Sebagai contoh lagi ialah di Selangor amnya. Semua rakyat menikmati Air Percuma...semua dapat merasa akan 'hasil' negeri selama ini, Sebelum ini hanya 'golongan' tertentu sahaja menikmati hasil bumi ini, sekarang setiap rakyat menikmati bersama.
Oleh demikian, pesanan kepada golongan karat UMNO/BN, beranilah melakukan perubahan demi kebaikan kita. Ini kerna jika kita berani berubah,maka takutlah pemerintah dalam 'membodohkan' kita.Banyak lagi manfaat yang kita perolehi. Semala ini sudah terlalu banyak kita di bodohkan. Jangan la terpedaya dengan 'omong-omong' atau dakyah UMNO yang mengatakan mereka sahajalah yang mampu menjaga MELAYU. Tetapi mereka ini sebnarnya hanya menggunakan MELAYU demi 'mengkayakan' mereka sahaja.
Bayangkan jika Kerajaan PR di Pulau Pinang tidak mulakan pemberian 'penghargaan', adakah BN akan buat benda yang sama kepada Rakyat.?
Peribadi aku katakan bahawa Pemberian RM 100 kepada setiap pelajar adalah GULA-GULA PRU 13 sahaja.
Berubah lah Sebelum Parah...Depa bagi kita Ambil...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan