12 November 2011

Selongor Sedia Ambil Alih

Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PR kini 'menawarkan' diri untuk bersedia mengambil alih akan NFC jika Kementerian Pertanian sudi memberi.

KLIK DI SINI di sini untuk keterangan lanjut.

Sebelum ini Menteri yang bertanggungjawab dalam 'keadaan' ini  seakan ajak-ajak ayam kepada sesiapa yang sudi 'take over' akan projek ni. Kini , kerajaan Selangor di bawah Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari sudi 'menerima' tawaran tersebut. Adakah ia benar-benar offer yang jujur ?...Pendapat aku ia merupakan satu 'luahan' kekecewaan yang sahaja. Kecewa kerna 'terkantoi' akan agihan projek ini yang terang-terang  kepada Kroni Besar mereka.

Jika ia benar 'tawaran' ikhlas,maka rakyat 'yakin' bahwa kepimpinan PR di Selangor mampu mengurus dengan baik projek ini.




Terbaru ialah 'jawapan' dari Khairy Jamaludin (KJ) mengenai 'kewajaran' membeli kondo ini oleh syarikat terbabit. KLIK DI SINI untuk melihat kenyataan penuh Si Khairy ni. Sebenarnya jawapan yang berikan ni kurang 'munasabah'. ia telah 'di sanggah' hebat oleh orang yang lebih berpengalam dalam dunia 'Koprat' ni. Jawapan KJ ini di lihat sebenar nya sekadar 'political millage' untuknya sahaja. Antara lain ialah untuk 'kembalikan sinar' diri nya kembali untuk 'perhatian rakyat' yang telah pudar.

Jika benar Kerajaan Selangor di berikan peluang ni, nescaya 'kejayaan' yang bakal di perolehi lebih dari yang di sangkakan. Ini kerna 'track record' yang di tunjukkan oleh pimpinan PR telaht terbukti akan 'hasilnya'. Nescaya banyak peluang serta manfaat yang bakal di perolehi oleh rakyat. ..Tapi rasanya 'pelawaan' untuk projek ni adalah sekadar 'luahan rasa' kecewa sahaja dari Mulut Menteri yang dah tak tahu nak 'mentaici' isu  besar ini, serta bagi 'menegakkan benang yang basah sahaja.

Ekoran dari 'kelobangan' kes NFC ni jugak, muak jugak melihat akan blog-blog 'jagaan' UMNO. Mereka bagaikan menegakkan benang yang basah sahaja . Jelas melihat akan 'hujah-huajh' naif mereka tu bagaikan 'memaksa' rakyat percaya bahawa benang yang basah itu boleh di tegakkan. Tetapi seperti yang sedia maklum, rakyat 'yang moden fikiran' naik muak melihat akan 'magic' menegakkan benang yang basah ini.

Kini , rakyat sedang menanti, bilakah Parlimen bakal di bubarkan. Tak sabar rakyat nak 'jatuhkan hukuman' ke atas Pemerintah Negara sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...