10 November 2011

Ambiga Dajal,Marina Plak Macam Mana?

Ambiga,iaitu Pengerusi Pengelola Bersih 2.0 telah di labelkan sebagai 'DAJJAL' oleh kumpulan PERKASA. Dia 'di cop' sebagai Dajjal kerna 'bersedia' untuk merasmikan 'Merdeka Seksualiti' yang akan di anjurkan...( lani tak jadi)...Maka Dajjal la gelaran yang puak PERKASA berikan. Maka 'Perasmi' Pesta ni di kira Dajjal.
Kini fakta demi fakta telah muncul. Antaranya Anak Tun Mahathir,iaitu Marina sendiri pun pernah 'merasmikan' pesta ini. MAKA DAJJAL JUGAK LA MARINA ?...untuk pengetahuan umum, 'Merdeka Seksualiti' ini sebenarnya telah 'bertapak' sejak 2008. Kini saja baru 'di khabarkan kepada umum', sebelum ni senyap sahaja. Ia 'di sensasikan' kerna ia akan di rasmikan Ambiga, maka ia perlu di sensasikan.




Kenapa ia di sensasikan ?, kerna sebelum ini, Protes BERSIH yang 'di kepalai' oleh Ambiga mendapat tempat di hati rakyat. Terbukalah mata kepala rakyat akan kepincangan yang ada pada SPR. Maka semakin hendak 'jahanamlah' BN/UMNO bila mana BERSIH ni mendapat 'perhatian' rakyat jelata.Maka bagi menampakkan akan 'kejahatan' Ambiga maka pesta ni di sensasikan. Tujuan utama mereka ialah 'nak menjahanamkan' pandangan rakyat jelata kepada Ambiga, agar Ambiga iaitu 'orang kuat BERSIH 2.0' ni jahat sebenarnya. Jahat dari segi moralnya...harapan mereka agar menampakkan BERSIH itu ada agenda lain..antararanya 'MENGHALALKAN SEKS BEBAS'...mungkin kot...

KLIK di sini untuk keterangan lanjut


Berbalik kepada Marina Mahathir, iaitu anak kepada Tun Mahathir, di khabarkan beliau juga pernah 'merasmikan' pesta ini, tetapi tidak plak di sensasikan masa itu. Mungkin ini kerna Marina tidak mengancam UMNO, maka ia tak perlu di sensasikan. Mungkin kerna beliau anak Bekas PM...maka 'sensasi' tak perlu la....Nak mampus Kacau anak Tun M.

Maka PERKASA harus la juga 'melabelkan DAJJAL' jugak la kepada Marina kerna merasmikan pesta ni...Tapi macam biasa la, tak mungkin la 'label' ni di berikan kepada  anak Tun M kita. Kerna Tun M juga merupakan 'penaung' kepada pertubuhan ini. PERKASA hanya menjaga 'tuan-tuan' mereka. Maka SEWAJAR dan SEWAJIB nya mereka juga harus melabelkan 'DAJJAL' jugak la kepada Marina. Jika label ini di berikan kepada Marina, maka 'CHAMPION' la PERKASA di hati rakyat...Tetapi jangan harapla...KERNA pertimbangan mereka bukanlah ikhlas, sebab pertimbangan mereka ni Pertimbangan POLITIK. Siapa yang menentang,nak menjatuhkan UMNO harus di serang..Kalau benda 'jahat' tapi tak melibatkan 'HAYAT UMNO' biarkan...


Maka jelaslah bahawa tindakan yang bakal di ambil terhadap sesuatu perkara itu akan di ambil,hanya di putuskan oleh PERTIMBANGAN POLITIK. Jika ia menggugat UMNO, maka cepat la tindakan di ambil, cepat la ia di sensakikan. Jika perkara itu memberi kesan kepada agama Islam,tetapi tak melibatkan 'hayat' UMNO,maka 'baisa-biasa' saja tindakan yang di ambil.

Bagi aku,bagus jugak berita mengenai 'Merdeka Seksualiti' ini di 'sensasikan, setidaknya dapat la kita lihat bagaimana sesuatu pertubuhan itu bergerak. Dapat la kita tahu mengenai sesuatu pertubuhan, Kita boleh jugak jugak tengok 'pemantauan' oleh pemerintah...Kita tahu juga akan 'Pertimbangan' yang bakal di lakukan. Kita tahu jugak akan penglibatan ahli politik...Dan lebih penting kita tahu 'PESTA' ni dah lama di anjurkan, sejak 2008, tetapi tindakan belum di ambil, cuma kerna ia 'KACAU' UMNO,maka tindakan harus di buat.

Inilah tang di katakan 'DEMOKRASI TERPIMPIM'...Tapi Rakyat Bukanlah BODOH seperti yang mereka sangkakan..Bukan Mudah untuk 'MEMPERMAINKAN' rakyat...Lagi 'di mainkan' maka nampaklah akan KEBODOHAN mereka ni sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...