Mak ai....senang sahaja puak-puak ni 'membikin' duit, hinggakan saman pun kena lantik agen untuk di kutip...ish ish ish...Macam ni pun ada...ni la apabila 'rakyat' di lembukan.
Tapi depa ingat yang rakyat Malaysia ni lembu ka..main cucuk hidung sahaja...Bagi aku apakah Rasional melantik ejen bagi mengutip saman yang di keluarkan oleh PDRM. Apakah selama ni depa ni (PDRM) tak tahu buat kerja ka....Adakah PDRM kini berasa sukar untuk 'bekerja' bila nak kutip saman...Adakah anggota POLIS tak cekap ka...dah berpuluh tahun saman di kutip tanpa agen, kenapa tiba-tiba perlukan agen bagi mengutip saman...Ini lah antara persoalan yang bakal di persoalkan oleh orang ramai...
Dah plak tu, syarikat yang berkaitan adiknya plak yang di berikan. Apa nasib rakyat Malaysia kelak. Semua hendak di bolot oleh 'keluarganya' sahaja. Atau pun keluarga Najib ni perlukan 'perbelanjaan' yang tinggi dalam menyara kehidupan mereka...Mungkin kot. Umum ketahui bahawa kes cincin yang bernilai jutaan ringgit tu belum 'selesai' lagi, hingga ada buku dikeluarkan oleh CheGu Bard bagi menerangkan akan kepincangan pembelian cincin itu.
Sedih aku melihat akan 'cara' pemerintahan Najib nih, lepas satu, satu 'isu' yang di bangkitkan...Mana la 'ketelusan' yang beliau janjikan dulu. kekadang tu terfikir jugak la, puak-puak UMNO ni tak tau ka yang depa ni di gunakan dalam 'mengkayakan' kroni-kroni mereka.
KLIK DI SINI untuk keterangan lebih lanjut
Lihatlah sampai nak kutip saman pun di lantik agen, agen tu syarikat kepunyaan adik dia...Lepas ni, harapan aku kepada 'pengikut' UMNO sedarlah yang 'hampa' semua ni di 'KALDAI'kan oleh UMNO sebenarnya. Paling kesian lagi ialah pakcik-pakcik di kampung yang membela UMNO hingga kan nak 'berparang' tetapi hakikatnya depa ni semua di 'kaldaikan'...
Di khabarkan juga , komisen yang bakal di terima ialah 50 sen setiap saman. Maka untung atas angin la di buatnya nanti. Kan saman di Malaysia mencecah ratusan ribu setiap tahun. Paling kau takut nanti, setiap anggota polis nanti di paksa kerja lebih untuk menyaman. Kerna lagi banyak saman yang di keluarkan, maka lagi banyak la syarikat adik Najib ni untung. Paling sedih jika di adakan target saman plak setiap anggota polis, sebagai contoh, setiap anggota wajib 'menyaman' 10 orang sehari....
Harap puak-puak UMNO ni sedarla akan 'kelembuan' pemimpin mereka nih..Sampai di wujudkan Agen bagi mengutip saman....Sudahla projek lembu dilembukan rakyat, kini mereka nak lembukan kita lagi?...Harap sedarla...
Apakah Najib Mau Jadi TAIKUN di Malaysia ?...Ini lah persoalannya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan