14 November 2011

UMNO Songlap Duit Zakat ?

Baru ni ada citer yang kurang menarik di dengar. Citernya seorang menteri telah mengarahkan sebuah pusat pengurusan zakat bayar duit buku yang di terbitkan...kalau buku berkaitan agama tak pa la,  tapi buku yang menceritakan 'keburukan' parti lawan. Ish ..ish..ish...Sampai tahap tu puak UMNO gunakan duit zakat untuk kepentingan politik mereka ni..

Duit zakat adalah duit hasil pemberian orang ramai untuk di salurkan kepada golongan yang memerlukan. Adakah UMNO antara asnaf yang di ketogerikan sebagai penerima duit zakat nih...Patut la ramai lagi golongan yang terpinggir dari menerima zakat rupanya..rupa-rupanya leh la di katakan bahawa duit zakat ni di salah urus rupanya. Yang paling malang lagi ialah 'arahan' menteri yang beragama Islam, jaga hal ehwal Islam plak tu.



Tak salah nak terbitkan buku pasai poltik lawan,...lumrah politik katakan, lagi pun kita kan terbuka, lagi pun kita kan negara demokrasi. Tapi yang menjadi salahnya ialah 'gunakan' duit zakat untuk bayar duit buku hentam parti lawan. Sepatutnya bayar la duit beli buku budak sekolah yang memerlukan.

KLIK DI SINI  untuk keterangan lebih lanjut.

Di harapkan pihak yang 'di tanya' ini haruslah membuat 'penjelasan' mengenai kes ini. Tak perlu la plak hantar 'berwakilkan wali' plak dalam menjawab nanti. Biar yang di tuju itu jawab sendiri, baru la nanti boleh di ketogerikan sebagai sahih... Bukan apa, amanah rakyat tu..lagi pun duit yang Islam wajibkan kita keluar bagi membantu golongan llain yang memerlukan.

Itu la yang menjadi persoalan Zakat di Malaysia sekarang ni kan..dah la sebelum ini banyak isu di bangkit kan...Paling 'melugai' di buatnya ialah pengumuman peningkatan kutipan, tetapi pengagihan tak plak di sebarkan...ini la masalah utama pihak pengurusan zakat di Malaysia.

Bagi mengelak lagi kekeliruan masalah ni , Menteri tu 'wajib' buat penjelasan bagi mengelakkan kekeliruan dan salah sangka yang melanda dalam isu ini. Biarkan rakyat jelas akan 'keadaan sebenar' nya mengenai kemana duit zakat ini, dalam kalau betul la seperti apa yang di katakan, jelaskan 'kewajarannya'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...