
Tetapi hari ini di khabarkan bahawa saham itu menjunam sebanyak 30%. Mak iahhhh...cepat benar ia jatuh,tetapi jatuhnya hanya 30% kalau nak di bandingkan dengan peningkatan sebanyak 2500%. Setidaknya ia masih untung sebanyak 2470 % lagi kan. Ini lah yang di katakan 'politikus'. Sedang sibuk rakyat di khabarkan tentang pemilikan saham anak Najib, maka bagi meredakan isu pemilikan saham ini, maka ia 'di buat' menjunam keadaan nya. Mungkin ni nak tunjukkan pada masyarakat bahawa tiada campur tangan politik dalam syarikat anak Najib ni. Cekap kan puak-puak ni.
Walau pun ia jatuh tapi sebenarnya ia masih menikmati keuntungan 2470% lagi kan. Mungkin ini semua bagi menutup mata rakyat yang 'follow up' isu ini.
KLIK DI SINI untuk keterangan lanjut.

Mereka yakni golongan pemimpin BN dengan mudah mengaut keuntungan atas angin tanpa perlu 'kerja keras', hanya perlu melibatkan diri dalam politik. Bila berkuasa maka 'duit' yang akan mencari mereka. Hinggakan ada yang di offer sebagai ahli lembaga pengarah sesebuah syarikat. Tak perlu bersusah payah dalam berusaha. Ada jugak yang di anugerahkan 'saham syarikat' demi memastikan sesebuah syarikat itu 'senang beroperasi' dari di gugat..itu lah hakikat 'politik' hari ini.
Pada pendapat aku, kejatuhan Syarikat yang anak najib miliki ini mungkin 'sengaja' di buat bagi memastikan ia menunjukkan 'tiada' campur tangan politik dalam syarikat ini. Secara tak langsung ia menampakkan bahawa PM tak masuk campur langsung dalam 'perjalanan' syarikat ini. Nak kata rugi terus tak juga,kerna keuntungan masih di miliki.
Andai mengalami kerugian ia tak menjadi masalah kerna dengan mudah sahaja 'bil out' boleh di lakukan...Pinjaman mudah dengan mudah boleh di lakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan