13 November 2011

Ku Li Kecewa


Tengku Razaligh (TR) kini telah menubuhkan satu NGO nya sendiri yang di kenali sebagai AMANAH (Angkatan Amanah Merdeka) . Antara tujuan penubuhan NGO ini adalah rasa kecewanya Veteran UMNO ini terhadap UMNO itu sendiri. Maka dengan rasa terbukanya TR telah mengumumkan AMANAH kepada pengetahuan umum.
Maka makin teserlah bahawa UMNO  sekerang ni menghadapi masalah dalam yang besar hinggakan Veteran UMNO pun sendiri telah menyuarakan rasa kurang senang hatinya. Kini Amanah telah di sertai berbagi lagi ahli BN yang tidak senang dengan keadaan UMNO sekarang.

Ekoran ‘tertubuhnya’ AMANAH, maka berbagai spekulasi lah yang ‘di canangkan’ baik dari BN mahupun dari PR sendiri. Ada ‘khabar’ mengatakan bahawa AMANAH adalah ‘proksi’ bagi PR yang mana ahli UMNO/BN telah ‘kecewa’ dengan hala tuju  UMNO sekarang ni. Ada juga mengatakan bahawa AMANAH adalah ‘ geng 16 September’ yang di rancangkan dahulu. Entah la sejauh mana kebenrannya.


Kewujudan AMANAH juga secara sinisnya juga merupakan tamparan hebat buat UMNO yang kini dalam keadaan meruncing , bila mana ada perkhabaran persengketaan antara Muhyidin dan Najib. Ada juga sekarang di khabarkan bahawa wujud Team M (Muhyidin) dan Team N (Najib). Maka secara tak langsung ia mendatangkan luka dalam lagi buat UMNO. Kini boleh di katakana ahli-ahli dalam keadaan Dilema. Bagi ahli yang ‘mengejar’ harta, kini terkeliru, yang  manakah yang patut di ikut. Tersalah ikut maka talak ‘MASYUK’ la nanti. Mereka benar-benar ‘bimbang’  akan keadaan ini berlaku. Ini kerna  sejarah UMNO apa mungkin boleh beralaku. Lihat contoh apa yang terjadi kepada Anwar Ibrahim. Siapa sangka ia akan terjadi sebegitu rupa. Maka semaki n bimbang la puak-puak MASYUK ni di buatnya…Tersilap langkah maka ‘MASYUK’ pun tiada.

Bagi ahli yang ‘ikhlas’ mereka semakin hari semakin sedar akan ‘realiti ‘ UMNO sebenarnya. Sedikit demi sedikit mereka sudah melihat akan kepincangan dan hala tuju yang semakin mengelirukan mereka. Kerna  zaman sekarang sudah berubah, cara berfikir juga semakin berubah. Maka ‘suluhan’ kegelapan selama ini semakin jelas kelihatan. Kini perasaan di tiipu semakin menebal kerna mereka sudah terasa akan diri di permainkan oleh UMNO selama ini. Tak hairan la jika kawasan kuat UMNO akan di menangi oleh PR. Ini kerna rasa tak puas hati sendiri sudah ‘menguasai’ diri. Secara amnya, golongan muda lah yang bakal memberontak kali ini. Ini kerna golongan muda terdedah dengan dunia luar. Cara pemikiran  muda mudi melayu kini sudah tak seperti dahulu lagi. 

Keparahan bertambah teruk lagi. Ini kerna Buku mengenai Najib dan Rosmah sudah mula di terbitkan. Terdapat 2 buah buku hebat kini berada di pasaran.  Buku yang pertama ini di tulis oleh bekas Ahli UMNO Wangsa  Maju yang sudah muak akan ‘keadaan’ cara politik UMNO sekarang di bawah pimpinan NajibRoslah sekarang. Yang kedua di tulis oleh Ahli PKR yang ‘tulen’ perjuangannya iaitu Cikgu Bard. Maka kehadiran buku-buku ini bakal ‘menggongcangkan’ Najib dan Rosmah. Ia seolah petanda kejatuhan Najib dan Rosmah bakal ‘melanda’. Modus Operandi nya seakan sama seperti ‘menggulingkan ‘ Anwar Ibrahim. Dulu buku bertajuk ’50 dalil…’ di keluarkan  ketika Perhimpunan Agung UMNO, mungkin juga buku ini di lancarkan seperti  apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim.

Kini secara ‘teorinya’ Najib sedang kepanasan. Tak senang duduk dan tak senang berdiri. Tak keterlaluan  di katakan tak tentu arah di buatnya. Kini bangkai gajah sukar di tutup oleh Najib selaku Ketua kepada UMNO. Ahli ‘ikhlas’ seakan sudah seperti  ‘terbau’ akan bau busuk…maka masing-masing semakin melarikan diri bagi menghindar diri dari tercium bau busuk itu. Bauk busuk  semakin kuat, hinggakan dah benar-benar mahu melarikan diri dari tercium bangkai yang busuk itu.

Dalam keadaan begini ,bersama kita nantikan Apakah yang akan berlaku lagi…TR dengan AMANAH,Buku mengenai Najib  kini sedang di lancarkan…mari kita tengok siapa yang kena…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...