Salam Perkenalan buat semua.
Syukur kepada Tuhan Allah,kerna dengan limpah kurniaNYA di izinkan blog ini di wujudkan. Tanpa keizinanNYA mungkin ia tak wujud.
Tujuan utama di adakan blog ini adalah untuk meluahkan serta perkongsian maklumat tentang apa yang berlaku di Penang nih. Syukur kehadrat Tuhan kerna mengizinkan PR mentadbir Penang ni. Ia juga merupakan satu harapan rakyat yang tak terhingga yang mahukan perubahan kepimpinan. Dengan IzinNYA ,Tuhan berikan peluang kepada kita untuk 'memiliki' Penang ini...Alhamdulillah.
Umum mengetahui bahawa Penang kini telah di perintah oleh PR yang di ketuai oleh DAP,PKR dan PAS. Ini adalah suatu mimpi ngeri buat UMNO/BN yang selama ini tak pernah terpikir pun bahawa negri makmur ini akan 'di take over' oleh PR...bayangkan selama ini BN/UMNO telah 'menarah' bukit emas yang ada pada penang nih...Maka setelah di rampas secara hormat oleh PR maka 'meroyanlah' pemimpinan UMNO/BN...Meroyan kerna belum sempat 'menarah bukit emas' ini sebanyak yang mungkin...Maka berbagai cara di lakukan dalam 'menuntuk kembali' hak untuk menarah di lakukan.
Cara yang paling berkesan ialah 'isu perkauman'..inilah sahaja cara yang ada untuk mereka bagi mendapatkan kembali Penang ini. Tetapi mereka ni sebenarnya BODOH kerna rakyat Penang dah celik IT..Maka hanya golongan dungung sahaja yang percaya kepada mereka yang BODOH ni...ALAMAK,terlebih sudah aku 'memukaddimah' nih...
Untuk melakukan 'ADIL' maka blog ni juga tak teragak-agak 'MENEGUR...' kepimpinan PR. Niat aku ikhlas,tak mahu 'MENGHAMPAKAN' rakyat yang selama ini 'menggunung' harapan setelah bekorban serta berani berubah...Biarla kita berubah demi kepentingan semua...Bukan apa sebab tak mau jadi macam UMNO...maklum la,bila berkuasa, NIAT baik semua seakan di lupakan.
Di harap blog ini akan menjadi TEGURAN membina buat PR agar tidak menghampakan RAKYAT...Kekadang tu bila teguran 'HORMAT' di buat, ia seperti tidak mengindahkan...Maka, DEMI RAKYAT-Penang akan melaksanakan tugas mengikut CARA YANG LAIN...
DEMI RAKYAT - Always with TOK GURU NIK AZIZ.
Sekian wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan