Tak sangka la aku yang editor dan penulis akhbar ni bodoh sangat, atau sengaja nak bodoh kan rakyat yang 'cerdik'...Demi nak malukan negeri PR, pengarang dan editor paper ni sanggup menampakkan akan kebodohan mereka ni.
Tajuk muka depan tu, mereka katakan air di Kelantan paling kotor. Tapi cerdik sedikit jugak puak-puak ni kerna letakkan 'tanda soal' di belakang tajuk tu...Semuanya nak kelirukan serta nak memburukkan kerajaan PR pimpinan PAS. Kalau nak ikut ranking yang SPAN keluarkan, Kelantan berada di tangga ke 5 jika nak di bandingkan dengan 6 negeri yang lain. Yang peliknya ,kenapa kedudukan yang ke 5 di dahulukan, sepatutnya, kalau la pengarang dan editor utusan tu cerdik, maka kedudukan 1,2 dan 3 la patut di hebahkan, ni tak, kedudukan yang ke 5 di 'bicarakan'. Bodoh betui la...
Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Paling best tu, Dato Mustapa (Tok Pa) dengan lantasnya memberi komen. Katanya agar Kerajaan Negeri mengambil tindakan secepatnya. Pastas tu Tok Pa memberi ulasan...sepatutnya tunggu dulu la kenyataan rasmi dari SPAN. Mungkin bagi aku , cerita ini sengaja nak di sensasikan. Mungkin kerna PRU semakin dekat. Mana tak nya, di khbarkan bahawa Tok Pa adalah bakal di nobatkan sebagai MB Kelantan jika UMNO dapat merampas Kelantan. Maka 'PENONJOLAN' harus di buat. Sebelum ni Awang Adek dah melepas, kini giliran Tok Pa plak untuk di nobatkan sebagai MB Kelantan.
Berbalik kepada isu ni, sepatutnya UTUSAN buat la penyelidikan dahulu sebelum mengeluarkan statement ni di khalayak umum. Tak tahu ka bahawa rakyat kini dahagakan 'maklumat'. Semuanya itu dapat di akses di hujung jari sahaja kini. Kita sekarang bukan la berada di zaman dahulu yang mana maklumat perlu bersumberkan paper dan TV. Tak sedar ka puak-puak ni yang 'orang ramai' bukannya membeli 'paper' dah...apatah lagi Utusan....Sekarang ni zaman ledakan maklumat...di hujung jari jer...
Maka tak perlu la menampakkan akan 'kejahilan' kita dalam menyampaikan fakta. Kerna setiap apa yang berlaku , rakyat 'pantas' mendapat meklumat yang sebenar.
Pesan aku kat UTUSAN ni, sudah-sudahlah nak 'melembukan' rakyat. Jangan nak bersihkan isu lembu, maka air kelantan digunakan. Rakyat kini bijak menghakimi.Berlaku adil serta buatlah pertimbangan yang adil ke atas isu E-Coli ni....Paparkan isu di Perlis yang teruk peratusannya. kelantan dalam senarai no 5...Dalam sukan pun, yang dapat liputan adalah di tangga no 1,2 dan 3. Tangga no 5 semua orang buat tak tau sahaja. Tapi pelik juga utusan ni. No 5 di ambil kisah...Mungkin kerna sebab PR memerintah kot...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan