Tadi sekali lagi kepimpinan PKR yang di ketuai oleh Saifudin Nasution telah 'membongkar' lagi akan kepincangan projek NFC, kali ini Saifudin Nasution memberitahu bahawa terdapat bukti yang dana awam itu telah di salah gunakan lagi oleh pihak pengurusan.
Salah guna kali ini yang dedahkan ialah 'menggunakan' dana ini bagi menunaikan umrah. Apakah 'patut' dana awam ini di gunakan bagi menunaikan umrah oleh keluarga mereka? Jawapannya tentu tak 'sewajarnya'. Wang ini di bekalkan kepada penguruasan bagi mengurus kan NFC bagi kebaikan semua rakyat. Tetapi 'pihak pengurusan' membuatkan dana ini seperti hak mereka sendiri. Sudah la sebelum ini ia di gunakan bagi membeli kondominium mewah, kini di dakwa plak di gunakan plak untuk 'menunaikan' Umrah.
KLIK DI SINI untuk keterangan lanjut.
Penyelewengan demi penyelewengan telah di bongkar,satu demi satu juga 'isu' telah di bangkitkan mengenai NFC ini, tetapi pemerintah seakan 'meracau' dalam menjawab isu ini. Orang yang sepatutnya atau yang bertanggungjawab harus lah menampil diri bagi memberi penjelasan, tetapi yang 'keluar' ialah golongan yang tak sepatutnya menjawab akan isu ini. Sepatutnya Sharizat,Najib dan Noh Omar lah yang sepatutnya memberi ulasan, tetapi 'hero-hero' yang tak sepatutnya pulak yang muncul.
Rakyat Malaysia sebenarnya mahukan 'penjelasan' yang jelas, bukannya 'taici-mentaici' dalam penjelasan isu ini. Seorang hero pulak yang kedepan muncul dalam isu ini, beliau adalah KJ (Khairi Jamaludin). Hinggakan beliau sendiri telah di pelawa berdebat dengan Rafizi Ramli. KJ menyahut cabaran itu bagi membuktikan lagi 'keheroan' nya. Cuma sekarang jawapan balas dari KJ saja di perlukan dalam memaknakan 'pelawaan' ini. Kita mengharapkan KJ tak 'menaici' lagi. Ini penting dalam menjelaskan isu ini yang semakin hari semakin panas. Tak sabar nak melihat KJ berhujah dengan saudara Rafizi nanti...
Berbalik kepada pergi 'Umrah' yang menggunakan dana awam ini, ia sebenarnya tak wajar di lakukan. Ini kerna dana itu adalah milik awam, maka CELAKALAH jika ia benar di gunakan bagi menunaikan umrah. Sepatutnya dalam 'bertemu' dengan Tuhan, biar la ia hasil dari wang yang 'BERSIH' . Jangan la dana awam di gunakan bagi 'bertemu' dengan TUHAN. Boleh di katakan perjumpaan itu adalah perjumpaan yang 'tidak baik' sifatnya.
Maka dalam hal ini, pengurusan tertinggi NFC wajib 'menjawab' akan dakwaan yang telah di buat oleh PKR. Jika dakwaan ini masih menipu atau menafikan, sila buatkan 'tindakan selanjutnya'. Ini kerna CELAKALAH golongan yang menggunakan wang rakyat yang di amanahkan untuk tujuan beribadat. Setakat ini berbagai bukti telah di berikan dalam dakwaan ini. Jawab sajalah. Ini kerna rakyat mahukan kepastian sahaja, sema ada ia benar atau tidak.
Oleh demikian, satu kewajipan dari pihak NFC dalam memberikan penjelasan. Ini kerna ini adalah dana awam,bukan dana peribadi, dan bukan dana dari MAK BAPAK mereka. Kami rakyat Malaysia berhak mendapatkan penjelasan 'sejelasnya' dalam dakwaan terbaru ini.
Rakyat kini sedang menanti akan 'kesudahan' isu yang hangat ini. Kami rakyat Malaysia kini telah bijak menilai akan 'ketelusan' pemerintahan hari ini.
Berharap sangat Sharizat tampil 'membuka' mulut menjawab isu ini. Beliau lah insan yang sewajarnya menjawab isu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan