Harussani yakni Mufti Perak sekali lagi 'mengumpan' perpaduan Melayu kepada PAS. Katanya beliau mahu melihat UMNO dan PAS bersatu bagi menjamin 'ketuanan' melayu menjadi lebih kuat...Katanya juga, beliau tak kan 'berhenti' memancing PAS bagi 'bergabubg dengan UMNO...
Agaknya Harussani kini di lantik sebagai 'Duta UMNO' kot...
Bukannya kita tak sokong perpaduan melayu ni, tapi sedarlah bahawa ia boleh di jalin tanpa UMNO pun. Ini kerna dalam PR, Melayu kini kembali bersatu. Tak perlulah bersatu dengan UMNO . Tahu tak Tuan Mufti bahawa UMNO tu 'munafik' sifatnya. Kita tak salahkan 'Tuan Mufti' tetapi beliau harus ingat bahawa dalam politik Malaysia ni, UMNO hanya mencanangkan ketuanan melayu atau hendak berkawan bila mereka dah tesepit. Secara Jujur aku katakan bahawa UMNO ni bukan ikhlas pun untuk bersatu, tapi semuanya ini kerna 'Survival' politik UMNO sahaja.
UMNO kini telah pun sedar akan 'penolakan' Melayu secara terangan. Kini melayu dah dapat merasakan 'kebahagian' bersama PR. Mereka dah sedar akan 'kemunafikan' UMNO. Maka tak perlu la UMNO bergabung dengan PAS. Lagi pun apa pentingnya 'Penyatuan Bangsa' andainya SIFAK MUNAFIK masih menebal dalam UMNO.
Sedarlah Harussani apa yang UMNO buat dalam 'menguatkan' Islam selama pemerintahan mereka sebelum ini. Harussani sendiri mendedahkan bahawa 200,000 Melayu Islam Murtad...Masa zaman pemerintahan siapa tu Harussanai ?..Adakah UMNO ambil berat akan isu murtad ni..Jawapannya tidak ambil berat langsung...Kuasa di tangan mereka, apa lagi yang depa ni mahu nak banteras gejala Murtad..Inilah yang di katakan KEMUNAFIKAN UMNO.
Setelah mereka dah 'terhidu' akan kejatuhan mereka, maka barulah KETUANAN melayu di KOMPANGKAN...sebelum ni depa dok buat apa...MUNGKIN sibuk nak MELAHAP projek-projek yang ada...Bagi aku itu lah yang UMNO dok buat selama ini...Sesudah tersepit barulah nak cari PAS...
MASA BERKUASA DULU ada ka' angin-angin' nak BERSATU dengan PAS...jangan harap la..Ni la KEMUNAFIKAN UMNO...Inilah sebenarnya hakikat UMNO...
Tertarik juga dengan kenyataan Harussani bahawa suatu hari nanti PAS akan menyesal bila tak bergabung...ini semua 'statment' BODOH...Ini kerna TUAN GURU NIK AZIZ (TGNA) lebih arif dalam bab ini. Beliau tak Mahu peristiwa 1970 berulang kembali...Cukuplah sekali sejarah hitam 'di permainkan' UMNO...jangan di ulang lagi akan kesilapan 'bersama' dengan PUAK MINAFIK ni...
KLIK SINI untuk maklumat lanjut.
Mungkin di atas kertas ia betul, tetapi dalam POLITIK ia adalah perkara luar biasa. Memang bersatu membuatkan kita kuat, tetapi dalam POLITIK mungkin bersatu, tetapi kita bakal di mainkan suatu hari nanti..itulah sebab TGNA ada jawapannya. Beliau merupakan Tokoh Politik Islam, tetapi Harussani adalah MUFTI, ini bermakna TGNA tahu akan 'asam garam politik' jika nak di bandingkan dengan Harussani.
Harussani lihatlah Puak MUNAFIK ni menghentam PAS selama ni. Adakah 'ruang' di berikan kepada PAS selama ini. Mereka menghentam sehentamnya PAS selama ini tanpa memberi sedikit ruang pun kepada PAS untuk 'bersuara' mempertahankan diri...Jawapannya TIDAK...kini setalah 'nak mampuih' baru la depa 'nak ajak berkawan (bersatu)'...Puak Munafik macam ni ka yang ISLAM sarankan untuk BERSATU ?...Harussani lebih 'mengtahuinya'...
Lihatlah 'usul ' Hukum Allah yang di bawa oleh PAS. Siapa yang menolaknya...Malah 'memutarbelitkan' lagi usaha murni ini...Malah 'di jarum' plak kepada yang bukan Islam..Seolah menggambarkan Hukum Allah ni 'zalim'....Sepatutnya kalau UMNO 'mau Islam' mereka akan memberikan ruang kepada PAS untuk buat penjelasa...Ini tidak, DI PERMAINKAN hukum ini hinggakan bukan ISLAM turut masuk campur...UMNO lah yang memberi 'ruang' kepada Bukan Islam untuk 'memburukkan' HUDUD ALLAH ini.
Oleh itu, kalau UMNO nak bersatu dengan PAS tak payah la...Ia bukan perkara yang penting pun. UMNO sebenarnya mahu menyelamatkan 'talian hidup' mereka sahaja bagi memastikan mereka terus ada kuasa, Hilang kuasa, maka hilanglah segalanya..Mungkin selepas ini PENJARA la tempat mereka di dunia ini.
Buat Tuan MUFTI kita tu, tak perlu la 'menjadi' DUTA UMNO. Sedarlah Tuan Mufti, UMNO hanya gunakan TUAN demi kepentingan mereka sahaja. Bukan KEPENTINGAN ISLAM atau MELAYU. Di gunakan setelah 'sakratul maut' sedang menanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan