Baru-baru ini Kerajaan Malaysia telah bermurah hati memberikan saguhati kepada setiap pelajar sekolah RM 100 setiap pelajar. Ini lah antara sikap 'pelik sedikit' UMNO/BN bila mana PRU 13 kian menghampiri. pelik kerna sebelum ini belum pernah di buat. Tapi entah la,mungkin kerna PRU semakin hampir maka 'kelakuan' pelik ini terpaksa di laksanakan.
Walaubagai manapun ucapan terima kasih jugak harus di berikan. Setidaknya ia dapat membantu para pelejar bagi membeli keperluan masa persekolahan nanti.
"Tetapi agak malang , ialah ada rungutan dari pihak ibubapa yang 'mengeluh' kerna yuran PIBG sekolah untuk tahun depan telah di naikkan dari RM 30 kepada RM 50. Memang nampak tak seberapa, tetapi bagi keluarga yang serba kekurangan ia banyak walaupun nilainya RM 20.
Inilah keluhan ibubapa di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang yang terletak di Pulau. "
Persoalanya kenapa ia harus di naikkan sebanyak RM 20 lagi berbanding tahun sebelumnya, Adakah PIBG mahu mengambil kesempatan di atas 'bantuan' sewajarnya yang patut pelajar Malaysia nikmati ini. Adakah pihak sekolah terbabit 'merelakan' perkara ini berlaku ?...
Jika benar pihak PIBG sekolah terbabit mengambil kesempatan, maka CELAKALAH sifatnya. Ini kerna bantuan yang di berikan itu sewajarnya adalah hak pelajar sepenuhnya. Tidak kah mereka peka akan kenaikan harga barang yang kini sedang giat melambung? Begitu jugak lah keperluan persekolahan yang terlibat sama dengan kenaikan harga yang kini rancak melambung. Setidaknya, dapat la wang itu di gunakan membeli pakaian sekolah yang baru kepada para pelajar...Maka ia dapat meringankan beban ibu bapa dalam penyedian persekolahan anak-anak mereka...seperti membeli buku rujukan.
Selain itu juga, adakah pihak sekolah 'merelakan' kenaikan yuran PIBG ini ? Maka CELAKALAH juga sekolah terbabit jika membenarkan PIBG menaikkan yuran terbabit...
Oleh demikian, aku berharap agar Pejabat pendidikan negeri di Pulau Pinang ni haruslah 'menegur' sikap pengurusan PIBG sekolah tersebut agar tidak mengambil kesempatan.
Jika ia nya di biarkan berterusan berlaku,maka amat malang lah usaha yang di lakukan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan