26 November 2011

Najib dan HAJInya...

Baru-baru najib telah menunaikan Haji iaitu rukun Islam yang kelima. Berbagai tanggapan dan pandangan yang telah beliau perolehi dalam mengerjakan ibadah itu. Biasa la dalam masyarakat melayu hari ini. Nak buat baik maka kena la tonjolkan, tambahan plak sebagai PM kepada sesebuah negara.

Isu yang paling hangat ialah pasai ialah, "selesai' awal dalam ibadah hajinya...hinggakan seorang mufti di utara tanah air telah menegurnya. Paling best sekali ialah bila kembalinya Najib dari Mekkah, maka ada la seorang Menteri tolong jawab bagi pihaknya, Jawapan yang beliau berikan ialah Najib tak bermaksud sedemikian...Biasa la nak 'jaga' bos..mesti la kena buat 'statement' walau pun dia sendiri tahu yang 'statement' tu memang bodoh.


Maka kini isu Haji Najib seakan selesai. Maka Najib telah memulakan tugas sebagai PM kepada sesebuah negara. Macam biasa la...baru mulakan tugas, dah kena 'tembak'...tembakan kali ini ialah pasai 'akta' yang bakal menggantikan ISA walaupun baru-baru ini di khabarkan ada tangkapan ISA telah di buat di Sabah...Biarkan lah isu tu..biasa la sifat manusia yang terdapat 'kemunafikan' dalam dirinya.

Kali ni aku nak ceritakan pasai Haji yang di buat oleh Najb dan isterinya, Rosmah Mansor (RM). Maka liputan yang amat meluas la di buat oleh penjilat-penjilat UMNO dari cawangan akhbar dan media massa. Saban hari menceritakan akan perkembangan Najib dan RM...Biasa la tu nak bodek bos la tu....

Yang paling menjelikkan aku ialah semasa najib dan RM 'tawaf' mengelilingi Kaabah...Memang benar bagai yang di katakan oleh blog-blog pro PR. Ia bagaikan medan perang bagi Najib dan RM. Di katakan hampir 23 pengawal keselamatan 'menjaga' mereka. Ia seolah menampakkan akan 'ketakutan' Najib dan RM bila berada di sana. Bayangkan terpaksa menggunakan khidmat pengawal keselamatan bagi menjaga keselamatan mereka...seolah-olah ia bukan tempat selamat bagi mereka ni sahaja. Sedar la wahai PM kepada Malaysia...belum ada sejarah lagi pemimpin Islam mati di tembak di hadapan Kaabah lagi...Lagi pun aku rasa Najib dan RM la setakat ni yang terpaksa di kawal ketat di hadapan Kaabah...

Selain itu juga ia menampakkan  sikap Najib dan RM menunjukkan mereka perlukan layanan 'istimewa' untuk beribadah...Kalau menurutkan sumber, Presiden Iran pun turut berada di sana, tetapi tak la pulak perlukan pengawal keselamatan seperti yang di perlukan oleh najib dan RM. Jika nak di bandingkan Presiden Iran tu lebih terkenal dan lebih terancam jika nak di bandingkan dengan Najib dan RM....tetapi agak memalukan jugak la Rakyat Malaysia bilamana PM kita seolah begitu 'gentar' sekali berada di sana, hinggakan terpaksa di kawal dengan begitu ketat sekali.

Kelakuan mereka berdua ini menunjukkan seolah-olah mereka ni tak 'percaya' akan 'jaminan' Tuhan  bila mereka berada di sana dalam menunaikan ibadat haji. Bagaikan takut dengan bayang-bayang sendiri di buatnya. Malu la rakyat Malaysia bila Najib dan RM ini seolah ketakutan bila 'berjumpa' dengan Tuhan...Sepatutnya kita berserah sahaja la keselamatan kita kepada Allah...tak perlu la 'pengawal' yang begitu banyak menjaga keselematan kita bila berada di sana..Cukuplah Allah s.w.t sebagai 'WALI' kita di sana.

Kekadang terasa amat memalukan jugak bila bila PM Malaysia terpaksa di kawal rapi bila berada di tempat suci. Bagaikan tak selamat di buatnya...Sedangkan kita berada di tempat yang Tuhan , yakni tanah haram...

Berbalik kepada RM plak....selepas kembalinya beliau dengan suami dari Mekkah, seakan 'terpencil' sedikit  kelibat RM di buatnya...Mungkin beliau sedang memperbaiki diri kot...Nak juga tengok RM menutup aurat seperti yang di syarankan oleh syariaat...Maklum la, baru 'mensuci diri' katakan...tetapi agak kecoh jugak sebelum ni, apabila di laporkan bahawa tudung beliau 'di terbangkan' angin di satu temapt peranginan selepas kembali beliau kembali dari Mekkah....masa tu di katakan beliau 'menemani' Najib menghadiri satu tugas...Harap-harap lepas ni 'tudung' tersebut di ikat dengan kuat...Kalau tak tahu nak 'pakai' dengan sempurna boleh la beliau bertanya kepada Dr Mashitah....

Mungkin RM kembali sedar akan kesilapan beliau kerna 'terlebih' kehadapan sebelum ni...Mungkin juga beliau kini sedang berhadapan dengan 'tekanan' yang bakal di berikan oleh 'ahli-ahli' UMNO sendiri. Ini juga kerna di khabarkan bahawa 'sebuah' buku akan di edarkan nanti semasa PERHIMPUNAN AGONG UMNO nanti. Buku itu di katakan berkisar akan budaya 'Lady Boss' yang di tampilkan oleh RM sendiri. Maka mungki kerna sebab itu jugak kot RM terpaksa mendiamkan diri seketika...Atau pun RM kini sedang sibuk mencari pereka tudung kot untuk di peragakan kelak....

Setelah kembalinya Najib dan RM dari menunaikan Hajji, kini rakyat Malaysia  sedang menantikan akan 'tingkah laku' mereka ni...maklum la, baru pulang 'mengadap' Tuhan katakan...adakah mereka sudah berubah atau 'bertambah' mengada..Kini rakyat menantikan 'perubahan' mereka berdua ini...Adakah pemergian Haji mereka itu ikhlas ataupun sekadar 'Haji Politik'...Bersama kita semua nantikan seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...