7 November 2011

Hj Najib dan Hjh Rosmah

Salam semua.


Kita semua baru di khabarkan bahawa PM kita serta Isterinya yang menggelar dirinyaWanita Pertama baru sahaja 'melengkapkan' Rukun Islam yang ke-5. Tahniah kita ucapkan walaupun kita berbeda 'mazhab pilitik'. Umum mengetahuai bahawa Menunaikan Haji merupakan rukun Islam yang ke 5, secara amnya ia melengkapkan akan 'KeIslaman' kita. 

Di harapkan selepas kembalinya mereka berdua ni, dapat la mereka melaksanakan tugas mereka dengan baik seperti yang di tuntut oleh Islam. Ini kerna pemimpin kita baru sahaja 'mensucikan' diri mereka selepas pergi mengadap Tuhan di hadapan tempat umat Islam 'berkiblat' semasa menuanaikan solat. Secara amnya orang yang balik dari menunaikan Rukun Islam yang ke 5 hati nya 'suci'...

Setelah balik nanti atau menjejak kaki mereka di bumi Malaysia harus lah beliau 'melunaskan' segala kerja yang belum selesai. Banyak kepincangan yang harus beliau selesai,terutamanya 'pembersihan' daftar SPR yang umum mengetahui akan kepincangan besar yang melanda...Baru la 'BERSIH' sedikit kan setelah baru pulang dari 'memBERSIHkan' diri dari Mekah.

Buat Hjh Rosmah, amalkan cara hidup yang berlandaskan Islam. Tutuplah aurat yakni bertudung mengikut 'syarak'..baru lah menampakkan akan 'keBERSIHan' diri. Buat apa jika kita baru melengkapkan Rukun Islam ke 5, tetapi gagal melaksanakan tuntutan Islam bagi wanita iaitu menutup aurat.

Di Malaysia saban hari 'menceritakan' perihal kalian semasa berada di Mekah,adalah tempang rasanya jika 'kalian' gagal menunjukkan akan 'Kepimpinan Islam' bila kembali ke tanah air nanti.

Buat Hj Najib, jadilah Pemimpin Islam yang ADIL, berikan HAK kembali kepada yang berHAK. Berlaku adillah kepada Insan yang perlukan keADILan yang sewajarnya. Lihatlah rakyat Malaysia sebenarnya tersdesak dalam 'melalui kehidupan'. Jika ada melaksanakan semuanya dengan baik PASti hidup anda di sanjungi. Maka jika ini semua anda DAPat tunaikan, nescaya, Rukun Islam yang ke 5 anda lakukan mendapat Haji yang Mabruk....

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...