19 November 2011

Ezam dah Gelabah ?

Kini Ezam Md Noor iaitu bekas Ketua Pemuda Keadialn yang 'melompat' ke UMNO  kembali mendapat liputan semula. Ini kerna setelah 'terbitnya' buku yang bertajuk "Memoir Perjuangan Politik'  yang di tulis oleh Dr Syed Husin Ali.

Dalam buku itu ada menerangkan akan 'pengakuaan' Ezam akan 'masalah ' peribadinya kepada Dr Syed Husin. Antaranya sebab beliau meninggalkan PKR adalah kerna Wang dan jawatan...Betul ka...

Entah la, itulah yang di nukil kan oleh Syed Husin Ali dalam bukun terbaru ya. Sejauh mana kebenaran hanya Ezam dan Syed Husin yang tahu akan kebenarannya. Maka bermulalah episod baru dalam dalam politik,' nafi-menafikan' adalah lumrah dalam politik tanah air kita. Cuma yang membezakan adalah 'ruang' yang berikan. Dalam hal ini ternyatalah bahawa Ezam berada di pihak yang selesa kerna 'media massa' perdana akan 'memperuntukkan' ruang yang besar buatnya nanti. Al maklum la, ahli UMNO kan...

Berbalik kepada 'kenyataan Syed Husin Ali' ini, secara tak langsung ia akan membuatkan 'dunia politik' tanah air semakin panas lagi. Panas kerna semakin dekat dengan PRU, maka semakin sensasilah cerita yang bakal di keluarkan. Maka perang mulut makin bertambah la...


Secara tak langsung, semakin panas la 'keadaan' di buatnya...Lawan Ezam kali ni bukan calang orangnya. Umum mengetahui bahawa Syed Husin Ali ni hebat orangnya. Setahu aku dia adalah orang kuat PRM suatu ketika dahulu sebelum PRM bergabung dengan PKN. Maka lahirlah PKR setelah kedua pihak mendapat persetujuan untuk bergabung. Syed Husin Ali juga cekal orangnya. kalau dulu beliau telah di labelkan sebagai melayu yang 'liberal'...Tetapi sejak PR mendapat tempat,maka usaha serta perjuangan beliau ' di hargai'. Maka kali ini Ezam harus berdepan dengan 'otai pembaharuan melayu'...Besiap sedialah Ezam...

Setakat hari ini, yakni hari pertama 'peperangan' ini, Ezam telah menafikan sambil mengatakan Dr Syed Husin 'tersalah anggap'..lebih kurang begitu la...maka di nafikan bahawa Syed Husin Ali tersalah tafsir akan apa yang di perkatan oleh Ezam...itu 'serangan balas' pertama yang Ezam lakukan. Maka kita nantikan plak jawapan Dr Syed Husin Ali kelak...apa plak jawapannya nanti. Sebab ini baru permulaan 'perang dingin' pertama antara kedua pihak.

Ezam seperti yang sedia maklum,dahulunya adalah orang 'terkuat' kepada DSAI. Dia telah 'mengabdikan' dirinya sepenuh jiwa raganya kepada DSAI sejak DSAI di pecat dari Kabinet Mahathir. Antara kelantangan serta semangatnya jugak lah membuatkan PKR mendapat tempat di hati rakyat. Hinggakan beliau sanggup ke ISA kerna mempertahankan DSAI. Pernah dulu katanya jika beliau keluar dari tahanan ISA,jika beliau 'menukar haluan' jangan percaya...Itu lah antara 'kalimat' yang aku ingat semasa 'terlibat dalam Gerakan Reformasi'. Kini setelah Ezam kemabali kepada UMNO, maka apa yang beliau katakan itu semuanya dusta..Ini lah yang beliau katakan dulu, maka kerna itulah para gerakan reformasi 'tak percaya' apa yang beliau tuturkan hari ini. Dia sendiri yang pernah berpesan kepada kami dahulu, maka kami pegang kata-katanya. 

Antara lain ialah, beliau (Ezam) pernah berkata bahawa ISA ni akan 'switch' pemikiran, so jangan ikut saya bila saya kembali kepada UMNO selepas keluar dari ISA...kini apa yang beliau kata itu adalah benar...Kita semua pegang kata-katanya sebelum di tahan ISA.

Ada juga yang mengatakan bahawa 'rujukan' kembali beliau kepada UMNO adalah protes beliau kepada DSAI yang meminggirkan beliau,DSAI lupa akan jasa beliau selama ini yang 'bermatian' mempertahankan DSAI, tetapi sejak kembalinya DSAI dalam 'dunia umum' DSAI telah berubah...Berubah kerna mempercayai orang yang 'bacul' semasa DSAI berada di dalam penajara...Entah la, sejauh mana kebenaran Tuhan sahaja yang tahu...

Perkara tak puas hati tu perkara biasa dalam kehidupan seharian,apatah lagi dalam dunia politik yang semakin terbuka ini. Bermacam perangai boleh di lihat bila kita berada dalam 'dunia politik'...Ini lah sifat manusia. Tetapi aku percaya pada DSAI kerna dia lebih tahu apa sebabnya dan apa 'kewajaran' tindakan beliau...Sebab DSAI mungkin di lahirkan sebagai 'Ahli Politik' atau pemimpin yang berupaya membuat perubahan. Kalau Ezam 'kurang senang' pun,jangan la kembali kepada golongan yang MUNAFIK sifatnya. Sebab dalam Islam sendiri pun jika kita melihat akan 'ketempangan perjalanan' maka kembalilah kita kepada jalan yang benar...jangan sesekali 'bersama' golongan munafik, kerna lagi parah lagi la keadaan.

Jika benar apa yang Ezam katakan itu, maka dia sendiri berupaya 'menjelaskan' kepada Umum...kenapa beliau tak berbuat demikian ?...mungkin kerna beliau sendiri yang bersalah...Entah la...

Pesanan buat Bro Ezam, jawablah apa yang Dr Syed Husin nukilkan dalam bukunya..jawablah secara jujur dan berilmiah..buat lah 'pertimbangan ikhlas' bukannya 'pertimbangan politik'. rakyat menunggu penjelasan dari anda apa yang Dr Syed Husin 'nukilkan' itu...

Jawab ...kami rakyat yang semakin matang dalam politik menantikan akan jawapan dari anda....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...