20 November 2011

Jangan 'Gadaikan' Keselamatan Anggota Tentera

Tak sangka aku yang kerja 'melahap rasuah' tak kira tempat. Paling terbaru ialah melibatkan membekal kelengkapan kepada anggota tentera. Bayangkan 'peralatan' keselamatn untuk para tentera jugak tak ketinggalan bagi 'pelahap rasuah'.

Tadi seorang bekas tentera telah mendedahkan akan 'pelahap rasuah' ini melahap tanpa memikirkan akan akibat atau kesan kepada anggota tentera.

Anggota tentera adalah satu 'kumpulan' yang 'mengorbankan' diri  menjaga keselamatan negara tak kira masa,tempat dan waktu. Mereka sanggup bekorban segala-galanya termasuk keluarga demi memastikan 'keselamatan' negara terjamin. Mereka ni tak pernah kenal erti penat, malah 'keselamatan negara' di jadikan keutamaan.

Tetapi sayangnya, terdapat golongan 'pelahap' yang mendajjalkan akan 'keikhlasan' para anggota tentera. Bayangkan 'peralatan' keselamatan yang di bekalkan rendah kualitinya. Secara tak langsung ia membahayakan akan para anggota itu sendiri.



KLIK SINI untuk keterangan lanjut.

Entah la, kenapa dalam bab 'bekalan' untuk pertahanan pun ada jugak 'puak pelahap' nak amik kesempatan. Tak tahu ka bahawa keselamatan negara bukan lah perkara yang boleh di mainkan, sebab kan ia melibatkan 'keamanan' negara. Tak sedar ka puak-puak pelahap ni akan 'impak' kerna membekalkan barang yang 'rendah kualitinya'...Mungkin kerna 'MAYUK', maka benda yang penting ni di persetankan demi keuntungan.

Bayangkan jika keselamatan dan faedah kepada anggota tentera boleh di mainkan,siapakah yang nak menjaga keselamatan negara. Macam mana 'keamanan' negara dapat di tegakkan. Macam mana kemakmuran serta hasil bumi boleh di manfaatkan bersama.

Sepatutnya kementerian yang bertanggungjawab haruslah 'mengambil' berat akan 'kelengkapan yang hendak di bekalkan kepada ketenteraan. Jika kelengkapan itu 'low qualiti' maka low quality juga lah keselamatan negara. Sebelum ini di hebahkan jugak akan 'kapal selam' yang tak boleh selam. Bagai mana keselamatan negara melalui 'bawah air' dapat di jaminkan. Harga mencecah 'bilion' tetapi ia bagaikan tak bermakna langsung kepada keselamatan negara.

Sedarlah bahawa ketenteraan adalah benteng sesebuah negara. Jika keselamatan negara kita goyah, maka goyah la keselamatan penduduk di Malaysia. Andai la golongan para 'pelahap' ini di biarkan, maka ancaman kepada negara mudahlah di bolosi oleh musuh.

Buat Menteri yang bertanggungjawab, dengarla rintihan para angota tentera walaupun mereka berpangkat rendah. Kerna mereka ini lah yang sebenarnya akan KEHADAPAN jika sesuatu 'ancaman' berlaku ke atas tanah air kita. Mereka lah yang dahulu 'mempertaruhkan' nya mereka demi negara. Maka kewajipan kita 'memastikan' keselesaan merekan. Tanpa mereka ni, bahayalah negara kita dalam ancaman musuh.

Buat PELAHAP-PELAHAP yang 'menanti' peluang untuk membuat duit,fikir la keselamatan rakyat anggota-anggota keselamatan negara...Ingatlah bahawa mereka lah yang bekorban demi memastikan keselamatan negara kita. Jika sesuatu berlaku kepada negara,anda juga akan 'terima' musibah yang sama...Ingatlah akan keluarga kita, rakyat Malaysia...Kita semua mahu berada dalam KEAMANAN...

Buat anggota tentera yang rasa 'kurang selamat' semasa bekerja, tampil la memberi 'pendapat' kita kini sudah berada dalam penerintahan 'alaf baru' yang membenarkan kita bersuara dalam menyatakan kebenaran demi KESELAMATN negara terutamanya...kalau sebelum ini mungkin saudara akan 'di kacau atau di usik' ,tapi kini kita berada dalam 'pemikiran politik baru' serta pentadbiran yang dan terbuka.

Rakyat kini dah berubah dek kerna pemikiran yang dah berubah, maka perubahan pemerintahan tak mustahil akan berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...