Sebenarnya pindaan ini telah di benarkan dan di luluskan oleh Parlimen pada 6.10.2011.Terdapat banyak pindaan dalam akta tersebut. Akan tetapi satu akta yang harus di beri perhatian ialah 'KONTRAKTOR TENAGA KERJA ( Contractor for labour ). Bila di lulusnya akta ini maka kerajaan Malaysia akan kembali kepada sistem kerja yang telah di perkanalkan oleh penjajah. Maka dengan kelulusan pindaan ini maka kerajaan membenarkan semula sistem kerja yang berpaksikan Penjajah...Adakah Malaysia belum merdeka sepenuhnya ?.
Antara kesan lain yang bakal di terima oleh para pekerja ekoran lulusnya Pindaan ini ialah :
- Kontraktor yang membekalkan tenaga kerja kepada sesuatu syarikat akan menkadi orang tengah antara Pekerja dan Majikan. Maka pekerja secara automatiknya tiada hubungan terus dengan pihak pengurusan syarikat. Maka para pekerja dengan mudah la di perkotak katik kan oleh majikan.
- Pekerja yang bekerja dengan orang tengah (kontraktor) bekerja secara kontrak, Maka tiada kerja secara tetap. Maka tiada jaminan kerja tetap di sesuatu syarikat lagi.
- Berkemungkinan para pekerja bekerja tanpa kenaikan gaji tahunan sepanjang hayat dan tanpa sebarang faedah seperti bonus dan keuntungan syarikat.
- Semua caruman seperti KWSP, SOCSO dan sebagainya adalah tanggungjawab 'orang tengah' bukan lagi di bawah syarikat utama.
- Kebarangjkalian 'Kotraktor' cabut lari adalah tinggi. Secara tak langsung ia akan merugikan para pekerja. Kemungkinan hilang kerja adalah tinggi apabila berlaku 'kemerosotan' keuntungan syarikat.
- Kelewatan membayar 'upah lebih' masa juga bakal di benarkan. Ini kerna syarikat utama mengambil masa yang lama menjelaskan pembayaran kerja lebih masa.
- Bayaran kerja lebih masa sama nilainya seperti kerja biasa.
- Pekerja yang bekerja di bawah 'kontrak' dengan mudah la di tindas oleh 'kontrak'.
Ini juga menunjukkan wajah sebenar kepimpinan yang ada hari ini yang lebih mementingkan 'pelabur' berbanding rakyat Malaysia sendiri...Sanggup MENGGADAIKAN rakyat sendiri demi kepentingan peribadi.
Selain itu juga ia menampakkan akan sikap 'membuat duit' atas angin. Mungkin syarikat 'Orang Tengah' ini di miliki oleh kroni-kroni mereka. Mereka dengan mudah mengaut keuntungan di atas keringat rakyat Malaysia
Bila LULUS pindaan ini, di Manakaha keistimewaan Rakyat Malaysia...Kekadang tu betul la apa yang dikatakan PM kita " Rakyat Di Dahulukan..." maka tejermahlah bahawa Rakyat Malaysia akan di dahulukan dalam 'keuntungan' mereka.
Sedar lah Rakyat MALAYSIA kita para pekerja swasta bakal DI GADAIKAN secara moden.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan