Ketua menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng (LGE) sendiri agak terkilan dengan 'taktik' perkauman yang di mainkan oleh UMNO. Apatah lagi bila UMNO melabelkan beliau sebagai 'Cina cauvinis'. Label ini sebenarnya menggambarkan bahawa beliau adalah tersangat 'anti melayu'...
Ini lah telahan yang serta tohmahan yang di lemparkan kepada LGE. Sedangkan kini Melayu di Penang semakin selesa dan rasa senang sikit bila LGE memerintah. Umum tahu bahawa jawatan Ketua Menteri di Penang ini secara tradisi milik bukan melayu. Setakat ini, hanya Cina yang menjadi ketua...Ini perkara biasa bagi masyarakat melayu di Penang. Kerna sudah celik mata lagi , Penang akan di terajui oleh bangsa cina...biasa la tu.
Kenapa UMNO semakin membesarkan isu perkauman?... Ini mungkin di sebabkan rakyat semakin 'mengenali' DAP. Suatu ketika dahulu semasa UMNO berkuasa, kita 'di momokkan' dengan DAP adalah anti melayu,anti Islam...jika memerintah habis lah ketuanan Melayu dan Islam di buatnya...Ini lah momokan suatu ketika dahulu...masa tu UMNO kuat la...tapi kini tidak lagi...
Kini apabila Melayu Penang hampir 4 tahun di perintah oleh DAP, momokan suatu ketika dahulu hanyalah omokan kosong sahaja. Malah boleh di katakan 'omokan' itu hanyalah satu tipu helah UMNO sahaja demi mengekalkan kuasa mereka sahaja. Hampir 4 tahun mereka, yakni DAP memerintah, melayu kini terasa lebih selesa. Umat Islam kini menikmati peruntukan lebihan yang melampau jika nak di bandingkan masa pemerintahan BN. Maka Islam kini ' dapat' melebarkan lagi dakwah...Kini lihatlah masjid-masjid di Penang semakin hari semakin di imarahkan...kuliah serta ceramah agama semakin memenuhi setiap masjid tanpa sebarang sekatan. Maka Islam semakin 'berkembang' di Penang.
Bagi Melayu yang terjun dalam bidang kontraktor, ini lah yang masa mereka tunggu. Sebelum ini terpaksa 'berhimpit' dengan pemimpin tinggi UMNO, terpaksa tawar menawar 'komisen', kini semua itu tiada lagi. Kini kontraktor yang benar-benar 'ikhlas' serta berkemampuan sudah senyum...Senyum kerna tak perlu 'berhimpit' serta 'tawar menawar' lagi. Ini kerna semua tawaran kerja di Penang di lakukan secara tander terbuka. Maka peluang bagi mereka yang benar-benar layak sahaja boleh mendapatkan nya....Kini Kontraktor Melayu Penang semakin 'kuat' tanpa perlu 'pengaruh' politik lagi mendapatkan tander.
Kini boleh di katakan melayu menguasai hampir 90% tender yang di buka oleh Kerajaan negeri...Yang dok melompat dan buat kacau hanyalah KONTRAKTOR UMNO sahaja. Dulu mereka hanya dapat terus,sekarang kena bersaing...maka celakalah nasib puak-puan UMNO ni. Secara jujurnya kontraktor UMNO hanya tahu di suap sahaja. Nak suap sendiri mereka tak tahu.
Setelah kini berada 4 tahun di bawah penerintahan PR maka UMNO semakin terdesak. Ini kerna bila melihat akan penerimaan rakyat terutamanya Melayu terhadap PR, maka gelabah lah puak-puak ni. Maka untuk memastikan melayu kembali pada UMNO, maka perkauman harus di lakukan...Maka pelbagai cara la di lakukan bagi menakutkan melayu semula. Tak hairan lah pelbagai aktiviti yang 'bernawaitu' perkauman di lakukan...Tetapi semuanya buang masa sahaja. Ini kerna Melayu di Penang semakin sedar akan 'permainan' UMNO yang selama ini menjahilkan Melayu...maka 'aktiviti' yang di rencanakan tidak mendapat sambutan...bagi meramaikan 'majlis' maka mat rempit di gunakan...
Walau bagai manapun UMNO tak kan kenal putus asa. Penang harus di tawan semula. Ini kerna 'KOCEK' semakin 'mengosong'. Ini kerna Penang adalah lubuk duit, maka 'BUKIT' harus di tinggikan semula. Maka apa jua cara sekali pun, Rampasan dari PR harus di lakukan. Ini lah yang kita dapat lihat. Semakin hari, ada saja 'taktik' dan 'cara' yang di buat. Modus operandi mereka lebih tertumpu pada perkauman. Ini di buat dengan harapan Melayu tak memberi undi kepada PR....UMNO sedar, nak 'rampas' kembali memang sukar, ini kerna DAP mendominasi 19 kerusi di penang. DUN di Penang ada 40,maka DAP hanya perlu mendapat sekurangnya 2 kerusi sahaja lagi mendapat majaroti mudah bagi memerintah Penang...Matematik yang amat mudah kan....
Paling menyakitkan hati UMNO lagi ialah luahan dari LGE sendiri...KLIK DI SINI untuk melihat kenyataan terbaru dari LGE...Kenyataan ini lah yang membuatkan UMNO semakin panas, Melayu Penang semakin lega. Tak keterlaluan jika di katakan bahawa Melayu akan terus memberi undi pada PR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan