9 November 2011

Tahniah Kerajaan Selangor.

Tahniah dan syabas harus di berikan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang di ketuai oleh TS Khalid di atas kejayaan Negerinya memperkenalkan Gaji Minima RM 1500 untuk semua kakitangan kerajaan negeri dan syarikat GLC mulai tahun depan.

Ia merupakan negeri pertama di Malaysia, malah di bawah pentabiran PR yang mula memperkenalkan Gaji Minima. Sebelum ini ia hanya di canangkan , kini bakal menjadi kenyataan mulai tahun depan iaitu 2012. Kejayaan ini sedikit sebanyak bakal 'menutup' mulut kepimpinan UMNO/BN yang selama ini 'memandang sepi' malah 'memperlekhkan' kebolehan PR akan skim gaji minima ini.

Kini terbuktilah pada 'mata masyarakat' bahawa kepimpinan PR mampu melakukannya. Bukan cakap-cakap kosong seperti kepimpinan UMNO/BN. Lihatlah kan kejayaan dalam merealisasikan walaupun baru 'berumur' 3 tahun memerintah. Kalau 30 tahun, maka 'kesenagan serta keselesaan lah' yang bakal di nikmati oleh rakyat.




Keterangan lanjut KLIK di sini.

Di Pulau Pinang macam mana plak....Harap Kerajaan negeri dapat la 'memperkemaskan' segala-galanya bagi mengikuti jejak langkah 'sedara' (Kerajaan Negeri Selangor) kita. Umum juga mengetahui akan pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah 'naungan' Lim Guan Eng. (LGE). Kejayan demi kejayaan telah ' di gapai' hinggakan UMNO Penang terutamanya 'MEROYAN' hinggakan pelbagai tindakan  yang agak 'kurang bijak' di lakukan oleh mereka. Tak payah nak bagi tau apa 'tindakan kurang bijak' yang telah di lakukan...kita bukan macam PapaGomo..

UMNO seakan naik gila bila mana LGE memimpin Penang dengan begitu cemerlang sekali. Hinggakan dapat menyelesaikan hutang 'tinggalan' UMNO/BN dalam masa kurang 4 tahun.Peruntukan terbesar kepada institusi ISLAM yang membanggakan hinggakan UMNO tak terkata apa langsung. Mengamalkan 'tender terbuka' yang telus hinggakan UMNO hanya mempu 'ternganga' di buatnya. Maklumla sebelum ini'tender' hanya dapat melalui 'rundingan', kini sapa yang nak merunding dengan depa...Nak kata Melayu tak mampu dalam tender terbuka, ternyata salah...Kini boleh di katakan Melayu telah 'mendominasi' tender kerajaan negeri. Melayu yang terpinggirkan adalah Melayu UMNO sahaja. Di pinggirkan kerna tak tau nak buat kerja...hanya yang tahu orang tolong suap sahaja.

Kejayaan demi kejayaan telah Pulau Pinang 'perolehi' kini tiba masanya jugak lah, Kerajaan Penang mengikut jejak langkah Kerajaan Selangor dalam memperkenalkan gaji minima..setidaknya, 'terjahit' la sedikit mulut-mulut  'nakal' UMNO. 

Harapan aku sebagai anak Penang,cuma satu...Lihatlah nasib pekerja swasta pulak..Penang kan negeri pelaburan terbesar dalama sejarah Malaysia. Banyak lah 'kuli upahan' yang harus di berikan perhatian. bantulah kami dalam keadaan yang agak tertekan kini. Tertekan kerna Pindaan Akta Pekerja 1955. Isu ini akan di kupas 'kemudian'...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...