6 November 2011

BERSIH 3.0 Akan Muncul ?

Kini di katakan himpunan BERSIH 3.0 akan di anjurkan. Tujuan utama ialah bagi mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar telus dan bersih dalam melaksanakan PRU 13 kelak.

Terdapat banyak bukti yang menunjukkan akan kepincangan SPR yang telah di buktikan. Hinggakan di katakan PATI telah di berikan IC Ekspress serta di daftar secara mudah bagi membuat undian. Umumnya semua telah mengetahui akan hal ini.

Berikut adalah pertikan dari MalaysiaKini.


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berikrar mengambil pelbagai langkah sewajarnya untuk menghalang pilihan raya umum ke-13 daripada diadakan sebelum proses pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini dilaksanakan.

NONE“Maka tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat turun bukan sahaja untuk melakukan protes tapi benar-benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil.

“Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihan raya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan,” kata pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin (kiri) dalam satu kenyatan media.

Menurutnya, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, pilihan raya di negara ini hanya boleh diadakan selepas proses penambah-baikan dijalankan sekiranya kerajaan BN tidak mahu berdepan dengan kuasa rakyat.

“Yakinlah rakyat sudah mula hilang kesabaran. Negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang ini.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1“Jika pilihan raya umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihan raya yang meyakinkan kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan maklumat terkini, daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai telah mendedahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan parlimen dalam bulan November bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.
Paling kotor

“Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan.

“Jika ini tetap dilakukan maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihan raya kali ini hanya proses ‘palsu’ bagi menghalalkan regim terus berkuasa,” katanya.

NONEChegubard berkata selain sistem pilihan raya yang belum diperbetulkan, pentadbiran BN dijangka cuba mengambil kesempatan daripada musim tengkujuh dan musim haji bagi kelebihan mereka.

Justeru, beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa pusat PKR berkata SAMM bersama dengan organisasi massa yang lain memberi amaran supaya perdana menteri memastikan segala kepincangan sistem pilihan raya negara ini diperbaiki sebelum membubarkan Dewan Rakyat.

“Kami SAMM bersama dengan teman-teman organisasi massa yang lain pada hari ini mewakili rakyat keseluruhanya memberi amaran kepada perdana menteri Malaysia bahawa pilihan raya umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihan raya dilakukan.

NONE“Proses penambahbaikan ini juga seharusnya satu proses ‘reformasi’ serius yang memberi jawapan kepada kelemahan-kelemahan yang sering dipergunakan oleh pihak tertentu dan bukan hanya perubahan kosmetik semata-mata,” katanya lagi.
Kekal berkuasa

Sementara itu, Harakahdaily memetik presiden Pergerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM), Haris Ibrahim (kanan) berkata, pihaknya dan NGO lain yang bergabung dalam organisasi massa tetap bersama keseluruhan rakyat untuk melakukan perubahan.
Katanya, rakyat negara ini tidak lagi boleh menerima percubaan Umno BN untuk kekal berkuasa sehingga sanggup melakukan penipuan secara terang-terangan dalam pilihan raya.

azlan"Namun kami telah menerima maklumat yang boleh dipercayai bahawa perdana menteri akan melakukan pembubaran parlimen pada 11 November ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan pada 10 Disember ini.

"Jika benar, kita lihat ini sebagai satu langkah sekali lagi oleh Umno dan BN untuk memegang kuasa sama ada di peringkat persekutuan dan negeri melalui cara penipuan," katanya dipetik akhbar rasmi parti PAS.
Selain Chegubard, hadir pada sidang media itu, adalah Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala.
SHARE THIS STORY







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...