29 November 2011

Feista Butterworth: Apa Dah Jadi.

Ahad lalu merupakan malam penutup bagi Fiesta Butterworth. Kalau nak ikutkan publisiti meriah la di buatnya..Dalam iklan, paper,radio dan baner di buat secara besar-besaran. Hinggakan di katakan Fiesta terbaik yang pernah di anjur oleh pihak penganjur setakat ini.

Yang paling menarik ialah di katakan akan ada helikopter dan belon panas. Semua ini di sediakan bagi menarik pengunjung datang. Maka datang la golongan yang ingin merasa akan 'nikmat' menaiki helikopter dan belon panas....Tapi semuanya hampa....semuanya hanya pembohong sahaja. Yang paling menariknya, ada yang datang dari Perlis.Datang semata-mata mahu merasa atau mencuba menaiki 'helikopter' dan belon 'panas'...Tapi semua nya palsu belaka.

Dalam promosi bukan main lagi...seluruh Malaysia di khabarkan akan adanya 'sewaan' menaiki helikopter mengelilingi Pulau Pinang. maklumla, Penang kan kecik jer...


Sebelum ini aku pernah 'bertemu' dengan penganjur helikopter dan belon panas. beliau dengan begitu yakin menyatakan bahawa ini lah Fiesta yang paling menarik  dan meriah...aku juga ada bertanya padanya akan 'yuran'  yang bakal di kenakan kepada sesiapa ingin mencuba 'heli' dan belon ini. Beliau menyatakan bahawa, bagi 'Heli' RM 100 sahaja. Ia meliput perjalanan selama 15 minit. ia akan bergerak dari tempat berlepas (padang bandaran) akan ke airport seterusnya akan melalui jambatan Pulau Pinang...OK la tu kan. Bagi belon panas pula, ia akan mengambil masa selama 20 minit berada di awangan, yuran yang akan di kenakan ialah RM 25....Kira nak naik heli dan belon panas ni berbaloi la....TAPI....

Tapi semuanya 'hampeh'..'kencing' dan pelbagai lagi makian yang sewajarnya...Ini kerna belon panas dan 'heli' semuanya tipu sahaja...Aku cuba menghubungi mereka yang bertanggungjawab, tetapi semuanya gagal....

Yang paling aku sedih sekali ialah 'para PENIAGA...dah la bayaran yang di kenakan mahal, pengunjung tiada langsung..Bayangkan , peniaga di kenakan RM 2000 bagi sewaan tapak selama 10 hari....ini bererti RM 200 sehari bagi satu khemah...ada juga yang di katakan 'standard' la....Tetapi yang paling malang sekali ialah pengunjung yang tiada....kesian betui puak-puak peniaga ni...Dah la di katakan bahawa yuran di ambil penuh,tanpa diskaun pun...Maka rugi 'berkandarlah' para peniaga yang menyewa di situ....

Tertapi peniaga sebenarnya tak kisah sangat akan rugi atau untung...bagi mereka biasala..adat berniaga katakan...Yang paling mereka tak puas hati ialah pasai kena 'KENCING' dengan penganjur..itu la yang paling mereka sakit hati sangat...Ini kerna mereka juga ada 'memberitahu' kengkawan mereka bahawa terdapat 'helikopter' dan belon panas...maka datang la mereka untuk 'merasa' nikmat berada terapung di atas udara...tetapi hanya kekecewaan sahaja yang mereka dapat...seperti yang di katakan tadi,ada yang datang dari Perlis tu...tetapi semuanya hampa...

Harapan aku kepada penganjur FIESTA tersebut...jangan la dok kencing 'rakyat'...terutamanya para peniaga...Mereka percayakan penganjuran, tetapi mereka di tipu hidup-hidup....Yang paling sedih sekali ialah para peniaga...semuanya MELAYU...mereka di tipu kerna 'di sangkakan' orang ramai akan membanjiri, tetapi semuanya dusta sahaja...bayangkan modal mereka yang di labur...ada yang mencecah RM 20 K tu...pulangan mereka tak balik modal pun...Tak berbaloi di buatnya...

Ada juga 'peniaga' yang di temuai bahawa mereka 'berjanji' tak akan menyertai lagi FIESTA yang akan di anjurkan oleh penganjur FIESTA BUTTERWORTH...Ini kerna mereka sudah serik kerna dengan mudah mereka kena 'KENCING'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...