Inilah sebenarnya realiti yang kini melanda dalam kumpulan bernama UMNO...semakin panas dan tak senang duduk di buatnya. Kerna, selagi DSAI ke penjara,maka tak senang duduk lah mereka di buatnya. Maka 'target' untuk menghumbankan DSAI harus di jayakan.
Ramai yang menjangkakan bahawa DSAI akan 'kepenjara' pada tarikh 9 Januari nanti...itu lah telahan yang di berikan oleh masyarakat memandangkan 'perbicaraan' dunia yang di kawal oleh BN/UMNO. Terdapat pelbagai ketempangan yang jelas dapat dilihat semasa proses perbicaraan di jalankan. Banyak 'statement' bodoh yang telah di lakukan oleh oleh pihak pendakwaraya...maka ramai 'menjangka' skrip sudah di dahulukan terlebih dahulu sebelum 'bicara' di jalankan...
Sejauh mana kebenaran Tuhan sahaja yang tahu akan kebenaranNYA. Maka kita terima dengan hati terbuka,serta memikirkan kelak bagai mana nak mengatasinya.
Semua orang tahu bahawa UMNO semakin kepanasan dan tak senang duduk di buatnya. Ini kerna banyak 'agenda-agenda' peribadi mereka 'di nafikan' oleh pimpinan yang di ketuai oleh DSAI. Maka bagi merealisasikan 'hajat' mereka tanpa di ganggu, maka DSAI harus 'dikuburkan' dalam arena politik. Ini kerna UMNO bukan kenal pun halal atau haram, pahala atau dosa...ini lah realitinya UMNO yang ada hari ini. Maka buat lah apa saja, yang penting " matlamat menghalalkan cara"...ini lah prinsip kepimpinan pemimpim UMNO.
Terbaru sekali ialah isu 'mahasiswa' yang menurunkan bendera wajah Najib, ia 'di pusing' sebaiknya bagi mengatakan bahawa ini lah mahasiswa 'didikan' pembangkang. Maka 'meletup' juga isu ini di buatnya hinggakan nama Adam Adli kini menjadi siulan masyarakat...Malah masyarakat kini berada di belakang Adam Adli.
Kenapa mereka takut dengan tindakan yang di lakukan oleh mahasiswa ini....Ini kerna sejarah telah membuktikan bahawa, kemuncak kebangkitan rakyat adalah dengan penyertaan para pelajar atau yang di kenali sebagai 'mahasiswa'...maka 'bertambah panas' la UMNO di buatnya...maka 'sekatan' jahat harus di lakukan serta 'membusukkan' mahasiswa harus di lakukan. Maka tak hairan la, bila mana isu yang tak seberapa ini di besarkan...Mereka tahu bahawa UMNO kini berada di ambang kejatuhan, maka 'cara buruk' harus di lakukan...kerusi empuk yang pemimpin UMNO duduki semakin panas, maka ia harus di sejukkan semula baga 'selesakan' hidup mereka....
Tak hairanlah juga rasanya bila 'membe-membe' kamcing DSAI yang melompat, kini sibuk 'membusukkan' DSAI...Ini kerna mereka sendiri sedar bahawa DSAI bukan mudah 'di tumbangkan'...semakin di burukkan, semakain wangi jadinya DSAI di mata rakyat...maka kerja 'gila' UMNO harus di hebatkan...ini semua bagi memastikan 'kerusi empuk' mereka yang panas itu menjadi sejuk kembali...tetapi sebaliknya plak yang berlaku....
Apa yang berlaku kini kepada UMNO ialah, mereka semakin hari semakin di pinggirkan...malah DSAI mendapat pertambahan sokongan...maka semakin panas la UMNO di buatnya...tak hairan la saban hari isu 'moral' DSAI di 'sebarkan' seluruh negara bagi 'membusukkan' DSAI....Jelas kelihatan bahawa UMNO kini sibuk memikirkan bagaimana nak 'busukkan' DSAI, bukan memikirkan menyelesaikan masalah rakyat....
Jelaskan, bahawa UMNO semakin panas....Biarlah Tuhan tentukan semuanya, Biarkan Tuhan dengan kerjaNYA, ini kerna Tuhan adalah PEMILIK alam semesta..kita merancang, DIA yang tentukan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan