30 Januari 2012

Kantoi Lagi...

Satu demi satu, kain UMNO di selak...sedang rakus membongkar 'peribadi' DSAI semakin terselak kain mereka...itu lah yang terjadi kepada UMNO sekarang.

Terbaru ialah pendedahan yang di buat oleh Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail. Beliau sendiri mengatakan bahawa beliau telah di berikan arahan oleh suami 'Mami Jat' iaitu Datuk Mohamed Salleh Ismail yang merupakan Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).


Maklumat lanjut KLIK DI SINI .

Sebelum ini 1 Malaysia di kejutkan dengan pendedahan yang di buat oleg Pengarah Strategik PKR iaitu saudara Rafizi Ramli mengenai 'ketirisan' melampau NFC. Dalam pendedahan itu telah di bongkar akan 'kegiatan' Suami 'Mami Jat' menyeleweng dana awam.

Saban hari satu demi satu penyelewangan di bongkarkan hingga kemuncaknya 'Mami Jat' telah mengambil tindakan menyaman Rafizi dan Zuraida. Sebelum ini media massa dan blogger 'penjilat' UMNO telah mempertahankan 'Mami Jat' sehabis-habisnya...Maka dengan saman yang di kemukkakan setidaknya dapat la menutup 'mulut' Rafizi dan Zuraida.

Tetapi Maha KayaNYA Tuhan, kini 'tun Penasihat' NFC sendiri dengan berani matinya telah menceritakan perkara yang sebenar. Ini lah yang di katakan kuasa Tuhan...semakin di tekan akan DSAI, semakin banyak la 'terselak' kain UMNO.

Bersama la kita nantikan, apa plak jawapan yang bakal di berikan oleh 'Mami Jat' dang pengurusan NFC setelah 'cerita sebenar' telah di buka sendiri oleh 'tuan penasihat' yang pihak pengurusan NFC lantik sendiri.

Mungkin cuti 'Mami Jat' akan 'cuti selamanya'...Ini kerna kes NFC ini bakal 'mematikan' mami jat dalam dunia politik. Hinggakan 'teman' dalam BN sendiri ada yang mendesak Mami Jat 'pencen' kerna kes NFC ni bakal memberi bebanan kepada UMNO/BN dalam PRU yang bakal mendatang.

Sama-sama lah kita menanti 'taici' yang bakal di lakukan oleh 'Mami Jat', Pengurusan NFC dan UMNO yang menganugerahkan Projek ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...