1 Februari 2012

Isu Aziz Bari : Apa Ada Pada Gelaran....

Salam Semua.

Terkini isu gelaran Profesor pada Dr Aziz Bari 'di tarik'...itu lah yang terjadi ke atas Aziz Bari bila beliau tidak lagi menjadi pengajar di IPT...Kecoh jugak di buatnya...

Apa ada pada 'gelaran' kan..itu lah yang harus kita 'semat' di fikiran kita. Jika beliau tidak lagi menjadi 'pengajar' tetapi satu Malaysia tahu bahawa Aziz Bari adalah seorang 'profesor' yang bertauliah dan layak di panggil 'prof' walaupun gelaran itu telah di tarik balik.

Umum juga mengetahui banyak sumbangan yang telah Aziz Bari sumbangkan kepada kita semua, terutamanya golongan yang mahukan 'reformis' yang mahukan perubahan. Beliau antara pakar 'perlembagaan yang 'menyosong' arus dalam 'memaklumatkan' rakyat yang mahukan perubahan.

Banyak 'kepincangan' sistem perundangan yang beliau kupaskan hinggakan 'pemerintah' agak kurang senang dengan caranya..tetapi yang benar tetap benar..itulah Aziz Bari. Beliau tidak gentar dengan tekanan serta 'kemungkinan' dengan keberanian beliau dalam meyatakan kebenaran.



Beliau bukanlah 'pakar' yang boleh di cucuk hidungnya mengikut 'telunjuk' pemerintah yang mahukan beliau 'diam' dalam menyatakan pendirian yang benar. Setidaknya beliau telah menunaikan tanggung jawab beliau dengan baik iaitu 'tabligh' secara moden kepada masyarakat...

Keberanian beliau dalam menyatakan kebenaran 'perundangan' memnuatkan pemerintah 'gusar' kerna beliau telah 'mencelikkan' rakyat akan 'apa sebenarnya' dalam mengupas sesuatu isu yang berlaku...Kelantangan beliau membuatkan 'penjilat' pemerintah sukar 'menangkis' hujah yang beliau berikan...Maka pemerintahadakalanya terpaksa akur dengan apa yang beliau 'lontarkan'...Ini semua telah termaktub dalam perlembagaan yang pemerintah sendiri membuatnya....

Walau bagaimanapun beliau menjadi mangsa politik di atas ketidak sehaluan beliau dengan pemerintah...Dalam isu 'penarikan' gelaran 'prof' ini, mungkin ia merupakan hukuman keatas ketidak sehaluannya dengan pemerintah...

Yang paling jelik sekali isu ini 'sengaja' di besarkan seolah-olah mahu 'menjatuhkan' martabat beliau sebagai seorang 'cendiakawan'...maka bagi 'memalukan' status pakar beliau, maka 'gelaran' ini di tarik...

Tetapi apa yang berlaku ke atas beliau sebenarnya tidak 'menjatuhkan' martabat beliau, malah semakin tinggi memuncak 'martabat beliau' di angkat...kerna apa ?...Kerna rakyat Malaysia kini celik pengetahuannya...bukan seperti dahulu yang kurang maklumat...Maklumat kini bagaikan sebati dengan masyarakat Malaysia amnya...setiap yang berlaku pasti akan di 'ambil tahu'...Melayu kini bukan melayu seperti dahulu yang 'terpedaya' dengan berita yang meloya dan gambaran tiga suku...Rakyat kini dah 'cerdik IT'...

Walau apa pun yang terjadi, Aziz  Bari akan di kenang sebagai 'Pakar Perlembagaan' yang ikhlas dalam 'memaklumatkan' rakyat...beliau telah 'menterjemahkan' kepada rakyat akan 'hakikat sebenar' mengenai 'perlembagaan undang-undang kepada kita....

Biar la ia di tarik, tetapi di mata rakyat, beliau lebih dari seorang 'profesor' martabatnya...Apa ada pada 'gelaran'...Setinggi mana gelaran yang kita dapat di dunia,mungkin ia tidak sama di sisi Tuhan Yang Esa...Bagi Tuhan, TAQWA adalah darjat tertinggi di sisiNYA...

Adakah 'gelaran' dunia yang kita perolehi akan di panggil semasa Tok Imam membaca 'TALKIN' untuk kita ?....Sama-sama lah kita fikirkan....Yang paling penting sekali, SIAPA KITA DI SISI TUHAN ?...itu lah yang harus kita renungkan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...