Setelah pelawaan demi pelawaan di 'hint' kan, Najib bagaikan 'taici' sahaja pelawaan DSAI...bermacam alasan di berikan hinggakan 'menampakkan' akan 'ketakutan' Najib bila di ajak 'berhujjah' dengan DSAI...
Ini lah yang rakyat Malaysia nampak bila mana 'selesainya' wakil cina berhujjah...Kini Najib bagaikan 'gabra' bila mana di asak oleh 'pemberita' di atas kesudian Najib berhujjah dengan DSAI.
Wakil Cina dah sudah,kini tiba plak giliran wakil 'melayu' berhujjah...Tetapi nampaknya seakan tidak terjadi yer...Kini nampak akan Najib 'meminta' bantuan Tun M yang dah berusia itu untuk membantunya...Lihatlah kenyataan terbaru dari Tun M....KLIK SINI untuk lihat keterangan lanjut dari Tun M.
Setelah membaca 'kenyataan' Tun M, ternyata Najib perlukan nasihat dan tunjuk ajar dari Tun M bagi 'mengelak' di asak untuk berdebat dengan DSAI...Secara mudahnya, umum mengetahui akan 'kepetahan' DSAI dalam berbicara, hinggakan dunia luar pun menjemput DSAI dalam menyampaikan 'bentangan' kertas kerja , mahu pun syarahan dari DSAI...
Tak keterlaluan di katakan bahawa suara Najib hanya Malaysia sahaja mahu dengar, itu pun melalui 'media tunggangan'...Bayangkan jika tiada 'kuda tunggangan' maka di mana suara Najib ?...Mungkin di 'PEKAN' sahaja suara beliau di kemandangkan....
Penolakan Najib dari berdebat ada juga bagusnya...Setidaknya ia menampakkan akan 'ketakutan' Najib bila di ajak berdepan...Betul kan...Senang la nanti kerja PR masa PRU akan mendatang...hanya bermodalkan ' ketakutan Najib, maka rakyat dapat berfikir dengan sendirinya...Senangkan Kerja PR nanti...
Kini media 'tunggangan' seakan merepek di siang hari di buatnya...Golongan atas pagar dah mula 'bersuara' dengan 'kandungan' isi-isi yang terdapat dalam 'media arus perdana' yang semakin di tunggang dengan rakus oleh UMNO...Mungkin dengan kepantasan 'maklumat' sedikit sebanyak membuatkan media milik UMNO semakin di ketepikan...semakin hari semakin berkurang jualannya...
Apa pun..sebagai pemerhati politik Malaysia, di harapkan 'Debat' antara Najib dan DSAI menjadi kenyataan...Baru lah rakyat dapat melihat akan 'keprihatinan' pemimpin dalam memimpin rakyat ke jalan yang benar...Membantu kehidupan rakyat yang semakin hari semakin 'dihimpit' dari pelbagai aspek...
Sebagai cabaran kepada kita semua, bersedialah menerima perubahan 'landskap' politik yang bakal berubah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan