Kini sibuk di perkatakan akan hal dakwat kekal...Paling Utama ialah siapa pembekalnya?
Terbaru Rafizi Ramli dah mula melondeh siapa yang beri 'tender' bekal dakwat yang tak kekal itu.... Maka akan ada plak isu baru yang PR nak bawa.
Yang peliknya ialah, kenapa la Kerajaan yang ada ni masih nak rahsiakan siapa pembekal dakwat tersebut. Susah ka nak bagitau kat rakyat. Rakyat ada hak juga siapa yang bekal dakwat yang tak ada kualiti tu...Masalahnya dakwat yang di beli tu guna duit rakyat...
Maka pelbagai tanggapan la yang wujud ekoran 'perahsiaan' ini. Siapa ? Syarikat Mana ? dan paling 'top' Kroni siapa? .... Maka pelbagai la, tanggapan buruk akan di buat... Ni la masalah bila terlalu merahsiakan... hinggakan 'dosa kering' kita dapat..tambah plak di bulan yang mulia ni kan...
Kini rakyat tertumpu pada 'perlondehan' yang di buat oleh Rafizi Ramli, dan Menteri Shahidan Kasim yang di gasak... Maka melentinglah Shidan di buatnya...tak duduk senang la di buatnya...
Persoalan besar ialah, kenapa la hamba 'Private dan Confidential' sangat benda ni... Kalau hampa, yakni kerajaan benar-benar telus hampa bagi tau sahaja, biar SATU MALAYA tau siapa 'pembekal'nya...
Setidaknya dapat la kami, yakni rakyat maki hampa, sebab menipu terang-terang... buat malu dunia sahaja, sebab dakwat yang hampa bekalkan itu rendah kualitinya...
Tak sampai sejam pun boleh hilang bila di cuci dengan sabun...
Sebenarnya, kami bersyukur kat Tuhan, sebab bagi ada insan yang bernama Rafizi Ramli. kalau tak ada orang macam ni, sampai mampuih la UMNO dok tipu rakyat... setidaknya ada orang macam Rafizi ni kurang la sikit dosa hampa kat rakyat.
La ni kita pakat berdoa, supaya Rafizi terus melondeh UMNO... sebab kami nak tau, siapa la pembekal yang mangkaq ni membekal dakwat 'chokia' kat kami...
Semuga kerja murni Rafizi Ramli ni di permudahkan Tuhan...
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan